08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

PASUKAN MARITIM MALAYSIA BERI SAINGAN DALAM PERTANDINGAN PERAHU PANJANG DI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 30 DISEMBER – Maritim Negeri Terengganu melalui Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Malaysia (KESMAR) menjadi salah satu pasukan yang memberi saingan hebat dalam Festival Cabaran Monsun Perahu Panjang 2024 yang berlangsung pada 27 dan 28 Disember di Jeti Kampung Tanjung Sabtu, Manir, Terengganu.  

Dalam pertandingan itu, terdapat dua kategori dipertandingkan iaitu kategori Agensi kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kategori terbuka/jemputan.

Pasukan 'Naga Laut Maritim' dengan kekuatan 16 anggota Maritim Negeri Terengganu hadir memberi tentangan dalam kategori Agensi kerajaan/PBT bertemu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia (JBPM), Pejabat Daerah Kuala Terengganu serta Majlis Perbandaran Kemaman.

Sebagai persediaan dalam menyertai festival ini buat julung kalinya, kesemua anggota pasukan telah menjalani latihan secara berfasa yang melibatkan latihan kecergasan dan latihan pengendalian perahu.

Di akhir festival, pasukan ‘Naga Laut Maritim’ memperoleh kedudukan ketiga di peringkat kumpulan.

Bagi kategori Agensi kerajaan/PBT telah dimenangi oleh pasukan dari Pejabat Daerah Marang manakala bagi kategori terbuka/jemputan dimenangi oleh pasukan dari Kampung Tanjung Sabtu.

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Festival Cabaran Monsun Perahu Panjang Tanjung Sabtu 2024 Terengganu Darul Iman ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, YB. Datuk Razali bin Idris.

 

 PERAHU PANJANG 2
 
PERAHU PANJANG 3
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC