PETALING JAYA, 28 JANUARI – Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib di Pejabat FINAS, Petaling Jaya, hari ini.
Tujuan utama kunjungan hormat itu diadakan ialah bagi mengukuhkan hubungan strategik sedia ada antara kedua-dua Agensi dalam agenda pengukuhan sebaran maklumat awam serta kempen kesedaran keselamatan maritim di masa hadapan.
Dalam perbincangan yang berlangsung, pelbagai aspek berkenaan potensi kerjasama antara Maritim Malaysia dan FINAS dibincangkan termasuk elemen penguatkuasaan undang-undang dan CARILAMAT di laut. Demikian, ianya boleh ditonjolkan menerusi produk kandungan kreatif sebagai usaha kedua-dua pihak dalam memberi kesedaran dan manfaat kepada masyarakat.
Dato’ Azmir Saifuddin menyambut baik usaha tersebut dan menyatakan sokongan penuh terhadap kemungkinan kerjasama strategik yang dapat meningkatkan kesedaran awam tentang peranan penting Maritim Malaysia.
Kunjungan hormat mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia dan FINAS untuk memajukan industri masing-masing serta membina hubungan strategik yang memberi manfaat kepada pembangunan Agensi selari dengan Perkara Ketujuh dalam TERAS 7 Ketua Pengarah Maritim Malaysia ialah Jalinan Kerjasama menerusi bidang pengkhususan masing-masing.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

