24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

BOT TUNDA DITAHAN DI KUCHING : KESALAHAN DI BAWAH ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR (MSO) 1952

KUCHING, 10 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak telah menahan sebuah bot tunda ketika melakukan rondaan rutin di sekitar perairan Kuching, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi bin Abd Aziz berkata, bot tunda yang ditahan pada pukul 12.30 tengah hari itu telah dilakukan di kedudukan 7.26 batu nautika Utara Kuala Sadong oleh pasukan rondaan Maritim Malaysia dalam OP TIRIS 3.0 dan OP PERMAI 01/2019.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot itu dikendalikan oleh tujuh kru termasuk nakhoda warga tempatan berumur dalam lingkungan 20 hingga 59 tahun.

Bot tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana lesen bot tamat tempoh, gagal mempamerkan dokumen – dokumen perkapalan dan tidak mengekalkan tanda nama kapal.

Bot berserta kru ditahan dan diiringi ke Pusat Tahanan Vesel Maritim Negeri Sarawak dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia mengingatkan agar semua komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan atau undang-undang serta prosedur keselamatan di laut bagi mengelak risiko insiden yang tidak diingini berlaku.

Sebarang maklumat, aduan serta insiden kecemasan di laut boleh melaporkannya melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) untuk maklum balas segera.

 

BOT TUNDA KCH
 
BOT TUNDA KCH2
 
BOT TUNDA KCH4

GAGAL PATUHI SYARAT LESEN, BOT TUNDA DITAHAN DI PERAIRAN BINTULU

BINTULU, 6 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot tunda ketika melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Bintulu petang tadi.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah berkata, bot tunda itu telah ditahan pada jam 2.45 petang di kedudukan 3.5 batu nautika barat Laut Kuala Kemena oleh pasukan peronda Maritim Malaysia dalam OP TIRIS 3.0 dan OP PERMAI 01/2019.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot itu dikendalikan oleh sembilan kru termasuk nakhoda warga Indonesia berumur dalam lingkungan 24 hingga 47 tahun.

Bot itu disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22(2A) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu gagal memaklumkan secara bertulis kepada Pendaftar Kapal berhubung pertukaran nama nakhoda dalam sijil pendaftaran kapal yang memperuntukan hukuman kompaun sebanyak RM2,500.

Bot berserta kru ditahan sebelum diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia mengingatkan agar semua komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan atau undang-undang serta prosedur keselamatan di laut bagi mengelak serta mengurangkan risiko insiden yang tidak diingini berlaku.

Sebarang maklumat, aduan serta insiden kecemasan di laut orang ramai boleh melaporkannya melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu (086-314 254) atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) untuk maklum balas segera.

 

BOT TUNDA BINTULU2

CARILAMAT NELAYAN HILANG DI BETING YU HARI KETIGA, SATU JASAD DITEMUKAN

KABONG, 6 SEPTEMBER – Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) dua nelayan yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar menangkap ikan di Perairan Beting Yu memasuki hari ketiga hari ini.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mahkos anak Juing berkata, sekitar pukul 10.00 pagi tadi sebuah bot nelayan yang turut serta dalam pencarian menemui satu jasad disyaki mangsa di lokasi kira-kira 3.7 batu nautika barat Tanjung Kembang.

“Jasad tersebut dibawa ke Jeti Kabong oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk proses pengecaman di Klinik Kesihatan Kabong,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, pengecaman awal oleh ahli keluarga tidak dapat mengesahkan identiti mangsa berkenaan. Jasad itu kemudian dihantar ke Hospital Saratok untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, operasi pencarian diteruskan melibatkan aset Maritim Malaysia, PDRM, JBPM, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta bantuan nelayan tempatan.

 

CARILAMAT KABONG2
 
CARILAMAT KABONG4
 
CARILAMAT KABONG5
 
CARILAMAT KABONG6

KAPAL EX-USCG CUTTER STEADFAST KINI RASMI MILIK MARITIM MALAYSIA, PERKUKUH KESELAMATAN PERAIRAN NEGARA

BALTIMORE, 6 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakar sejarah baharu apabila menerima secara rasmi kapal Ex-United States Coast Guard (USCG) Cutter Steadfast dalam satu majlis penuh istiadat di Waterfront Operation Training Center (WOTC), Amerika Syarikat hari ini.

Majlis berkenaan menyaksikan detik bersejarah apabila Deputy Chief Acquisition Officer and Director of Domain & Integration Services USCG, Mr James Knight, menandatangani Certificate of Transfer dan menyerahkan Kapal Ex-USCG Cutter Steadfast kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, sambil disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik bin Jeman.

Turut hadir sama ialah Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram bin Yaakob, Pengarah Bahagian Risikan Maritim, Laksamana Pertama Maritim Datuk Md Fauzi bin Othman dan Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah,

Dalam ucapannya, Mr James Knight berkata, kapal yang diserahkan merupakan kapal yang ditauliahkan pada 1968 dan telah berkhidmat dengan cemerlang selama 56 tahun.

Menurutnya lagi, kehadiran kapal ini dalam armada Maritim Malaysia diharap mampu memperkukuh keselamatan maritim negara.

Sementara itu, Datuk Haji Mohd Rosli menzahirkan ucapan tahniah kepada semua kru yang berjaya menamatkan latihan dengan penuh komited dan dedikasi.

Beliau menyifatkan penerimaan Ex-USCG Cutter Steadfast sebagai simbolik kepada hubungan kerjasama erat Malaysia dan Amerika Syarikat, khususnya antara Maritim Malaysia dan USCG.

Beliau turut memaklumkan, kapal ini bakal memulakan pelayaran pertamanya dengan kru baharu yang bakal mencatat sejarah tersendiri sebagai pelayaran paling jauh dan paling lama dalam sejarah Maritim Malaysia iaitu dengan merentasi Lautan Atlantik, Mediterranean, Laut Merah, Terusan Suez dan Lautan Hindi.

Datuk Haji Mohd Rosli menambah, aset baharu ini diharap akan meningkatkan keupayaan Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan zon maritim negara, selain memperluas ruang kerjasama antara Malaysia dan Amerika Syarikat dalam aspek latihan, pertukaran teknikal serta pembangunan kapasiti.

Terdahulu seramai 50 kru terdiri daripada sembilan pegawai dan 41 anggota Maritim Malaysia menerima Sijil Tamat Latihan selepas berjaya menamatkan program intensif tujuh minggu bagi pengoperasian 210’ Reliance Class Medium Endurance Cutter (MEC).

KM BENDAHARA RASMI2
 
KM BENDAHARA RASMI3
 
KM BENDAHARA RASMI

EXUSCG CUTTER STEADFAST LULUS LATIHAN FASA LAUT

BALTIMORE, 5 SEPTEMBER – Kru Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang ditempatkan di kapal Ex United States Coast Guard (USCG) Cutter Steadfast berjaya menamatkan siri latihan fasa laut (Sea Training) kendalian USCG di perairan Chesapeake Bay, sekali gus membuktikan kesiapsiagaan mereka dalam mengendalikan aset baharu negara.

Pegawai Memerintah Ex-USCG Cutter Steadfast, Komander Maritim Mohd Fahimi bin Omar memaklumkan, latihan berkenaan telah bermula pada 21 Ogos lalu dengan pelayaran pertama yang dikendalikan staf Cutter Transition Division (CTD) dan Surface Acquisitions Logistic Center (SALC) USCG.

Fokus utama latihan ini jelas beliau, adalah bagi memberikan pendedahan pengendalian kejuruteraan dan peralatan kapal. Dalam latihan berkenaan, kru dibahagikan kepada tiga seksyen iaitu kejuruteraan, penguatkuasaan dan operasi serta pentadbiran dan bekalan dengan bimbingan secara langsung daripada anggota USCG berpengalaman.

Antara modul yang dilaksanakan termasuk tatacara pemindahan janakuasa, menghidupkan jentera utama, serta penggunaan peralatan navigasi di anjungan. Semasa pelayaran, kru turut dilatih keluar masuk pelabuhan, penggunaan sistem navigasi seperti radar dan ECDIS, selain latihan bersauh.

Pelayaran kedua telah dilaksanakan pada 25 Ogos menyaksikan kru diberi peluang mengendalikan sendiri peralatan kapal, manakala USCG bertindak sebagai pemerhati dan penasihat.

Kemuncaknya adalah pada 28 Ogos, iaitu pelayaran terakhir yang menjadi ujian penilaian penuh sebelum kru ditauliahkan. Latihan berjalan lancar tanpa sebarang insiden, malah kesemua seksyen lulus dengan cemerlang.

Wakil USCG menyatakan kepuasan hati terhadap prestasi kru Maritim Malaysia yang dianggap mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Semua kru akan menerima sijil tamat latihan semasa Majlis Penyerahan Kapal Ex USCG Cutter Steadfast yang dijadualkan berlangsung pada 5 September 2025 di Waterfront Operations Training Center (WOTC), Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat.

Kejayaan ini sekali gus menandakan kapal berkenaan bersedia untuk digerakkan sebagai aset maritim baharu negara.

 

KM BENDAHARA3
 
KM BENDAHARA5
 
KM BENDAHARA6

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC