PULAU PINANG, 1 DISEMBER – Penyertaan sulung pasukan Dragon Fly Maritime Kuala Perlis dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis memberikan impak positif apabila tampil dengan aksi bertenaga dalam Kejohanan Pesta Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang (PIDBR) 2025 yang berlangsung di Straits Quay Retail Marina dari 28 hingga 30 November 2025.
Pasukan tersebut bersaing dalam kategori International Premier Open, antara acara tumpuan kejohanan yang menghimpunkan 54 pasukan dari 11 negara, menjadikan edisi kali ini antara yang paling kompetitif, sekali gus mengangkat nama Maritim Malaysia di pentas antarabangsa.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Romli bin Mustafa berkata, penyertaan itu dibuat selepas menerima jemputan rasmi daripada Pengerusi Penang International Dragon Boat Festival (PIDBF), YB Wong Hon Wai, yang juga EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang.
Beliau berkata, meskipun pasukan Dragon Fly Maritime Kuala Perlis tidak berjaya sampai ke peringkat akhir, prestasi yang dipamerkan tetap membanggakan kerana berjaya memberikan cabaran sengit kepada beberapa pasukan antarabangsa yang jauh lebih berpengalaman.
Romli menjelaskan, selain sebagai medan persaingan, kejohanan itu juga berperanan meningkatkan kecergasan fizikal, disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan anggota Maritim Malaysia.
Katanya, penglibatan tersebut turut menyokong usaha Maritim Malaysia memperkukuh penyertaan dalam program komuniti dan aktiviti antarabangsa serta meningkatkan imej positif agensi di peringkat serantau.
Sementara itu Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nak Rong a/l Si Prom, turut menyatakan penghargaan atas komitmen tinggi yang ditunjukkan pasukan, sambil menyifatkan pencapaian itu bukti kemampuan warga Maritim Malaysia bersaing di peringkat antarabangsa.
PIDBR merupakan antara festival sukan air paling berprestij di Asia dan menjadi platform penting mempromosikan pelancongan serta budaya Malaysia melalui penyertaan atlet tempatan dan luar negara.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

