PORT DICKSON, 9 MEI – Usaha membanteras jenayah rentas sempadan maritim terus diperkasa apabila Operasi Redback Ke-20 (OP REDBACK 20), kerjasama strategik antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Australian Border Force (ABF), berjaya dilaksanakan dari 5 hingga 9 Mei 2025 di perairan Melaka dan Negeri Sembilan.
Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkata, operasi tahunan yang bermula sejak 2012, menerusi Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Australia ini menjadi platform penting dalam meningkatkan kesiapsiagaan dan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang maritim kedua-dua negara.
“Operasi ini bukan sekadar kerjasama dua hala, malah bukti komitmen berterusan kita dalam membanteras jenayah seperti penyeludupan, kegiatan Illegal, Unreported and Unregulated Fishing (IUU) dan penyeludupan migran yang mengancam keselamatan perairan negara.
“Dan pada edisi kali ini, Maritim Malaysia bersama ABF menjalankan penguatkuasaan seluas 2,860 kilometer persegi bermula dari Kuala Sepang, Selangor hingga ke Kuala Kesang, Muar melibatkan empat buat aset laut milik Maritim Malaysia iaitu KM DANGA, bot BENTENG 04, bot PERKASA 37 dan bot PENGGALANG 38,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Majlis penutup OP REDBACK 20 di sini hari ini.
Turut hadir, Kaunselor ABF di Suruhanjaya Tinggi Australia, Superintendan Brooke Leung dan Pemangku Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Komander Maritim Norrimi Hassan.
Jelas beliau Mohd Zawawi, sepanjang OP REDBACK 20, sebanyak 122 pemeriksaan telah dilakukan melibatkan kapal dagang, vesel nelayan tempatan (VNT), bot penumpang dan tug boat.
Sementara itu Zawawi turut memaklumkan, berdasarkan kepada rekod Maritim Malaysia dari Januari hingga April lalu, sebanyak 17 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang terdiri lapan orang dari Indonesia dan Sembilan orang Myanmar telah ditahan kerana cuba masuk / keluar melalui laluan ‘tikus’ di seluruh negara.
“Bagi tempoh yang sama, Maritim Malaysia turut berjaya merekodkan 16 tangkapan di seluruh negara bagi kes penyeludupan barangan kawalan seperti petrol dan diesel.Selain itu sejumlah 17 tangkapan kes membabitkan barangan kontraban seperti rokok, minuman keras dan tong gas LPG turut direkodkan. Nilai keseluruhan kesemua rampasan tersebut melebihi RM9.2 juta," katanya lagi.
Selain penguatkuasaan, turut dijalankan Seminar OP REDBACK 20 yang menampilkan sesi bersama pakar terdiri Pengarah Australian National Centre for Ocean Resources & Security (ANCORS), Professor Stuart Kaye serta Pensyarah Kanan ANCORS, Dr. Sarah Lothian.
Lebih menarik, satu program mesra rakyat iaitu Community Engagement turut diadakan di dua lokasi iaitu di Kampung Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru, Melaka (6 Mei) dan di Jeti Nelayan Telok Pelandok, Port Dickson yang diadakan semalam.
Bersempena program tersebut, Maritim Malaysia turut mengedarkan 100 jaket keselamatan kepada komuniti nelayan yang hadir sebagai kempen kesedaran keselamatan di laut.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

