15
Kha, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

OPERASI CARILAMAT BOT PATI KARAM, SATU MAYAT DITEMUKAN

LANGKAWI, 15 NOVEMBER - Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) mangsa bot Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) karam di perairan sempadan Malaysia - Thailand telah memasuki hari ketujuh hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, operasi pencarian diteruskan bermula seawal pukul 7.30 pagi tadi dengan penglibatan aset KM TENGGOL, Bot PETIR 81, KD LAKSAMANA MOHAMMAD AMIN dan PSC 19 yang diatur gerak di sektor pencarian yang telah ditetapkan.

Jelas beliau, keadaan cuaca semasa operasi menunjukkan angin bertiup dari arah Barat Laut dengan kelajuan 30 hingga 40 kilometer sejam, manakala ketinggian ombak berada pada paras 1.5 hingga 2.5 meter.

“Laporan kaji cuaca turut mencatatkan ribut petir di beberapa kawasan dan situasi ini memerlukan semua petugas memberi perhatian penuh terhadap aspek keselamatan sepanjang berada di laut,” tambah Romli.

Keluasan sektor pencarian sepanjang enam hari lalu adalah seluas 1,355.13 batu nautika persegi dan melibatkan enam agensi iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

“Untuk operasi hari ketujuh ini, keluasan sektor pencarian adalah sebanyak 33.86 batu nautika persegi dengan pengoperasian empat aset sedia ada daripada Maritim Malaysia, PPM dan TLDM bagi mengoptimumkan penggunaan sumber,”

“Aset lain seperti JBPM, APM serta agensi sokongan berada dalam keadaan siap siaga bagi membantu apabila diperlukan" ujarnya.

Terdahulu Romli memaklumkan, Maritime Rescue Sub-Center (MRSC) Langkawi telah menerima aduan daripada orang awam yang melaporkan tentang penemuan satu mayat lelaki yang terdampar di Pulau Singa Besar.

Susulan laporan tersebut, bot Kevlar milik JBPM telah diatur gerak ke lokasi untuk mengambil mayat berkenaan sebelum dibawa ke jeti Maritim Malaysia dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia bersama semua agensi penyelamat terus komited melaksanakan operasi ini sehingga keseluruhan kawasan pencarian diterokai sepenuhnya.

“Kami mengutamakan keselamatan anggota di lapangan dalam keadaan laut yang mencabar, namun usaha mencari dan mengesan mangsa akan tetap diteruskan tanpa kompromi,” tegas beliau.

CARILAMAT TERBARU4
 
CARILAMAT TERBARU2
 
CARILAMAT TERBARU3




MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC SEORANG KRU KAPAL MINYAK TERLIBAT INSIDEN PUTUS JARI

PELABUHAN KLANG, 15 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah melaksanakan misi bantuan Medical Evacuation (MEDEVAC) bagi memindahkan seorang kru kapal minyak (C. CHALLENGER) yang putus jari pada Khamis.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, pada hari kejadian kira-kira pada jam 11.10 pagi, Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Selangor telah menerima panggilan daripada agen kapal tersebut (Encik Sabri), yang memaklumkan bahawa seorang kru kapal telah mengalami kemalangan.

Susulan laporan itu, bot PENGGALANG 31 telah diatur gerak ke lokasi di kedudukan kira-kira 13 Batu Nautika Barat Daya Pulau Pintu Gedong untuk mengambil mangsa sebelum dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah.

Mangsa kemalangan itu mengalami putus jari tangan kiri telah diserahkan kepada pegawai kesihatan sebelum dikejarkan ke hospital menaiki ambulan untuk rawatan lanjut.

Sehingga laporan ini dikeluarkan, mangsa didapati stabil dan sedang mendapatkan rawatan susulan.

Sebarang kejadian kecemasan atau aktiviti mencurigakan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor (013-6606652) untuk maklum balas segera.

WhatsApp Image 2025 11 15 at 9.32.57 PM
 
WhatsApp Image 2025 11 15 at 9.32.58 PM
 
WhatsApp Image 2025 11 15 at 9.32.58 PM 1

PENCARIAN HARI KELAPAN: OP CARILAMAT DUA NELAYAN DIKHUATIRI HILANG DITAMATKAN

BINTULU, 12 NOVEMBER – Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) dua nelayan dilaporkan hilang dalam insiden vesel terbalik di perairan Tanjung Payung ditamatkan pada jam 6.30 petang tadi, setelah OP CARILAMAT yang memasuki hari kelapan itu gagal menemukan mangsa.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, operasi ini telah melibatkan bantuan agensi sahabat iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Pencarian pada hari ini meliputi kawasan pencarian seluas 72.40 batu nautika persegi dan menjadikan luas keseluruhan sektor pencarian adalah 394.60 batu nautika persegi,"

"Keputusan untuk menamatkan OP CARILAMAT ini telah diputuskan oleh SAR Mission Coordinator (SMC) Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak setelah tiada penemuan mangsa hari ini,” katanya.

Tambahnya lagi, operasi pada hari kelapan telah melibatkan 50 anggota dan pegawai dengan menggerakkan satu aset dari Maritim Malaysia iaitu bot PETIR 10 dan satu aset dari Pasukan Polis Marin (PPM) iaitu Kapal PA-49.

Maritim Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua agensi sahabat yang terlibat sepanjang OP CARILAMAT ini dijalankan.

Maritim Malaysia ingin menasihatkan komuniti maritim agar tidak turun ke laut ketika cuaca buruk, serta sentiasa mematuhi prosedur keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sebarang maklumat atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh melaporkannya ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu melalui talian 086-314 254 / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432 544) untuk maklum balas segera.

CARILAMAT BNL
 
CARILAMAT BNL4
 
CARILAMAT BNL3
 
CARILAMAT BNL5

OPERASI CARILAMAT BOT PATI KARAM, PENEMUAN TERKINI SEORANG MANGSA LELAKI TERDAMPAR DI PULAU BERAS BASAH

LANGKAWI. 13 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Maritime Rescue Sub - Center (MRSC) Langkawi telah menerima aduan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan satu mayat lelaki dewasa terdampar di Pulau Beras Basah pada pukul 4.31 petang hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, susulan laporan tersebut, sebuah bot Rigid Inflatable Boat (RIB) milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah diatur gerak ke lokasi bagi mengambil mayat berkenaan sebelum dibawa ke Jeti Maritim Malaysia untuk diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan lanjut.

Menurut beliau lagi, sehingga 6.00 petang tadi, statistik keseluruhan penemuan mangsa adalah seramai 42 orang, terdiri daripada 14 mangsa yang ditemui hidup (12 lelaki dan 2 wanita) serta 28 mangsa yang disahkan maut (14 lelaki, 9 wanita, 2 kanak-kanak lelaki dan 3 kanak-kanak perempuan).

“Maritim Malaysia bersama agensi-agensi lain akan terus mempergiatkan usaha pencarian bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang,” tambah beliau.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya kepada MRSC Langkawi di talian 04-966 2750 atau talian kecemasan 999 bagi membantu operasi yang sedang dijalankan.

CARILAMAT PLU2

ENAM NELAYAN POSITIF DADAH DITAHAN DALAM OPERASI KHAS MARITIM MALAYSIA DAN AADK DI PERAIRAN KEMAMAN

KEMAMAN, 12 NOVEMBER – Enam nelayan ditahan selepas disahkan positif dadah dalam Operasi Khas Bersama yang dijalankan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kemaman, hari ini.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Abdul Halim Hamzah, berkata operasi dijalankan bagi membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan komuniti nelayan.
“Sebanyak 10 bot nelayan diperiksa, dan 44 individu menjalani ujian saringan air kencing oleh pihak AADK,”
“Hasilnya, enam individu disahkan positif dadah dan diserahkan kepada AADK Kemaman untuk tindakan lanjut di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.
Tambah beliau, operasi ini adalah inisiatif bersepadu antara agensi penguatkuasaan bagi memastikan perairan negara bebas daripada ancaman penyalahgunaan bahan terlarang yang boleh menjejaskan keselamatan komuniti maritim.
“Selain penguatkuasaan, kerjasama strategik ini turut memberi penekanan kepada pendekatan pencegahan dan pendidikan, termasuk sesi penerangan secara langsung kepada nelayan di lokasi operasi,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Ketua Operasi AADK Kemaman, Encik Mohd Shukry Bin Samsudin, yang turut serta dalam operasi ini menegaskan, pihak AADK komited meneruskan kerjasama dengan Maritim Malaysia untuk memastikan mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan serta diberi peluang menjalani proses pemulihan.
Operasi khas tersebut melibatkan pegawai dan anggota kedua-dua agensi dengan penggunaan aset laut bagi memperkukuh pemantauan di perairan Kemaman.

KEMAMAN AADK3
 
KEMAMAN AADK4
 
KEMAMAN AADK5
 
KEMAMAN AADK6

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC