SANDAKAN, 30 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan melaksanakan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) bagi mengesan dua nelayan yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain berkata, maklumat awal diterima daripada pemilik bot memaklumkan bahawa dua kru bot, Mohd Aswal Arman, 32, dan Akbar, 24, kedua-duanya warganegara Indonesia, tidak pulang ke pangkalan selepas keluar menangkap ikan.
Susulan laporan tersebut, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan misi CARILAMAT bagi mengkoordinasi usaha pencarian termasuk mengesan lokasi terakhir bot terbabit.
Sebuah papan tunda dipercayai milik bot tersebut turut ditemui oleh sebuah bot nelayan tempatan pada jarak 8.1 batu nautika utara Pulau Nunuyan ketika sedang menarik pukat. Kapal Maritim PERINGGI telah diatur gerak ke lokasi bagi tujuan pengesahan.
Operasi pencarian melibatkan aset Maritim Malaysia iaitu KM PERINGGI, Bot KILAT 33 dan Bot ADAL 14. Turut membantu ialah Bot FIC 2232 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bot PSC 66 dan RH 54 Pasukan Polis Marin (PPM), serta Bot SEALEG Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menurut beliau, operasi pencarian pada hari ini merangkumi keluasan sekitar 72 batu nautika persegi, melibatkan sektor lokasi penemuan papan tunda sehingga kawasan laluan pergerakan bot mangsa.
Pasukan penyelam Maritim Malaysia serta penyelam JBPM turut diatur gerak ke lokasi penemuan bagi menjalankan pemeriksaan dan usaha mengesan bot nelayan berkenaan.
Maritim Malaysia menasihati komuniti maritim supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dengan memakai jaket keselamatan, menyediakan peralatan komunikasi yang berfungsi serta memastikan bot berada dalam keadaan baik sebelum ke laut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkannya melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di talian 089-221923.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

