15
Kha, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

MARITIM NEGERI PAHANG TAHAN SATU BOT NELAYAN TEMPATAN, 5 KRU MYANMAR

KUANTAN, 4 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang telah menahan sebuah Bot Nelayan Tempatan (BNT) Kelas C pada jarak lebih kurang 0.68 batu nautika dari Muara Sungai Kuantan.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin  bin Jusoh berkata, bot tersebut dalam keadaan mencurigakan telah ditahan oleh aset Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan Op Makmur di perairan Pahang pada jam lebih kurang 10.15 pagi semalam.

Selepas berjaya ditahan, pemeriksaan ke atas bot tersebut mendapati semua kru termasuk tekong berumur antara 22 sehingga 27 tahun, tidak mempunyai permit kerja yang sah dan kesemuanya warganegara Myanmar mempunyai pengenalan diri yang mencurigakan.

Kesemua mereka bersama peralatan menangkap ikan dan hasil laut yang dianggarkan seberat 730 kilogram ditahan dan diiringi masuk ke Jeti Penerpa, Kuantan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki telah melanggar syarat sah lesen dan tidak mempunyai pas kerja yang sah.

Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim terutamanya komuniti nelayan tempatan agar sentiasa mematuhi undang-undang serta syarat sah lesen dan mengutamakan keselamatan apabila berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan seterusnya diingatkan supaya menjauhi sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut komuniti maritim boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

 2

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SINDIKET MENYELUDUP 26 KG DADAH

KUALA LINGGI, 25 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah menggagalkan cubaan menyeludup lebih 26 kilogram dadah dipercayai jenis syabu ke negara jiran. 

Rampasan dibuat berdasarkan maklumat risikan dan pengesanan mengenai aktiviti mencurigakan di perairan Tanjung Sepat, Selangor sekitar jam 10.00 malam pada 23 Mei lalu. Berikutan itu, aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi khas diatur gerak ke lokasi bagi mengesan dan memantau situasi serta suspek.

Semasa pemantauan, pasukan operasi telah menemui sebuah beg pakaian berwarna kelabu diletakkan dalam keadaan mencurigakan di tepi tebing pantai Kampung Tumbuk, Tanjung Sepat, Selangor. Pemeriksaan di persekitaran lokasi tidak menemui sebarang suspek atau bot, dan dipercayai suspek telah melarikan diri. Manakala pemeriksaan ke atas beg mencurigakan itu telah menemui 26 paket berwarna kuning berisi hablur kristal yang disyaki dadah jenis syabu.

Kesemua dadah itu dipercayai sengaja ditinggalkan dan akan diambil oleh pihak seterusnya untuk diseludup keluar. Kesemua barang kes telah diserahkan kepada pegawai penyiasat dan akan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Nilai keseluruhan rampasan lebih 26 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan sekitar RM1,040,000 dan dipercayai dadah ini boleh dibekalkan kepada lebih kurang 56,000 orang penagih.

KEPTEN MARITIM ISKANDAR BIN ISHAK

PENGARAH MARITIM NEGERI MARITIM NEGERI MELAKA & NEGERI SEMBILAN

 

 WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.53 PM  WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.52 PM
 WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.52 PM 1  WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.53 PM 1

OP PAGAR LAUT: TAHAN DUA BOT NELAYAN VIETNAM DI HARI RAYA

KEMAMAN, 4 Mei  – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman telah menahan dua bot nelayan asing yang menceroboh perairan Negeri Terengganu pada petang 1 Syawal ketika umat Islam sedang meriah menyambut Aidilfitri.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi bin Abd Rashid berkata, dua bot nelayan asing bernombor pendaftaran dari negara Vietnam ditahan pada hari Isnin, 2 Mei sekitar jam 2.30 petang hingga 3.00 petang di kedudukan 66 batu nautika dari Kuala Kemaman.

Kedua-dua bot tersebut ditahan semasa rondaan bersepadu OP PAGAR LAUT, OP KUDA LAUT dan OP IMAN.

Dua bot tersebut dikendalikan 12 kru termasuk tekong dipercayai warga Vietnam berusia 18 hingga 56 tahun dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri serta tiada permit menangkap ikan di perairan negara.

Pelbagai jenis hasil laut seberat hampir 200 kilogram dan bekalan diesel lebih kurang 200 liter serta peralatan menangkap ikan turut dirampas dan kesemuanya dianggarkan bernilai RM2 juta.

Kesemua bot serta kru ditahan dan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Kemaman. Semua yang ditahan akan menjalani saringan COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia terlebih dahulu sebelum kes diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti perikanan dalam perairan negara tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan Akta Imigresen 1959/63 kerana kru tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Maritim Malaysia akan sentiasa dalam keadaan bersedia dan melaksanakan rondaan seperti biasa meskipun ketika musim perayaan.

Operasi membanteras kegiatan pencerobohan nelayan asing khususnya dari Vietnam ini akan diteruskan tanpa henti dan Maritim Malaysia juga akan menggunakan pelbagai kaedah pelaksanaan operasi bagi melindungi hasil laut negara dan khazanahnya daripada dicuri dan dirompak oleh nelayan-nelayan asing.  

WhatsApp Image 2022 05 04 at 23.37.18    WhatsApp Image 2022 05 04 at 09.13.26 1    WhatsApp Image 2022 05 04 at 09.13.58 1 
         
WhatsApp Image 2022 05 04 at 11.28.04    WhatsApp Image 2022 05 04 at 11.28.04 2    WhatsApp Image 2022 05 04 at 11.29.20 

BOT NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN: TIADA PERMIT KERJA

KUANTAN, 21 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang telah menahan sebuah Bot Nelayan Tempatan (BNT) Kelas C yang disyaki melanggar undang-undang pada jarak lebih kurang 15 batu nautika dari Timur Laut Teluk Gading.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin  bin Jusoh berkata, semasa rondaan Op Makmur di perairan Pahang, aset Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot yang sedang terapung dalam keadaan mencurigakan pada jam lebih kurang 11.30 pagi semalam.

Selepas berjaya ditahan, pemeriksaan mendapati bot nelayan tempatan itu dikendalikan lima kru termasuk tekong yang berumur diantara 26 hingga 59 tahun yang kesemuanya gagal mengemukakan permit kerja yang sah dimana seorang tekong warganegara Malaysia mempunyai pengenalan diri, tiga orang kru wargnegara asing mempunyai dokumen pengenalan diri iaitu pasport Thailand manakala seorang kru mempunyai pasport Thailand yang telah tamat tempoh sah laku.

Kesemua mereka bersama peralatan menangkap ikan dan hasil laut yang dianggarkan seberat 1500 kilogram ditahan dan diiringi masuk ke jeti Teluk Gading, Rompin untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu menggaji pekerja asing tanpa permit dan mengemukakan dokumen pengenalan diri yang telah tamat tempoh.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut komuniti maritim boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

2   3 
4    

TAHAN BOT NELAYAN TEMPATAN, GAJI WARGA ASING TANPA KEBENARAN

WhatsApp Image 2022 05 05 at 8.36.10 AM

BINTULU, 4 Mei-Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot nelayan tempatan yang mencurigakan pada jarak lebih kurang 2.5 batu nautika dari Tanjung Kidurong Bintulu, sekitar jam 3.00 petang, semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, bot nelayan tempatan tersebut didapati menggaji pekerja warga asing tanpa permit sah yang dikeluarkan Jabatan Perikanan Malaysia.

Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati tiga  kru termasuk tekong mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah tetapi gagal mengemukakan permit kebenaran untuk bekerja di atas bot tersebut.

Semasa periksa dan geledah, tiada sebarang muatan dijumpai pada vesel berkenaan dan dipercayai baharu keluar ke laut untuk melakukan aktiviti penangkapan ikan.

Kesemua kru termasuk tekong berusia lingkungan 23 hingga 47 tahun warga Indonesia serta bot ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan kerana menggaji pekerja asing tanpa permit dan telah melanggar syarat di dalam buku lesen yang telah ditetapkan.

Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kesemua komuniti maritim agar mematuhi segala peraturan dan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut serta mengalu-alukan sebarang maklumat serta aduan daripada seluruh komuniti maritim bagi melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kecemasan di laut melalui talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254) atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam.

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC