MUAR, 29 NOVEMBER – Dua nelayan tempatan terselamat selepas bot mereka tenggelam di perairan Haji Baki, Muar, tengah hari tadi.
SAR Coordinator (SC), Kepten Maritim Kama Azri Kamil memaklumkan, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima makluman awal mengenai kejadian berkenaan pada pukul 11.13 pagi, selepas bot dinaiki kedua-dua mangsa mengalami kebocoran sebelum terbalik ketika mereka keluar menangkap ikan.
Berikutan laporan itu, Bot PETIR 51 dari Zon Maritim Batu Pahat digerakkan ke lokasi. Namun pada pukul kira-kira 12 tengah hari, MRSC dimaklumkan bahawa kedua-dua mangsa telah berjaya diselamatkan oleh sebuah bot tunda, Frase Dolphin, yang kebetulan berada berhampiran.
Kama Azri yang juga pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor turut berkata, kejayaan operasi itu disumbang oleh tindakan pantas komuniti maritim serta bantuan segera bot tunda yang menyelamatkan mangsa.
“Maklumat awal daripada komuniti maritim dan bantuan bot tunda Frase Dolphin amat membantu memastikan kedua-dua mangsa diselamatkan dengan selamat,” katanya lagi.
Bot PETIR 51 kemudian melakukan pemindahan mangsa daripada bot tunda tersebut sebelum membawa mereka ke Jeti Bentayan, Muar untuk tindakan selanjutnya.
Kedua-dua mangsa, Mohamed Razi Bin Abd Rahman dan Muhammad Hafiz bin Ahmad Daud masing-masing berusia 31 dan 30 tahun, telah diserahkan kepada ahli keluarga sebaik tiba di jeti.
MRSC Johor Bahru turut merakamkan penghargaan kepada komuniti maritim dan kru bot tunda yang memberikan kerjasama pantas dalam usaha menyelamat.
Maritim Malaysia komited memperkukuh keselamatan maritim dan menggesa komuniti maritim segera melaporkan insiden di laut dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pejabat Operasi Maritim berhampiran untuk tindakan segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

