MIRI, 6 MEI – Cubaan sebuah vesel tunda dan tongkang untuk beroperasi secara haram di perairan Kuala Baram gagal apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri semalam.
Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, kedua-dua vesel berkenaan dikesan bergerak secara mencurigakan kira-kira 3.2 batu nautika dari barat daya Kuala Baram sebelum dipintas oleh pasukan peronda dalam operasi bersepadu Op PERMAI 01/2019 dan Op TIRIS 3.0 sekitar pukul 12.30 tengah hari semalam.
Jelas beliau lagi, hasil pemeriksaan mendapati kru vesel itu bukan sahaja membawa muatan selain daripada yang dibenarkan, malah gagal menunjukkan sebarang dokumen pelesenan sah.
“Vesel tunda itu membawa lapan kru termasuk nakhoda terdiri daripada empat warga tempatan, dua warga Myanmar dan dua warga Indonesia, berumur antara 23 hingga 49 tahun. Kesemua mereka telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Khairol Anuar turut berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyalahi undang-undang malah boleh membahayakan keselamatan pelayaran di kawasan perairan negara.
Kes kini disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 atas kesalahan membawa muatan tidak dibenarkan serta gagal mengemukakan Lesen Perkapalan Dalam Negeri.
Tambahnya, Maritim Malaysia terus komited mempertingkat rondaan dan penguatkuasaan bagi mengekang jenayah maritim dan pelanggaran undang-undang di laut.
Sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut boleh dilaporkan ke talian hotline Maritim Malaysia Zon Miri di 085-649111, Maritim Negeri Sarawak 082-432544 / 082-432016 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.
















.svg.png)

