window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); BERITA UTAMA
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

LUMUT, 5 DISEMBER – Empat lelaki warga Indonesia yang diselamatkan selepas bot mereka rosak di perairan Pulau Jarak baru-baru ini telah diserahkan secara rasmi kepada wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak, hari ini.

Menceritakan kembali kejadian tersebut, Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob menjelaskan, maklumat awal telah diterima daripada Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) Lumut, yang memaklumkan bahawa keempat-empat mangsa telah ditemukan dan diselamatkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam dua fasa berbeza.

Menurut beliau, dua mangsa pertama tiba di Tambatan Pangkalan Lumut pada 30 November menggunakan FCB 1030, manakala dua lagi mangsa diserahkan pada 3 Disember selepas bot ronda Maritim Malaysia mengambil mereka daripada KD KINABALU ke Jeti Perikanan Kampung Acheh untuk tindakan lanjut.

Kesemua mangsa dibawa ke Pejabat Maritim Negeri Perak bagi proses dokumentasi, pengesahan identiti dan urusan diplomatik bersama pihak kedutaan sebelum diserahkan hari ini.

Proses serah terima disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Perak, Komander Maritim Tan Ah Bik bersama Timbalan Pengarah Siasatan, Leftenan Maritim Mohamad Fuad Ja’afar.

Pihak Indonesia pula diwakili oleh Pak Garda Arian Perdana (Third Secretary Counsellor), Yosia Indra Rhajinisha Sianturi (Local Staff) dan Trisunu (Local Staff) dari KBRI Kuala Lumpur.

Shukri berkata, penyerahan itu secara tidak langsung telah menggambarkan kerjasama erat di antara Malaysia dan Indonesia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan perairan kedua-dua negara sentiasa terpelihara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat, aduan atau kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak melalui talian 05-6838737 atau talian 999 untuk tindakan segera.

WhatsApp Image 2025 12 05 at 4.55.22 PM 1
 
WhatsApp Image 2025 12 05 at 4.55.23 PM
 
WhatsApp Image 2025 12 05 at 4.55.23 PM 3

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

TUMPAT, 4 DISEMBER – Maritim Negeri Kelantan bersama Kastam Diraja Malaysia (Unit Marin Pengkalan Kubor) hari ini mengadakan operasi bersama bagi memperkukuh rondaan dan penguatkuasaan di perairan Kelantan serta Sungai Golok.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten (M) Erwan Shah Bin Soahdi, berkata inisiatif ini mencerminkan Kepimpinan Proaktif dan Inklusif, selaras dengan Teras Tujuh Ketua Pengarah APMM, selain memastikan kesiapsiagaan operasi di perairan negeri sentiasa optimum. Inisiatif rondaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanan penguatkuasaan sentiasa terjamin.

Beliau juga menyatakan bahawa kerjasama berkenaan turut memperkukuh tatakelola operasi serta jalinan kerjasama antara Maritim Malaysia dan Kastam, meningkatkan keupayaan rondaan di kawasan tumpuan aktiviti maritim.

Program ini turut disertai Ketua Cawangan Penguatkuasaan, JKDM Pengkalan Kubor, Mohd Hafiz bin Baharudin, yang menegaskan komitmen JKDM dalam menyokong usaha bersepadu bagi memantapkan keselamatan perairan.

 

KASTAM KLN
 
KASTAM KLN2
 
KASTAM KLN4
 
KASTAM KLN5

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

LUMUT, 3 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Manjung telah melaksanakan Operasi Bersepadu Cegah Khas di sekitar kawasan persisiran pantai Perak, pada 1 dan 2 Disember lalu.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, operasi bersepadu ini dilaksanakan susulan maklumat risikan dan aduan awam yang diterima berkaitan aktiviti disyaki penyalahgunaan dadah.

“Seramai empat anggota Unit Risik Maritim Negeri Perak bersama lapan anggota AADK Daerah Manjung telah diatur gerak bagi melaksanakan pemantauan aktiviti penyalahgunaan dadah di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti,” kata beliau.

Jelas beliau lagi, sepanjang operasi tersebut, seramai 13 individu lelaki telah ditahan untuk saringan awal dan daripada jumlah itu, 12 individu telah diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut, manakala seorang individu diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan selanjutnya.

“Individu yang terlibat berusia antara 19 hingga 61 tahun. Kes disiasat di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambah Shukri.

Maritim Malaysia dan AADK akan terus komited dalam melaksanakan operasi bersama bagi mengekang penyalahgunaan dadah serta memperkukuh pemantauan di kawasan pantai dan perairan yang berisiko tinggi.

Orang ramai, khususnya komuniti maritim, diseru untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau pelanggaran undang-undang di laut dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

OP BERSEPADU AADK2
 
OP BERSEPADU AADK3
 
OP BERSEPADU AADK4
 
OP BERSEPADU AADK5

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

KUANTAN, 3 DISEMBER – Seorang wanita dari Pulau Tioman yang mengalami anemia simptomatik berjaya dipindahkan ke Hospital Rompin menerusi operasi Medical Evacuation (MEDEVAC) yang telah dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang, hari ini.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan Mat Rejab berkata, permohonan bantuan diterima pada jam 10.00 pagi daripada Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Tekek bagi memindahkan pesakit, Rozanah Zainon, 46, yang mengalami symptomatic anemia akibat menorrhagia dengan bacaan hemoglobin yang rendah.

Hasil maklumat yang disalurkan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan, Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Pahang mengaturgerakkan bot PERKASA 1246 ke Pulau Tioman untuk membawa pesakit keluar ke tanah besar.

“Bot berkenaan tiba di Jeti Marina Tekek pada pukul 1.15 petang sebelum membawa pesakit yang ditemani seorang jururawat, suami dan dua anaknya ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading,” jelas beliau.

Setelah tiba di Teluk Gading pada pukul 1.50 petang, pesakit telah diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke Hospital Rompin bagi menerima rawatan lanjut.

Maritim Malaysia menasihati orang ramai agar segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau talian kecemasan 999 sekiranya berlaku sebarang insiden atau kecemasan di laut.

MEDEVAC KUANTAN2
 
MEDEVAC KUANTAN3
 
MEDEVAC KUANTAN4

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

SANDAKAN, 1 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan mengesahkan penemuan satu mayat lelaki yang dipercayai salah seorang daripada dua nelayan yang dilaporkan hilang sejak 29 November lalu.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain berkata, mayat berkenaan ditemukan oleh Penyelam Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR TEAM) Maritim Malaysia pada kira-kira pukul 12.22 tengah hari, 8.1 batu nautika utara Pulau Nunuyan yang dipercayai di mana lokasi bot mangsa karam.

Menurut beliau, identiti mangsa sedang dikenal pasti. Namun, berdasarkan pengecaman awal oleh ahli keluarga, mayat tersebut disahkan sebagai Akbar, 24 tahun, warganegara Indonesia, yang merupakan salah seorang daripada dua kru bot yang dilaporkan hilang.

Mayat berkenaan telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut termasuk proses pengecaman rasmi dan bedah siasat.

Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) yang memasuki hari kedua hari ini melibatkan aset Maritim Malaysia iaitu KM PERINGGI, Bot BANGGI 44 dan Bot ADAL 14.

Turut membantu ialah Bot FIC 2205 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bot PSC 13 daripada Pasukan Polis Marin (PPM), Bot SEALEG Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta Bot SEALEG Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pasukan penyelam turut diatur gerak bagi meneruskan usaha mengesan seorang lagi mangsa dan bot nelayan terbabit.

Maritim Malaysia akan meneruskan operasi pencarian sehingga mangsa terakhir Mohd Aswal Arman, 32 tahun berjaya ditemukan atau menerima arahan lanjut daripada Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kota Kinabalu.

Maritim Malaysia turut bekerjasama dan sentiasa berhubung dengan pihak konsulat Indonesia berkaitan kejadian ini.

Maritim Malaysia menasihati komuniti maritim agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan ketika menjalankan aktiviti di laut, termasuk memakai jaket keselamatan, memastikan peralatan komunikasi berfungsi dan memastikan bot berada dalam keadaan baik sebelum belayar.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini boleh menyalurkannya melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di talian 089-221923.

CARILAMAT SABAH4
 
CARILAMAT SABAH5
 
CARILAMAT SABAH2
 
CARILAMAT SABAH

Lebih banyak artikel..

Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC