24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

RAMPAS 1100 MURAI KAMPUNG, CUBAAN SELUDUP GAGAL

KUALA LINGGI, 26 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan merampas sejumlah 1100 ekor burung Murai Kampung dalam satu serbuan ke atas cubaan menyeludup keluar ke negara jiran pada malam tadi di perairan pantai Alai, Melaka.

Pengarah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haris Fadzillah bin Abdullah, berkata serbuan dilakukan berikutan aduan awam berkaitan aktiviti mencurigakan yang disyaki penyeludupan di persisir pantai Alai Melaka sekitar jam 9.15 malam tadi.

Berikutan itu, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi khas telah diatur gerak ke lokasi yang dinyatakan untuk mengesan dan menyerbu suspek. Sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa, sebuah bot disyaki penyeludup telah bertindak memecut laju dan menghilangkan diri ke kawasan lain yang cetek dan bersemak.

Hasil pemeriksaan di tepi pantai berbatu tersebut telah menemukan 55 buah raga berisi lebih kurang 1,100 ekor burung Murai Kampung ataupun nama saintifiknya Copsychus Saularis disyaki untuk di . Kesemua barang kes seterusnya dirampas dan akan disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan lebih kurang RM44,000.

Aktiviti penyeludupan burung ini dipercayai untuk dipasarkan di negara jiran yang mendapat permintaaan tinggi dan aktiviti ini disyaki didalangi sindiket warga tempatan.

 

IMG 20210826 WA0013   IMG 20210826 WA0005
 IMG 20210826 WA0010

 IMG 20210826 WA0007

 

Pegawai Unit Komunikasi Korporat 

Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan

GAGAL LAPOR PERTUKARAN NAKHODA, BOT PENUMPANG DITAHAN

GEORGETOWN, 6 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot penumpang disyaki gagal melaporkan kepada pegawai pelabuhan berkenaan pertukaran nakhoda petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, bot penumpang yang berpangkalan di Weld Quay itu ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika dalam perjalanan pulang dari Perai ke pangkalannya pada kedudukan 0.6 batu nautika barat sungai Perai lebih kurang jam 2.40 petang semalam ketika rondaan OP PERTIWI /OP BENTENG LAUT.

Bot penumpang yang dikendalikan oleh dua warga tempatan berumur 71 dan 32 tahun itu gagal mengemukakan dokumen pemakluman pertukaran nakhoda semasa pemeriksaan dilakukan.

Bot tersebut kemudian diiringi ke Jeti Polis Marin Batu Uban dan nakhoda serta kru terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah kesalahan Seksyen 477 (2) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, iaitu gagal melaporkan pertukaran nakhoda kepada pegawai pelabuhan. Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak lebih 10 hari atau kedua-duanya sekali.

Maritim Malaysia ingin menegaskan kepada semua pemilik dan nakhoda bot supaya sentiasa memastikan segala prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Maritim Malaysia akan sentiasa memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara dipelihara.

Sebarang aduan salah laku jenayah maritim di laut atau sebarang kecemasan segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999.

WhatsApp_Image_2021-09-05_at_11.13.22_PM.jpeg

 

DUA NELAYAN DISELAMATKAN, BOT ROSAK TENGAH LAUT

KUANTAN, 21 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), melalui Maritim Rescue Sub Centre Kuantan telah mengaktifkan dan mengkoordinasikan Operasi CARILAMAT bagi mengesan dua pemancing dengan bot fiber yang mengalami kerosakan sekitar jarak 20 batu nautika timur Gebeng, Kuantan, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud berkata berkata, sebaik sahaja menerima laporan daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan, sebuah bot ronda segera diatur gerak ke titik koordinat aduan bagi melaksanakan CARILAMAT.

Pasukan CARILAMAT Maritim Malaysia Negeri Pahang mengambil masa hampir tiga jam dan berjaya menemui bot fiber tersebut sekitar jam 9.00 malam di kedudukan empat batu nautika utara Gebeng.

Semua mangsa dipindahkan ke bot Kilat, manakala bot fiber yang rosak itu ditunda ke jeti Sungai Ular untuk dibaiki.

Mangsa Nik Akram bin Nik Ahmad, 37, berkata, bot fiber yang dinaiki bersama seorang rakan Afendi,47, itu tiba-tiba tidak dapat dihidupkan dan beliau terus menghubungi talian kecemasan MERS 999 untuk mendapatkan bantuan.

Maritim Malaysia sentiasa bersiap-sedia memberikan perkhidmatan dan bantuan kecemasan kepada masyarakat terutama komuniti laut serta agensi-agensi kerajaan yang mengalami kecemasan di laut mahu pun ditimpa bencana.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian kecemasan kegiatan jenayah atau di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

47f28a05 d6f2 445f 89e8 c3b18fca2678   15841b48 ca1c 4de1 8753 349a14c5211e

OP JANGKAR HARAM : KAPAL KARGO DITAHAN MARITIM MALAYSIA WALAU BERDEPAN CUACA BURUK

KOTA TINGGI, 26 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor telah menahan sebuah kapal kargo yang disyaki bersauh secara haram di perairan Johor timur pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, kapal kargo yang berdaftar dari Kuching, Sarawak itu ditahan oleh aset Maritim Malaysia di kedudukan 3.8 batu nautika tenggara Tanjung Punggai, Johor pada jam 9.10 pagi.

Pemeriksaan awal mendapati kapal kargo tersebut dikendalikan oleh 12 kru warga tempatan dan Indonesia berumur antara 30 hingga 70 tahun serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Kapal kargo tersebut didapati telah bersauh di perairan ini sejak 24 Ogos dan nakhoda kapal juga telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dari Pengarah Laut Malaysia.

Kapal serta kesemua kru telah ditahan, manakala nakhoda dan ketua jurutera kapal dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut bagi kesalahan dibawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran.

Sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Untuk rekod sejak Januari 2021 sehingga kini, Maritim Malaysia Negeri Johor telah menahan sebanyak 90 buah kapal dibawah kesalahan bersauh tanpa kebenaran dimana 72 buah kapal telah ditahan di dalam Operasi Jangkar Haram yang dilancarkan pada 24 Mac tahun ini.

Pengarah Maritim Negeri Johor juga mengingatkan supaya semua kapal yang berlabuh di perairan Negeri Johor untuk sentiasa menghormati dan mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan ketika berada di dalam perairan Malaysia. Kapal-kapal yang ingin berlabuh juga perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan atau terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang yang tegas oleh pihak Maritim Malaysia.

Walaupun berdepan dengan keadaan cuaca buruk yang melanda kawasan perairan Johor timur ketika ini, Maritim Malaysia Negeri Johor tetap komited melakukan rondaan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negeri Johor.

 

OPJH 26 Ogos 2021 5    OPJH 26 Ogos 2021 1
     
 WhatsApp Image 2021 08 25 at 12.56.58 2    OPJH 26 Ogos 2021 2

BOT NELAYAN TEMPATAN, 6 KRU VIETNAM TERMASUK OKU DITAHAN

KUANTAN, 8 Ogos - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki melanggar undang-undang pada jarak kira- kira 24.2 batu nautika timur muara Sungai Nenasi Rompin, tengahari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud berkata, semasa rondaan Op Makmur di perairan Pahang, aset Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot yang sedang menjalankan aktiviti perikanan dalam keadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri sebaik dihampiri aset Maritim Malaysia.

Selepas berjaya ditahan, pemeriksaan mendapati bot nelayan tempatan itu dikendalikan enam kru termasuk tekong yang kesemuanya warga Vietnam berumur antara 26 sehingga 53 tahun. Salah seorang kru adalah Orang Kelainan Upaya.

Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dan mengemukakan dokumen pengenalan diri yang meragukan.

Kesemua kru termasuk tekong telah diiring ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading bersama peralatan menangkap ikan serta hasil laut dan akan menjalani ujian saringan COVID-19 oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di Klinik Kesihatan Rompin sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut komuniti maritim boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

6e045bda 12e2 40f3 90e8 8b8e84fd8a0d   7651faae f4e1 4697 85fb ebf071cbdaa2

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC