24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

MARITIM MALAYSIA LUPUS TIGA BOT NELAYAN ASING JADI TUKUN TIRUAN

PULAU TIOMAN, 25 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang melupuskan tiga bot nelayan asing Vietnam yang ditahan atas kesalahan menceroboh perairan dengan ditenggelamkan sebagai tukun tiruan di sekitar Pulau Tioman, hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),Laksamana Madya Maritim Kamaruszaman bin Haji Abu berkata, ketiga-tiga bot yang dilucut hak itu ditahan oleh Kapal Maritim (KM) Langkawi serta bot Penggalang 14 atas kesalahan menceroboh dan melakukan aktiviti perikanan tanpa kebenaran di perairan Pahang pada tahun 2020.

Setelah didapati bersalah dan dilucut hak oleh mahkamah, Maritim Malaysia memutuskan untuk melupuskan bot-bot ini secara menenggelamkannya sebagai tukun tiruan di perairan Pulau Tioman. Tiga bot yang dilupuskan ini dianggarkan bernilai RM 4.5 juta dan pelupusan ini juga dapat mengurangkan kesesakan bot- bot tahanan asing di Jeti Pusat Tahanan Vesel.

Masih terdapat sembilan bot nelayan asing lagi di bawah pengawasan Maritim Negeri Pahang yang akan dilupuskan setelah mendapat perintah dari mahkamah.

Untuk rekod, proses melupuskan ketiga-tiga bot ini dengan menenggelamkan sebagai tukun tiruan merupakan julung kali dilaksanakan di Pulau Tioman oleh Maritim Negeri Pahang.

Proses penenggelaman bot sebagai tukun tiruan ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT) dalam memastikan kesesuaian lokasi serta tidak menjejaskan biodiversiti marin dan memberikan manfaat kepada nelayan pesisir pantai.

Kawasan terbabit dijadikan habitat baharu ekosistem marin dan sebagai peranti pemuliharaan biodiversiti marin. Ia juga akan menjadi tempat perlindungan dan sumber makanan kepada hidupan laut.

Maritim Malaysia sentiasa berusaha memastikan perairan negara selamat kepada komuniti maritim dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

                                                           

Sebarang maklumat boleh terus disalurkan secara rasmi melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345.

96a113fd abb0 4ca2 ac51 df1b018c0a6e    e45093e6 4d91 48d1 8260 1ce16b6056f1 
     
10b7ef3f 62b8 4e10 9c92 4e39e649a327   f86f7d85 20d2 4679 8c23 3e58c9576e01

MARITIM MALAYSIA METERAI PERJANJIAN PERKHIDMATAN SEWAAN TALIAN KOMUNIKASI AMHS SISTEM COSPAS-SARSAT

PUTRAJAYA, 14 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini memeterai perjanjian bersama Telekom Malaysia bernilai RM 515,160.00 bagi kontrak Perkhidmatan Sewaan Talian Komunikasi Aeronautical Message Handling System (AMHS) Sistem Cospas-Sarsat untuk tempoh tiga tahun bermula 1 Ogos 2021 hingga 31 Julai 2024.

Dengan pemeteraiannya perjanjian ini membolehkan Maritim Malaysia meneruskan perkhidmatan sebagai Koordinator Kebangsaan Mencari dan Menyelamat Maritim (CARILAMAT) secara professional berteraskan teknologi dan perkongsian maklumat melalui sistem Cospas–Sarsat yang dikendalikan Malaysia Mission Control Centre (MYMCC) berpangkalan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan. Perkhidmatan talian AMHS ini merupakan platform yang menghubungkan MYMCC dengan Australia Mission Control Centre (AUMCC) yang bertindak sebagai Nodal kepada sistem Cospas-Sarsat Malaysia dan MCC lain.

AMHS juga berupaya menguruskan pangkalan data berkaitan sebarang maklumat atau amaran kecemasan yang berlaku antara MCC seluruh dunia yang menggunakan sistem Cospas-Sarsat. Secara ringkasnya, sekiranya beacon kecemasan seperti EPIRB (kapal), ELT (pesawat) atau PLB (individu) yang mempunyai kod pendaftaran (country code) Malaysia mengalami kecemasan di Eropah atau di negara lain yang menerima maklumat kecemasan tersebut akan turut dihantar ke MYMCC melalui talian ini.

Kemudahan ini bakal dimanfaatkan komuniti maritim tempatan termasuklah kapal-kapal dagang yang melalui perairan Malaysia. Usaha ini juga merupakan salah satu Pelan Strategik jangka panjang Maritim Malaysia dalam meningkatkan keupayaan operasi CARILAMAT yang menjadi salah satu teras objektif agensi. Justeru, dengan adanya talian AMHS ini perkongsian maklumat antara negara sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang melibatkan warganegara kita di luar negara atau warga asing di negara kita maklumat berikut dapat dikongsikan kepada negara mereka dan ini memudahkan pasukan penyelamat untuk berkongsi maklumat dan seterusnya melaksanakan operasi CARILAMAT dengan lebih berkesan. 

Dalam pada itu, Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana juga turut melancarkan buku Pelan Strategik Search and Rescue Maritim Malaysia yang akan menjadi rujukan hala tuju bahagian CARILAMAT serta penerbitan Buletin CARILAMAT edisi 1/2021 yang memaparkan artikel berkaitan CARILAMAT, insiden di laut serta tips-tips keselamatan di laut turut dilancarkan oleh bahagian tersebut secara dwi tahunan dengan buku ini akan diedarkan kepada institusi pendidikan serta komuniti maritim sebagai salah satu insiatif Agensi dalam meningkatkan kesedaran keselamatan di laut dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Ketua Pengarah Maritim Malaysia juga turut menyampaikan penghargaan kepada Komander Maritim Dr. Suzanna Razali Chan atas kejayaan beliau memenangi tempat kedua dalam kategori women in SAR award anjuran International Maritime Rescue Federation (IMRF) baru-baru ini.

 

LAKSAMANA MARITIM DATO’ MOHD ZUBIL BIN MAT SOM

KETUA PENGARAH

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

 

  WhatsApp Image 2021 10 14 at 2.06.55 PM    WhatsApp Image 2021 10 14 at 2.08.18 PM  
   WhatsApp Image 2021 10 14 at 2.06.55 PM 1    WhatsApp Image 2021 10 14 at 2.06.55 PM 2  
         

CARILAMAT: DUA REMAJA HILANG

LABUAN, 4 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Labuan (ZML) telah mengkoordinasikan operasi carilamat (Search and Rescue) di sini, semalam

Pusat Operasi ZML telah menerima panggilan daripada Pusat Operasi BOMBA Labuan pada jam lebih kurang 4.10 petang berhubung kejadian 2 remaja telah hilang di pesisir pantai dan dipercayai lemas. Mangsa dipercayai sedang melakukan aktiviti riadah bersama keluarga di Pantai Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Jalan Sg. Pagar, Labuan.

Pasukan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan dan setiba di lokasi telah menerima maklumat salah seorang mangsa telah diselamatkan di lokasi kejadian serta dalam keadaan selamat. Mangsa yang diselamatkan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Labuan untuk rawatan lanjut.

Pencarian carilamat diteruskan sehingga ke hari kedua dan mangsa terakhir telah dijumpai pada jam lebih kurang 5.55 pagi oleh pasukan penyelamat di pantai dengan jarak 50 meter daripada lokasi kejadian. Mangsa telah disahkan meninggal dunia kerana lemas dan telah dihantar ke Hospital Labuan untuk tindakan susulan. Antara agensi lain yang terlibat dalam operasi carilamat seperti PDRM, PPM, JBPM, KKM, MKN, Perbadanan Labuan dan UMSKAL.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada semasa beriadah di persisir pantai lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak dingini berlaku. Sebarang kecemasan boleh terus disalurkan di talian 999 ataupun Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999

 

LEFTENAN DYA (M) DILSA BIN AKMAD

Pegawai Perhubungan Awam

Zon Maritim Labuan

WhatsApp Image 2021 10 04 at 11.56.28  WhatsApp Image 2021 10 04 at 11.57.55 
WhatsApp Image 2021 10 04 at 11.59.15 WhatsApp Image 2021 10 04 at 11.59.15 1

 

OPS BERSAMA AADK BANTERAS PENYALAHGUNAAN DADAH DIKALANGAN KOMUNITI NELAYAN

KUANTAN, 10 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Maritim Negeri Pahang dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pahang telah melaksanakan Ops Bersama bagi membanteras kegiatan melanggar undang-undang di perairan negara khususnya melibatkan penyalahgunaan dadah dalam kalangan komuniti maritim samada nelayan tempatan dan juga asing.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran bin Haji Daud berkata, Operasi yang melibatkan kekuatan dua pegawai dan 13 anggota AADK daerah Kuantan dan Rompin dan tujuh pegawai dan 15 anggota dari APMM dijalankan dalam dua siri iaitu pada 29 - 30 September di sekitar perairan Kuantan dan 07 Oktober di sekitar perairan Kuala Rompin melibatkan 2 buah aset laut iaitu Bot Ronda dan Kapal Maritim Tatau.

Operasi ini bertujuan membasmi penagihan dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan komuniti maritim di sekitar perairan Pahang terutamanya di samping mencegah aktiviti jenayah maritim lain.

Operasi bersama ini juga bertepatan dengan objektif Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Kerajaan Negeri Pahang dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah dan gejala sosial dalam kalangan warga tempatan.

Hasil operasi ini, pihak APMM dan AADK telah berjaya memeriksa 14 Bot Nelayan tempatan yang melibatkan 71 orang nelayan tempatan dan nelayan asing serta 8 kru warganegara asing di atas 1 kapal pengangkut pasir. Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan, mendapati 7 orang nelayan tempatan dan 8 orang nelayan asing didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Mereka yang didapati positif dadah berumur antara 20 hingga 46 tahun. Kesemua nelayan tempatan yang ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah (Rawatan Dan Pemulihan)1983 pindaan 1988 dan diserahkan kepada pihak AADK untuk siasatan lanjut. Manakala nelayan asing yang positif diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk tindakan selanjutnya.

Hasil temubual yang dijalankan dengan mereka yang positif adalah dengan alasan untuk menghilangkan rasa tekanan ketika berada di tengah laut dan juga membantu memberikan tenaga kepadanya apabila keluar ke laut.

Pihak Maritim Malaysia juga mengalu-alukan operasi bersama di antara agensi penguat kuasa yang lain pada masa hadapan terutama sekali yang melibatkan operasi di laut bagi memantau dan mencegah aktiviti yang menyalahi undang-undang di laut.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian kecemasan dan kegiatan jenayah di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

2a1adfd7 3eb8 4d5c a580 21431c61a23f    b73b80be 79ad 4f30 b83f 7415846c6acd
be1a812a ee47 459f 9517 2f9382aa615d   a633e3c4 deb8 4954 a499 a9413dc00f18

PROGRAM MELABUH TUKUN TIRUAN DI PERAIRAN TANJUNG SIRIK, DARO

DARO, 28 September -  Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang telah hadir mewakili Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bagi menyaksikan majlis perasmian melabuhkan tukun tiruan jenis penghalang pukat tunda yang disempurnakan oleh Menteri Muda Hal Ehwal Korporat & UKAS, Abdullah Saidol yang juga ADUN Semop di perairan Tanjung Sirik, Daro semalam.

WhatsApp Image 2021 09 27 at 19.30.08

Projek penanaman tukun tiruan sangat penting dalam memelihara ekosistem perikanan di perairan Sarawak sekaligus menjamin bekalan hasil laut kepada masyarakat. Tujuan utama projek tersebut adalah bagi memastikan sosio ekonomi golongan nelayan tempatan sentiasa dijaga.

 WhatsApp Image 2021 09 27 at 19.28.29

Sebanyak 60 tukun tiruan telah diturunkan semasa majlis tersebut yang bertujuan bukan sahaja bagi memulihkan ekosistem perikanan di kawasan Tanjung Sirik, Pulau Bruit namun ia berupaya menghalang pencerobohan nelayan yang menggunakan pukat tunda.

Untuk rekod, sebanyak 50 tukun penghalang pukat tunda telah dilabuhkan secara menanamkannya di dasar laut Pulau Bruit pada tahun 2019. Manakala 60 tukun lagi ditanam pada tahun ini di perairan Tanjung Sirik.

WhatsApp Image 2021 09 27 at 19.28.42

Hadir sama di majlis tersebut adalah Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sarawak, Encik Bohari Leng serta beberapa agensi lain yang berkaitan.

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC