KOTA TINGGI, 6 Februari - Sebuah kapal tangki telah ditahan kerana gagal memaklumkan ketibaan di perairan Johor Timur, petang semalam.Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohamad Sulhan bin Zainon berkata, kapal tangki tersebut ditahan berdasarkan Laporan Aktiviti Tanpa Pematuhan daripada Lembaga Pelabuhan Johor sekitar jam 1.16 petang di kedudukan 2.5 batu nautika tenggara Tanjung Bulat.Kapal yang berdaftar di Basseterre itu dikendalikan tujuh kru warga Indonesia termasuk nakhoda, berusia antara 25 hingga 55 tahun dan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.Nakhoda kapal didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen pemakluman ketibaan kepada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.Kapal seterusnya ditahan dan kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 449 kerana gagal memaklumkan ketibaan kepada Pengarah Jabatan Jabatan Laut Malaysia. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 dan boleh dibaca bersama Kaedah 10(1) Peraturan Pelabuhan Persekutuan 1953 - Report of arrival yang mana boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali serta mana-mana kesalahan lain dibawah mana-mana Akta Persekutuan.Maritim Malaysia terus komited melaksanakan tugas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dan sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang negara. Pengusaha atau pemilik kapal dinasihatkan untuk memohon kebenaran dari Jabatan Laut Malaysia dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam melaksanakan sebarang aktiviti di perairan Negara bagi mengelakkan sebarang tindakan lebih tegas diambil.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.















.svg.png)

