15
Kha, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

GAJIKAN PATI, BNT DITAHAN

BNT GAJIKAN PATI DITAHAN

GEORGETOWN, 27 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan yang dikendalikan kru warga asing sekitar jam 12.00 tengahari semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, Kapal ronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot nelayan kelac C sedang begerak di kedudukan 62 batu nautika barat daya Pulau Kendi ketika dalam perjalanan melaksanakan rondaan Op Tanjung.

Hasil pemeriksaan ke atas bot mendapati bot yang berpangkalan di Hutan Melintang, Perak itu dikendalikan enam kru Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar termasuk tekong berumur dalam lingkungan 21 hingga 32 tahun.

Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada permit menggajikan warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

Bot serta kesemua kru ditahan termasuk hasil laut anggaran 500 kilogram dibawa di Jeti Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia menegaskan kepada semua terutama komuniti nelayan termasuk pemilik bot agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang sengaja melanggar undang-undang Persekutuan yang sedia ada.

Sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999.

3    1 

 

EMPAT NELAYAN WARGA VIETNAM DISYAKI PENAGIH DADAH DITAHAN

KUANTAN, 28 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang berjaya merampas tiga paket kecil lutsinar mengandungi serbuk kristal disyaki dadah dianggarkan seberat 30 gram bersama satu set peralatan menghisap dadah disembunyikan di dalam bot terbabit selepas menahan bot nelayan tempatan kelas C di kedudukan lebih kurang 26.8 batu nautika timur laut Kuala Endau, Rompin di sini, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, penahanan tersebut dibuat menerusi operasi Op Makmur yang dilaksanakan dan berjaya mengesan sebuah bot sedang bersauh dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 4.35 petang.

Hasil penggeledahan mendapati empat lelaki warga Vietnam berumur 37 hingga 47 tahun itu berada di atas bot tersebut.

Semua dadah yang ditemukan dianggar bernilai RM3,000 manakala keempat-empat suspek disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Bot dan suspek ditahan dan diiring masuk ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading, Rompin untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim di Perairan Pahang khasnya supaya menjauhi sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang bagi memastikan Perairan Negeri Pahang aman dan sejahtera.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 yang beroprasi secara 24 jam atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

 B

BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, LAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN

GEORGETOWN, 23 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan di kedudukan kira-kira 0.4 batu nautika timur Pulau Gedung, Pulau Pinang sekitar jam 5.10 petang, semalam.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed, bot nelayan tempatan itu dikesan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Pulau Pinang oleh bot ronda  Maritim Malaysia semasa sedang melaksanakan rondaan rutin OP PERTIWI 01/2020, semalam.

Bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran yang sah itu dikendalikan seorang kru warga Myanmar yang berumur 30 tahun berdasarkan akuan mulut.

Bot dan kru ditahan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 8 (b) iaitu melanggar syarat sah lesen, vesel tidak usaha sendiri serta Seksyen 14 (3) (A) iaitu tidak mempamerkan lesen vesel pada setiap masa, Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Orang ramai dan komuniti maritim diseru untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti kesalahan di laut. Sebarang aduan boleh disalurkan ke talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146.

1

 

 

2

 

 

BOT NELAYAN TEMPATAN DAN ENAM KRU VIETNAM DITAHAN, LANGGAR SYARAT LESEN

KUANTAN, 24 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan pada jarak lebih kurang 20.5 batu nautika dari Tanjung Tembeling, Kuantan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen, pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, semasa rondaan Op Makmur di perairan Pahang yang dijalankan, aset Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot nelayan yang sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan seterusnya diperiksa dan ditahan pada jam lebih kurang 11.30 pagi.

Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu melanggar syarat sah lesen dimana gagal mengemukakan lesen bot dan kesemua kru termasuk tekong tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

Bot tersebut dikendalikan tekong bersama awak-awak warganegara Vietnam kesemuanya seramai enam orang berumur antara 19 hingga 56 tahun.

Untuk rekod, bot tersebut mempunyai rekod kesalahan lampau iaitu  kesalahan-kesalahan melibatkan langgar syarat sah lesen.

Bot dan kesemua kru termasuk tekong telah ditahan dan diiring masuk ke Jeti Pernepa, Kuantan bersama peralatan menangkap ikan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Maritim Malaysia akan memperkasakan penguatkuasaan serta menggesa komuniti maritim terutamanya komuniti nelayan tempatan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan apabila berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan.

Maritim Malaysia juga mengingatkan komuniti maritim di Perairan Pahang khasnya supaya menjauhi sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang bagi memastikan Perairan Negeri Pahang aman dan sejahtera.

Warga komuniti juga diingatkan supaya sentiasa bersedia menghadapi musim tengkujuh dan angin Monsun Timur Laut serta peka terhadap amaran hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

C    B 

MARITIM MALAYSIA SELAMATKAN LAPAN WARGA TEMPATAN SELEPAS BOT MEREKA NAIKI ROSAK

KESEMUA MANGSA SELAMAT DAN TIDAK MENGALAMI SEBARANG KECEDERAAN

SANDAKAN, 21 November –  Lapan warga tempatan terdiri daripada dua lelaki dan enam wanita berusia diantara 8 hingga 68 tahun diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan selepas bot penumpang yang mereka naiki perjalanan dari Terusan Sugut ke Pekan Beluran mengalami kerosakan enjin di sini, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki berkata, Bot Banggi 14 diatur gerak pada pukul 2.20 petang ke lokasi yang dilaporkan kira-kira 5 batu nautika utara Pulau Tetabuan sejurus menerima maklumat daripada Pos Maritim Beluran.

Kesemua lapan orang awam termasuk tekong ditemui tidak mengalami sebarang kecederaan seterusnya dipindahkan ke Bot Banggi 14 manakala bot mereka yang rosak ditunda masuk ke Jeti Perhutanan Beluran pada pukul 3.15 petang dan selamat tiba sejam kemudian.

Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim agar sentiasa memeriksa laporan kaji cuaca dan membekalkan peralatan keselamatan yang mencukupi sebelum turun ke laut. Sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut boleh dibuat terus dengan menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan ditalian 089-229504 atau talian MERS 999.

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC