![]() |
![]() |
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
SEBUAH BOT TUNDA KELAS B BERSAMA TIGA KRU WARGA ASING DITAHAN
KUALA KURAU, 12 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan sebuah bot nelayan pukat tunda kelas B bersama tiga kru warga Myanmar di kedudukan 16.2 batu nautika selatan muara Kuala Kurau pada sekitar jam 10.30 pagi, semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, semasa rondaan rutin di perairan Kuala Kurau dan Larut Matang, pasukan bot peronda Maritim Malaysia telah mengesan bot terbabit dalam keadaan mencurigakan sedang melakukan aktiviti perikanan dan dirapati untuk pemeriksaan.
![]() |
![]() |
TUNDA KAWASAN TIDAK DIBENARKAN, BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN
GEORGETOWN, 8 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas C yang disyaki melanggar syarat sah lesen lebih kurang jam 10.15 pagi semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, Kapal Maritim (KM) SIKUATI Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot nelayan kelac C sedang melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tunda di kedudukan 7.0 batu nautika barat daya Pulau Kendi ketika dalam perjalanan melaksanakan rondaan Op Tanjung.
Hasil pemeriksaan mendapati, bot nelayan tempatan kelas C dengan nombor pendaftaran PKFA 8645 berpangkalan di Batu Maung itu dikendalikan tiga warga tempatan termasuk tekong berumur 49 hingga 61 tahun berada di atas bot tersebut.
Bot terbabit disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan.
Bot bersama kru, peralatan menangkap ikan serta ikan campur anggaran 30 kilogram disita dan dibawa ke Jeti Lembaga Ikan Malaysia Batu Maung untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.
Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang sengaja melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia demi kedaulatan dan kesejahteraan perairan negara.
Orang awam diminta agar melaporkan sebarang penemuan dan melaporkan sebarang kejadian jenayah, kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.
|
|
BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, GAJI KRU TANPA PERMIT
KUANTAN, 8 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan pukat jerut Kelas C2 yang disyaki melanggar syarat sah lesen kerana menggaji kru asing tanpa permit yang sah pada jarak lebih kurang 4.6 batu nautika dari Kuala Endau Rompin, lebih kurang jam 9.30 pagi semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, bot tersebut yang sedang bergerak menuju ke muara Sungai Endau, Rompin diperiksa seterusnya ditahan oleh bot pemintas Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Makmur di perairan Pahang.
Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 dimana 15 kru disyaki menggunakan permit kerja yang telah tamat tempoh manakala sembilan kru termasuk tekong tidak memiliki dokumen yang sah.
Pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut mendapati dua kru termasuk tekong warga Thailand dan 22 kru warga Kemboja kesemuanya seramai 24 orang berumur antara 21 hingga 50 tahun.
Bot dan kesemua kru termasuk tekong telah ditahan dan diiring masuk ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading, Rompin bersama peralatan menangkap ikan dan hasil laut yang dianggarkan sebanyak 4000 kilogram untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
Maritim Malaysia akan memperkasakan penguatkuasaan serta menggesa komuniti maritim terutamanya komuniti nelayan tempatan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan apabila berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan.
Maritim Malaysia juga mengingatkan komuniti maritim di Perairan Pahang khasnya supaya menjauhi sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang bagi memastikan Perairan Negeri Pahang aman dan sejahtera.
Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.
|
|
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN SYABU DAN SENJATA API DI PERAIRAN PERLIS
KUALA PERLIS, 1 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP) telah menahan dua warga Thailand selain merampas 10 kilogram syabu bersama senjata api di kedudukan kira-kira 14 batu nautika dari barat laut Kuala Perlis sekitar jam 8.00 malam tadi.
Kejayaan tangkapan kali ini adalah hasil daripada tangkapan yang dibuat pada 15 Oktober lalu, menerusi operasi khas bersepadu yang dilakukan oleh Unit Risik Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP), Unit Risik Zon Maritim Kuala Kedah (ZMKH), Bahagian Perisikan Ibu Pejabat (MIND) dan Unit Detektif Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM) ke atas aktiviti penyeludupan dadah di perairan Perlis.
Dalam kejadian itu, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin telah diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat sebuah bot kayu enjin bergalah tanpa nombor pendaftaran sedang bergerak dalam keadaan bergelap dan mencurigakan sedang memasuki perairan Perlis dari negara jiran.
Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan, didapati dua lelaki disyaki warga Thailand berada di atas bot.
Seterusnya hasil penggeledahan telah menemukan satu guni berwarna putih berisi 10 bungkusan teh cina yang mengandungi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu berada dalam bahagian bawah dek bot kayu berkenaan.
Selain itu, sepucuk pistol bersama satu kelopak berisi lima butir peluru hidup turut ditemui dalam bot berkenaan.
Hasil siasatan awal, Maritim Malaysia percaya senjata yang dirampas adalah digunakan sebagai jaminan suspek dalam melakukan aktiviti penyeludupan dadah.
Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan lebih kurang RM 520 ribu, manakala jumlah dadah itu dipercayai bagi kegunaan lebih 50 ribu penagih.
Semua hasil rampasan dan kedua-dua suspek ditahan dan dibawa ke pejabat Zon Maritim Kuala Perlis untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat dibawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Daripada tangkapan ini dan sebelumnya, Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis mendapati sindiket pengedaran dadah telah menukar modus operasi penyeludupan menerusi jalan laut dengan menggunakan bot kayu enjin bergalah yang memudahkan pergerakan melalui kawasan perairan cetek.
Maritim Malaysia akan terus meningkatkan pemantauan dan perisikan bagi menyekat aktiviti penyeludupan dan kemasukan PATI melalui jalan laut. Orang ramai dan persatuan-persatuan nelayan diseru untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan aktiviti penyeludupan yang berlaku dan sebarang aduan di perairan Perlis, boleh disalurkan ke talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi ZMKP 04-9851072 atau 04-9851162.
|
|
|
![]() |
![]() |
Lebih banyak artikel..
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.



















.svg.png)

