15
Kha, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

TANGKAP IKAN DI KAWASAN LARANGAN, BOT TUNDA KELAS B BESERTA KRU DITAHAN

LUMUT, 4 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menahan sebuah Bot Nelayan Tempatan (BNT) kelas B pada kedudukan 3 batu nautika tenggara Pulau Katak, Perak sekitar jam 5.15 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, tangkapan berkenaan dilakukan oleh bot Maritim Malaysia ketika rondaan di sekitar Perairan Pulau Sembilan.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot yang dikendalikan oleh tiga kru termasuk tekong warga tempatan dan seorang kru warga Indonesia berumur lingkungan 23 hingga 48 tahun sedang melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada 5 batu nautika.

Pemeriksaan lanjut mendapati, kru warga indonesia tersebut mempunyai dokumen pengenalan diri yang telah tamat tempoh.

Tekong dan kru disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan dan Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua kru, bot serta 80 kilogram ikan campur dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh, Sitiawan untuk proses penahanan, siasatan dan tindakan lanjut.

Sebarang maklumat atau aduan jenayah maritim, orang ramai boleh menyalurkannya kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999.

4   2
     
1   3

 

TANGGUK SIPUT SECARA HARAM, BOT KELAS A DITAHAN LAGI

KUALA PERLIS, 27 Julai – Sebuah bot Kelas A nombor pendaftaran KHF 1772 telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis pada jam lebih kurang 3.15 pagi tadi.
Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain, meskipun rondaan penguatkuasaan kerap dilaksanakan, namun aktiviti menangkap siput secara haram masih kerap dilakukan segelintir komuniti maritim setempat. 
Bot Kelas A tersebut ditahan pada kedudukan lebih kurang 4.5 batu nautika dari barat Kuala Sanglang ketika bot ronda Maritim Malaysia melakukan rondaan Op Aman dan Op Benteng Laut di sekitar perairan Perlis malam tadi telah tiba ke lokasi tangkapan setelah menerima maklumat daripada orang awam yang disalurkan melalui Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis mengenai pencerobohan kawasan tangkapan siput oleh bot tersebut.
Hasil  pemeriksaan awal mendapati, bot tersebut yang berpangkalan di Jeti Kuala Kedah menceroboh masuk ke Perairan Perlis menangguk siput retak seribu secara haram tanpa kebenaran. 
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 11 (3) (C) Akta Perikanan 1985 kerana memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan. 
Ini merupakan tangkapan ketiga dalam bulan yang sama membabitkan bot Kelas A ditahan di perairan Perlis. 
Pemeriksaan lanjut ke atas bot berkenaan telah menemui tekong dan lima awak-awak kesemuanya warga tempatan yang berumur lingkungan 38 hingga 55 tahun berada di atas bot tersebut. 
Anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk sebuah bot, enjin, sangkar besi dan siput retak seribu sekitar RM 105,000.
Menurut beliau lagi, kesemua awak-awak termasuk tekong, bot dan hasil tangkapan siput tersebut dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut. 
Tindakan bot nelayan berkenaan yang melakukan penangkapan siput di kawasan berkenaan telah menyebabkan ekosistem marin terjejas dan menyebabkan nelayan tempatan kekurangan sumber pendapatan.
Maritim Malaysia juga meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini. Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162.
D   A
     
C   B
 
 

MARITIM MALAYSIA PERKASA STRATEGI MEMBANTERAS AKTIVITI BOT NELAYAN ASING

 KUANTAN, 20 Julai –  Dua tekong bersama 27 awak-awak Vietnam menerima padah apabila didenda lebih dari RM3.3 juta di Mahkamah Seksyen Kuantan semalam kerana didapati melanggar Akta Perikanan 1985.

Bagi pertuduhan pertama, Hakim Mahkamah Seksyen Kuantan, Mohd Kafli Che Ali menetapkan tekong tersebut, Huynh Ta Qui, 32 didenda RM2 juta manakala lima awak-awak yang berusia diantara 26 hingga 53 tahun didenda RM200 ribu setiap seorang serta boleh dipenjara selama tiga hingga enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Kesemua tertuduh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 14(3)(b) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan maklumat pendaftaran bot nelayan lain ataupun klon. Bot tersebut sebelum ini ditahan oleh Bot Ronda Maritim Malaysia dikedudukan kira- kira 24.2 batu nautika timur Muara Sungai Nenasi Rompin, pada 7 Ogos tahun lepas. Mahkamah memerintahkan bot tersebut dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia. Hasil lelolangan rampasan seperti hasil laut serta bekalan diesel dianggar bernilai hampir RM1.5 juta.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Hakim Mohd Kafli Che Ali menetapkan tekong bot nelayan warga Vietnam, Tran Van Van, 55 didenda RM40 ribu manakala 22 awak-awak didenda RM15 ribu setiap seorang di mahkamah yang sama. Jumlah keseluruhan denda yang dikenakan bagi kes tersebut adalah RM370 ribu.

Kesemua tertuduh mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan terhadap mereka mengikut seksyen 15(2) Akta Perikanan 1985 iaitu memuat, memunggah serta memindahkan hasil perikanan di perairan perikanan Malaysia tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Terdahulu, bot tersebut ditahan Tentera Laut Diraja Malaysia di perairan Pulau Tioman, pada 31 Mac tahun lepas sebelum kes diserahkan kepada Maritim Negeri Pahang untuk tindakan siasatan bagi tujuan pendakwaan. Mahkamah juga turut memerintahkan bot tersebut dikembalikan kepada pemilik asal tertakluk kepada bayaran kos penahanan sebanyak RM50,000.00. Selain itu, lelongan hasil laut dan minyak diesel berjumlah RM116,060.00 juga diperintahkan mahkamah untuk dilucuthak kepada Kerajaan Malaysia.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Maritim Malaysia, Haryati binti Abdullah dan Farahah binti Mohd Nazari.

Pengarah Maritim Negeri Pahang Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, hasil keputusan mahkamah kali ini merupakan satu kejayaan kepada Maritim Malaysia dalam usaha berterusan mengekang pencerobohan nelayan asing Vietnam daripada terus berleluasa menjarah hasil laut negara sehingga menyebabkan pendapatan nelayan tempatan terjejas dan menjurus kepada kenaikan harga ikan pasaran tempatan.

Maritim Malaysia sentiasa memastikan perairan negara selamat dan bebas daripada kegiatan pencerobohan nelayan asing dan melindungi khazanahnya daripada dicuri dan dirompak oleh nelayan-nelayan asing. Sebarang maklumat boleh terus disalurkan secara rasmi melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345.

0bbfd0af 7b42 461e 8de2 98244aae8232    2a92d6e7 edc1 4f77 8ce4 5eed21910ca2

BOT PENUMPANG TIADA LESEN DAN INSURAN LUPUT DITAHAN

GEORGETOWN, 25 Julai –Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang, menahan sebuah bot penumpang disyaki melakukan pelbagai kesalahan pada kedudukan 0.19 batu nautika Tanjung Puchat, Mukah Head, Teluk Bahang, sekitar jam 5.25 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, bot tersebut ditahan semasa sedang membawa tiga pelancong di perairan Tanjung Puchat.

Bot yang menggunakan nombor pendaftaran PPP 02389 (P) di kendalikan seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun. Pemeriksaan lanjut mendapati, bot tersebut membawa penumpang tanpa lesen yang sah serta insuran telah tamat tempoh. Bot serta tekong telah ditahan dan dibawa ke Maritim Negeri Pulau Pinang untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana membawa penumpang tanpa lesen yang sah dan insuran tamat tempoh.

Maritim Malaysia menasihatkan pengusaha-pengusaha bot yang membawa penumpang ataupun pelancong di laut agar mematuhi undang-undang serta peraturan yang telah dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Orang ramai serta komuniti maritim diseru untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti kesalahan di laut. Sebarang aduan boleh disalurkan ke talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146.

GAMBAR WEBSITE 1   GAMBAR WEBSITE 2

LANGGAR SYARAT SAH LESEN, BOT NELAYAN TEMPATAN DITAHAN

KUANTAN, 7 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Negeri Pahang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan (BNT) kelas C lebih kurang 3.5 batu nautika dari muara Sungai Kuantan yang disyaki melanggar syarat sah lesen kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, bot tersebut diperiksa seterusnya ditahan oleh bot pemintas Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Makmur di perairan Pahang pada jam lebih kurang jam 1.33 petang.

Pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut mendapati tiga kru warga Kemboja dan tekong warga tempatan berumur antara 29 sehingga 40 tahun.

Kesemua kru mempunyai permit kerja yang telah tamat tempoh dan disyaki memiliki pasport palsu.

Bot dan kesemua kru bersama peralatan menangkap ikan termasuk hasil laut anggaran berat 2.65 tan dibawa masuk ke Jeti Penerpa, Kuantan untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Kes ini akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki telah melanggar syarat sah lesen dan menggunakan pas kerja yang telah tamat tempoh.

Maritim Malaysia akan memperkasakan penguatkuasaan serta menggesa komuniti maritim terutamanya komuniti nelayan tempatan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan apabila berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan.

Maritim Malaysia juga mengingatkan komuniti maritim di Perairan Pahang khasnya supaya menjauhi sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang bagi memastikan Perairan Negeri Pahang aman dan sejahtera.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.

 B

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC