JOHOR BAHRU, 11 Februari - Sebuah bot utiliti telah ditahan oleh Kapal Ronda Maritim Malaysia kerana menjalankan aktiviti mengangkut sisa buangan tanpa kebenaran di perairan Johor Barat, petang semalam.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria berkata, bot utiliti tersebut telah ditahan dalam satu operasi sekitar jam 1.30 petang di kedudukan 3.4 batu nautika barat Tanjung Piai.
Kapal yang ditahan tersebut berdaftar di Singapura dan dikendalikan oleh tiga orang kru termasuk termasuk nakhoda merupakan warganegara Indonesia. Kesemua mereka berusia antara 32 hingga 48 tahun memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut telah beroperasi tanpa memiliki lesen yang sah dan nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran menjalankan aktiviti mengangkut sisa buangan.
Kapal seterusnya ditahan dan kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(i) kerana tiada kebenaran membawa bahan buangan daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Maritim Malaysia terus komited melaksanakan tugas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dan sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang negara. Pengusaha atau pemilik kapal dinasihatkan untuk memohon kebenaran dari Jabatan Laut Malaysia dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam melaksanakan sebarang aktiviti di perairan Negara bagi mengelakkan sebarang tindakan lebih tegas diambil.
41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007
PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF
MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA
PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM
PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA
KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS
EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026
SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG
PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.
Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.
Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.
Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.
“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.
Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.
Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.
Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.
Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.















.svg.png)

