03
Fri, May

PROGRAM SAHABAT MARITIM 2022 BERSAMA KOMUNITI NELAYAN KAMPUNG TORONG LOBONG PULAU GAYA

KOTA KINABALU, 10 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menjayakan satu program kemasyarakatan sempena Program Sahabat Maritim 2022 hasil usaha sama pihak Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan turut disertai oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Sabah telah diadakan di Kampung Torong Logong, Pulau Gaya Kota Kinabalu pada 8 hingga 9 Mac semalam.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Komander Maritim Mahkos ak Juing berkata, program ini memberi peluang dan ruang kepada agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang terlibat untuk bersama-sama berinteraksi secara langsung bersama nelayan setempat dalam usaha menangani isu-isu semasa yang dihadapi oleh komuniti nelayan di perairan Kota Kinabalu, khususnya kesan dan bahayanya apabila melakukan aktiviti perikanan di dalam kawasan larangan pelantar minyak.

Program bertemakan “Jauhi Pelantar Minyak” merupakan satu pendekatan kesedaran yang cuba disampaikan oleh PETRONAS dan pihak berkuasa terlibat agar komuniti nelayan tidak menghampiri atau memasuki kawasan pelantar minyak yang telah diisytiharkan sebagai kawasan larangan dan menjadi kesalahan bagi sebarang pencerobohan kawasan.

Selain itu, turut diadakan majlis penyerahan serta jatuhan 20 unjam tradisional kepada komuniti nelayan, sumbangan berupa bakul makanan serta sesi penggambaran video pencerobohan pelantar hasil kerjasama pihak Maritim Malaysia dan Petronas.

 

WhatsApp Image 2022 03 10 at 4.58.33 PM    WhatsApp Image 2022 03 10 at 4.58.34 PM
 WhatsApp Image 2022 03 10 at 4.58.31 PM    WhatsApp Image 2022 03 10 at 4.58.32 PM
 WhatsApp Image 2022 03 10 at 4.58.34 PM 1    WhatsApp Image 2022 03 10 at 4.58.30 PM

MARITIM MALAYSIA METERAI PERJANJIAN PERKHIDMATAN SEWAAN TALIAN KOMUNIKASI AMHS SISTEM COSPAS-SARSAT

PUTRAJAYA, 14 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini memeterai perjanjian bersama Telekom Malaysia bernilai RM 515,160.00 bagi kontrak Perkhidmatan Sewaan Talian Komunikasi Aeronautical Message Handling System (AMHS) Sistem Cospas-Sarsat untuk tempoh tiga tahun bermula 1 Ogos 2021 hingga 31 Julai 2024.

Dengan pemeteraiannya perjanjian ini membolehkan Maritim Malaysia meneruskan perkhidmatan sebagai Koordinator Kebangsaan Mencari dan Menyelamat Maritim (CARILAMAT) secara professional berteraskan teknologi dan perkongsian maklumat melalui sistem Cospas–Sarsat yang dikendalikan Malaysia Mission Control Centre (MYMCC) berpangkalan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan. Perkhidmatan talian AMHS ini merupakan platform yang menghubungkan MYMCC dengan Australia Mission Control Centre (AUMCC) yang bertindak sebagai Nodal kepada sistem Cospas-Sarsat Malaysia dan MCC lain.

AMHS juga berupaya menguruskan pangkalan data berkaitan sebarang maklumat atau amaran kecemasan yang berlaku antara MCC seluruh dunia yang menggunakan sistem Cospas-Sarsat. Secara ringkasnya, sekiranya beacon kecemasan seperti EPIRB (kapal), ELT (pesawat) atau PLB (individu) yang mempunyai kod pendaftaran (country code) Malaysia mengalami kecemasan di Eropah atau di negara lain yang menerima maklumat kecemasan tersebut akan turut dihantar ke MYMCC melalui talian ini.

Kemudahan ini bakal dimanfaatkan komuniti maritim tempatan termasuklah kapal-kapal dagang yang melalui perairan Malaysia. Usaha ini juga merupakan salah satu Pelan Strategik jangka panjang Maritim Malaysia dalam meningkatkan keupayaan operasi CARILAMAT yang menjadi salah satu teras objektif agensi. Justeru, dengan adanya talian AMHS ini perkongsian maklumat antara negara sekiranya berlaku sebarang kecemasan yang melibatkan warganegara kita di luar negara atau warga asing di negara kita maklumat berikut dapat dikongsikan kepada negara mereka dan ini memudahkan pasukan penyelamat untuk berkongsi maklumat dan seterusnya melaksanakan operasi CARILAMAT dengan lebih berkesan. 

Dalam pada itu, Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana juga turut melancarkan buku Pelan Strategik Search and Rescue Maritim Malaysia yang akan menjadi rujukan hala tuju bahagian CARILAMAT serta penerbitan Buletin CARILAMAT edisi 1/2021 yang memaparkan artikel berkaitan CARILAMAT, insiden di laut serta tips-tips keselamatan di laut turut dilancarkan oleh bahagian tersebut secara dwi tahunan dengan buku ini akan diedarkan kepada institusi pendidikan serta komuniti maritim sebagai salah satu insiatif Agensi dalam meningkatkan kesedaran keselamatan di laut dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Ketua Pengarah Maritim Malaysia juga turut menyampaikan penghargaan kepada Komander Maritim Dr. Suzanna Razali Chan atas kejayaan beliau memenangi tempat kedua dalam kategori women in SAR award anjuran International Maritime Rescue Federation (IMRF) baru-baru ini.

 

LAKSAMANA MARITIM DATO’ MOHD ZUBIL BIN MAT SOM

KETUA PENGARAH

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

 

  WhatsApp Image 2021 10 14 at 2.06.55 PM    WhatsApp Image 2021 10 14 at 2.08.18 PM  
   WhatsApp Image 2021 10 14 at 2.06.55 PM 1    WhatsApp Image 2021 10 14 at 2.06.55 PM 2  
         

MENTERI BESAR PAHANG ADAKAN LATIHAN MENEMBAK DI AKADEMI MARITIM SULTAN AHMAD SHAH (AMSAS)

 

KUANTAN , 13 April – Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail bersama 13 anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang telah mengadakan sesi latihan menembak senjata api kecil di Lapang Sasar Tertutup Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) semalam.

Turut hadir dan menyertai sesi latihan adalah Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali bin Mohd Said serta pegawai pengurusan AMSAS.

Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan anggota Pentadbiran Negeri dalam pengendalian senjata api.

Terdahulu, Menteri Besar Pahang telah menandatangani buku pelawat AMSAS dan seterusnya diberi taklimat keselamatan sebelum sesi latihan menembak precision dan flipping target.

Pihak AMSAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Besar Pahang atas kesudian menggunakan lapang sasar tertutup AMSAS sebagai platform latihan, semoga hubungan baik ini terus maju demi manfaat bersama.

 WhatsApp Image 2021 04 15 at 9.06.19 AM   WhatsApp Image 2021 04 15 at 9.06.39 AM 
 WhatsApp Image 2021 04 15 at 9.07.16 AM    WhatsApp Image 2021 04 15 at 9.06.39 AM 2
 WhatsApp Image 2021 04 15 at 9.07.16 AM 1    WhatsApp Image 2021 04 15 at 9.07.16 AM 2

GAGAL LAPOR PERTUKARAN NAKHODA, BOT PENUMPANG DITAHAN

GEORGETOWN, 6 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot penumpang disyaki gagal melaporkan kepada pegawai pelabuhan berkenaan pertukaran nakhoda petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, bot penumpang yang berpangkalan di Weld Quay itu ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika dalam perjalanan pulang dari Perai ke pangkalannya pada kedudukan 0.6 batu nautika barat sungai Perai lebih kurang jam 2.40 petang semalam ketika rondaan OP PERTIWI /OP BENTENG LAUT.

Bot penumpang yang dikendalikan oleh dua warga tempatan berumur 71 dan 32 tahun itu gagal mengemukakan dokumen pemakluman pertukaran nakhoda semasa pemeriksaan dilakukan.

Bot tersebut kemudian diiringi ke Jeti Polis Marin Batu Uban dan nakhoda serta kru terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah kesalahan Seksyen 477 (2) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, iaitu gagal melaporkan pertukaran nakhoda kepada pegawai pelabuhan. Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak lebih 10 hari atau kedua-duanya sekali.

Maritim Malaysia ingin menegaskan kepada semua pemilik dan nakhoda bot supaya sentiasa memastikan segala prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Maritim Malaysia akan sentiasa memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara dipelihara.

Sebarang aduan salah laku jenayah maritim di laut atau sebarang kecemasan segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian (04-2626146) atau talian kecemasan MERS 999.

WhatsApp_Image_2021-09-05_at_11.13.22_PM.jpeg

 

OP TANJUNG: KM BURAU TAHAN 5 NELAYAN INDONESIA CEROBOH PERAIRAN

GEORGETOWN, 23 Mac - Sebuah bot nelayan Indonesia bersama lima kru ditahan pada kedudukan 32.3 batu nautika barat Pulau Kendi sekitar jam 5.00 petang semalam oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang.
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Abd Razak bin Mohamed berkata, bot tersebut dikesan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dalam perairan negara oleh KM BURAU semasa rondaan OP PERTIWI/ OP BENTENG/OP TANJUNG.
Bot tersebut dikendalikan lima kru warga Indonesia termasuk tekong berumur sekitar 18 hingga 45 tahun dan tiada mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. 
Kesemua nelayan asing itu ditahan kerana menceroboh perairan negara dan kes akan disiasat di bawah Sek 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Jika disabitkan kesalahan tekong boleh dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM6 juta dan kru pula didenda RM500 ribu setiap orang dengan penjara 6 bulan sehingga 1 tahun.
Bot bersama kru termasuk tekong dibawa masuk ke Jeti LBM Batu Maung untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.
Dalam perkembangan yang lain Maritim Negeri Pulau Pinang semalam, telah menerima perolehan Floating Jetty bagi memudahkan urusan tambatan aset-aset Maritim Malaysia dan bot-bot tahanan, di Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Uban.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Ketua Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Ir Abdul Rahman Azzam bin Che Sobry kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban Pulau Pinang.
Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed, Ketua Cawangan Prasarana & Infrastruktur, Bahagian Pembangunan Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Komander Maritim Amir bin Shubli serta Ketua Juruukur Bahan Penguasa, Bahagian Kontrak & Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang, Sr Puan Zaniroh binti Mat Saad.

 WhatsApp Image 2021 03 23 at 10.54.55 AM 1   WhatsApp Image 2021 03 23 at 10.54.55 AM 
        WhatsApp Image 2021 03 23 at 5.56.21 AM    WhatsApp Image 2021 03 23 at 5.56.22 AM

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON