25
Thu, Apr

OP TANJUNG: KM BURAU TAHAN 5 NELAYAN INDONESIA CEROBOH PERAIRAN

GEORGETOWN, 23 Mac - Sebuah bot nelayan Indonesia bersama lima kru ditahan pada kedudukan 32.3 batu nautika barat Pulau Kendi sekitar jam 5.00 petang semalam oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang.
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Abd Razak bin Mohamed berkata, bot tersebut dikesan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dalam perairan negara oleh KM BURAU semasa rondaan OP PERTIWI/ OP BENTENG/OP TANJUNG.
Bot tersebut dikendalikan lima kru warga Indonesia termasuk tekong berumur sekitar 18 hingga 45 tahun dan tiada mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. 
Kesemua nelayan asing itu ditahan kerana menceroboh perairan negara dan kes akan disiasat di bawah Sek 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Jika disabitkan kesalahan tekong boleh dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM6 juta dan kru pula didenda RM500 ribu setiap orang dengan penjara 6 bulan sehingga 1 tahun.
Bot bersama kru termasuk tekong dibawa masuk ke Jeti LBM Batu Maung untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.
Dalam perkembangan yang lain Maritim Negeri Pulau Pinang semalam, telah menerima perolehan Floating Jetty bagi memudahkan urusan tambatan aset-aset Maritim Malaysia dan bot-bot tahanan, di Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Uban.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Ketua Jurutera Jabatan Kerja Raya Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Ir Abdul Rahman Azzam bin Che Sobry kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban Pulau Pinang.
Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed, Ketua Cawangan Prasarana & Infrastruktur, Bahagian Pembangunan Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Komander Maritim Amir bin Shubli serta Ketua Juruukur Bahan Penguasa, Bahagian Kontrak & Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang, Sr Puan Zaniroh binti Mat Saad.

 WhatsApp Image 2021 03 23 at 10.54.55 AM 1   WhatsApp Image 2021 03 23 at 10.54.55 AM 
        WhatsApp Image 2021 03 23 at 5.56.21 AM    WhatsApp Image 2021 03 23 at 5.56.22 AM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON