10
Fri, May

ASEAN COAST GUARD FORUM 2023 ; KOMITED TANGANI JENAYAH RENTAS SEMPADAN

JAKARTA, 9 Jun - ASEAN COAST GUARD FORUM 2023 (ACF 2023) telah berlangsung bermula  6 hingga 9 Jun 2023 di Jakarta, Indonesia. ACF 2023 yang dianjurkan oleh Badan Keamanan Laut (BAKAMLA), Indonesia itu merupakan forum yang ke dua kalinya diadakan setelah forum yang pertama ACF 2022 diadakan di Bali Indonesia pada 22 hingga 24 November 2022 tahun lalu.

Forum dihadiri oleh enam pimpinan tertinggi badan penguat kuasa maritim negara-negara ASEAN iatu Malaysia, Indonesia selaku tuan rumah, Filipina, Thailand, Singapura, dan Brunei. ACF bertujuan untuk membahaskan jalinan kerjasama yang lebih erat di antara badan penguat kuasa maritim dan COAST GUARD dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan Bin Ibrahim berkata, jenayah rentas sempadan di ASEAN merupakan isu yang kompleks di mana ianya perlu ditangani bersama dan ASEAN COAST GUARD FORUM (ACF) merupakan platform terbaik untuk meningkatkan jalinan kerjasama yang sedia ada di antara badan COAST GUARD di rantau ini melalui perkongsian maklumat dan pembangunan kapasiti.

Turut sama hadir ke ACF 2023 ini ialah, Pengarah Maritim Negeri Sabah, Laksamana Pertama (M) Datuk Mohd Rosli Bin Abdullah dan Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama (M) Nurul Hizam Bin Zakaria.

ACF 2023 berjaya dilaksanakan dengan amat baik oleh Indonesia selaku tuan rumah dan Filipina pula dipilih bagi penganjuran ACF 2024 pada tahun hadapan.

 

0ba6e41c3923a2850ba6e41c3923a285WhatsAppImage2023 06 09at10.01.174
 
3e101843840fa7dc3e101843840fa7dcWhatsAppImage2023 06 09at10.01.17
 
4121a087b117cd074121a087b117cd07WhatsAppImage2023 06 09at10.01.173
 
124dfb2593f335a8124dfb2593f335a8WhatsAppImage2023 06 09at10.01.163

BOT PUKAT JERUT DITAHAN KERANA LANGGAR SYARAT LESEN

LUMUT, 7 Jun - Maritim Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B di posisi kurang satu batu nautika barat laut Pulau Tukun Terindak, Perak pada sekitar jam 10 malam semalam. 
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, tangkapan itu dibuat oleh pasukan bot peronda semasa melaksanakan rondaan rutin OP SAYONG, OP PINTAS dan OP TIRIS di lokasi berkenaan.
Hasil pemeriksaan pasukan operasi mendapati bot yang dikendalikan 14 kru termasuk tekong warga tempatan dan seorang kru warga Thailand berumur antara 18 hingga 64 tahun itu disyaki melakukan aktiviti perikanan pukat jerut kurang dari 5 batu nautika dari Pulau Tukun Terindak.
Bot, kesemua kru serta hasil perikanan ditahan dan dibawa ke Jeti Polis Marin, Kampung Acheh untuk sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut. 
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen kerana melakukan aktiviti perikanan di lokasi kurang 5 batu nautika dari darat seperti yang dibenarkan.
Sempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim Kebangsaan (HKKM), Maritim Malaysia menyeru agar seluruh komuniti maritim sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan, peka terhadap kepentingan keselamatan semasa di laut serta cakna dengan ramalan cuaca. Maritim Malaysia tidak sesekali berkompromi ke atas sebarang salah laku yang dilakukan semasa di laut.
Sebarang maklumat, insiden kecemasan atau aduan mengenai jenayah maritim, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.
89ec80dea781c16289ec80dea781c162WhatsAppImage2023 06 07at15.46.26 afc4d7dfa44060c0afc4d7dfa44060c0WhatsAppImage2023 06 07at15.46.27 ecfbd974a3293f19ecfbd974a3293f19WhatsAppImage2023 06 07at15.46.2728129
 

CARILAMAT | DUA NELAYAN HANYUT BERJAYA DISELAMATKAN

PELABUHAN KLANG, 4 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya membantu dengan membawa pulang dua nelayan dari bot tunda sekitar jam 2.00 petang tadi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, maklumat diterima dari Vesel Tracking Management System (VTMS) Lembaga Pelabuhan Klang di mana sebuah bot tunda telah menyelamatkan dua nelayan yang hanyut di sekitar perairan Kuala Langat.

Bot ronda Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi sejurus menerima maklumat tersebut.

Mangsa, Asmadi bin Saiman, 60 dan Mohd Aslan bin Asmadi, 34, keluar dari Jeti Kancung Laut pada 3 Jun 2023 pada jam 5.00 petang dengan bot A SLFA 4468 sebelum ditemukan hanyut dengan memakai jaket keselamatan oleh bot tunda apabila bot mereka dilanda ribut dan karam pada 4 jun 2023 jam 3.15 pagi.

Kedua- dua nelayan yang berasal dari Kuala Langat itu telah dibawa ke Jeti Kelanang dan diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam bagi pemeriksaan kesihatan dan mangsa dimaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya kepenatan.

Maritim Malaysia mengingatkan orang ramai dan komuniti maritim terutamanya agar sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut dan cakna dengan keadaan cuaca.

Sebarang insiden kecemasan di perairan Selangor, orang ramai boleh menyalurkan maklumat menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-321760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

2f0cb4a73bea9213862a08fc8d20c661WhatsAppImage2023 06 04at19.05.3428329   d5fe8821f18f262a9b944b73c4d0ea2bWhatsAppImage2023 06 04at19.05.3428129

OP JAKSA | SEORANG WARGA MYANMAR DITAHAN KERANA BEKERJA TANPA PERMIT DI BOT NELAYAN TEMPATAN

MERSING, 6 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Mersing telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kerana menggajikan seorang warga Myanmar di kedudukan sekitar 1.3 batu nautika barat daya Pulau Besar pada jam 9.00 malam semalam.
Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Bin Saadin berkata, pasukan operasi telah memeriksa dan menahan bot itu ketika dalam rondaan rutin OP JAKSA dan OP TIRIS di perairan tersebut.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, bot nelayan kelas A itu dikendalikan oleh dua warga tempatan termasuk tekong dan seorang warga Myanmar yang bekerja tanpa permit serta kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan dan hanya memiliki kad pelarian UNCHR.
Kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 25 hingga 41 tahun disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan melanggar syarat sah lesen iaitu menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Bot serta kru ditahan bersama 200 kilogram hasil laut dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia Teluk Gading sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.
Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

56b3b933c72732ea56b3b933c72732eaWhatsAppImage2023 06 06at15.45.4028129

 

KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN MARITIM PERINGKAT KEBANGSAAN BAGI ZM KUALA KEDAH 2023

ALOR SETAR, 5 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah telah mengadakan taklimat kesedaran keselamatan bagi feri penumpang yang diadakan bersempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim (HKKM) peringkat kebangsaan pagi semalam.

Taklimat kesedaran keselamatan ini disampaikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kuala Kedah, Leftenan Maritim Zool Hilmi bin Mohd Nadzir kepada 337 penumpang Langkawi Ferry 3 semasa dalam perjalanan dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi.

Taklimat kesedaran keselamatan maritim yang julung kali diadakan ini adalah hasil kerjasama pihak Ferry Line Ventures bagi memberi penerangan tatacara pemakaian jaket keselamatan jenis II yang terdapat di dalam feri penumpang berkenaan serta pengenalan pemakaian jaket keselamatan jenis III dan jenis V.

Pengenalan penggunaan dan kepentingan Personal Located Beacon (PLB) juga turut disampaikan kepada semua penumpang feri sebagai langkah kesedaran.

Wakil Zon Maritim Kuala Kedah juga turut menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada penumpang dan pihak Langkawi Ferry 3 yang telah memberi kerjasama yang baik semasa taklimat dijalankan.

75efb5837a1955a775efb5837a1955a7HKKMFERI4 
 
 bca014b6f0e99168bca014b6f0e99168HKKMFERI

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON