20
Mon, May

OP SEJAHTERA | DUA BOT PENUMPANG DITAHAN MARITIM MALAYSIA

KOTA KINABALU, 18 Julai – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah menahan dua bot penumpang di sekitar perairan Pulau Manukan pagi tadi.

Menurut Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik, kedua-dua bot penumpang itu telah ditahan oleh bot peronda Maritim Malaysia semasa rondaan rutin OP SEJAHTERA kerana melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 iaitu gagal melaporkan pertukaran juragan.

Kedua-dua bot penumpang tersebut telah dibawa ke Jeti Maritim Sepanggar sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia mengingatkan semua pengusaha bot penumpang mahupun rekreasi untuk sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penguat kuasa selain patuh kepada arahan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) berkenaan perubahan cuaca yang berlaku.

Terdahulu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah merekodkan dua kejadian CARILAMAT dalam tempoh perubahan cuaca yang berlaku di negeri Sabah pada 13 - 17 Julai 2023.

Kejadian CARILAMAT yang menyebabkan kematian ini masing-masing berlaku di perairan Semporna dan Tawau.

 

OP SEJAHTERA SABAH

OP JAKSA/OP TIRIS | DUA WARGA VIETNAM BERSAMA BOT FIBER TANPA NOMBOR PENDAFTARAN DITAHAN

MERSING, 18 Julai – Zon Maritim Mersing menahan sebuah bot fiber di kedudukan 0.23 batu nautika barat laut Pulau Tengah pada jam 6.30 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim, Komander Maritim Suhaizan Bin Saadin berkata, pasukan bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan dan menahan bot fiber tanpa nombor pendaftaran itu semasa rondaan rutin OP JAKSA dan OP TIRIS di perairan tersebut.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot fiber itu dikendalikan oleh dua kru termasuk tekong warga Vietnam masing-masing berumur 35 dan 36 tahun di mana kedua-duanya tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat peralatan menyelam di atas bot disyaki digunakan untuk aktiviti penangkapan gamat.

Kru bersama tekong serta bot dan peralatan menyelam ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Teluk Gading sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana memiliki peralatan perikanan yang tidak dilesenkan, Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana bot beroperasi tanpa lesen yang sah.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan tindakan tegas bakal diambil ke atas mana-mana pengusaha atau pemilik bot yang melanggar undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

Sebarang aduan dan salah laku jenayah maritim atau sebarang kejadian kecemasan di laut, orang ramai boleh segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

.

OP JAKSA MERSING 2

BOT KELAS B DITAHAN, GAJIKAN NELAYAN ASING SECARA HARAM

KUALA KURAU, 16 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B jenis pukat tunda bersama tiga nelayan termasuk tekong warga Myanmar di kedudukan 16.6 batu nautika barat Pulau Terong, Perak pada sekitar jam 12.15 tengahari semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, bot nelayan itu dikesan oleh pasukan operasi Maritim Malaysia dalam rondaan rutin di kawasan terbabit ketika sedang melakukan aktiviti perikanan dan dirapati untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, terdapat tiga nelayan warga Myanmar termasuk tekong berumur di antara 30 hingga 36 tahun berada di atas bot ketika penahanan dibuat.

Hasil pemeriksaan terhadap dokumen mereka, dua daripadanya tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah manakala bot yang digunakan walaupun memiliki lesen namun tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya.

Selain itu, tekong pula gagal mengemukakan dokumen kebenaran menggajikan kru warga asing oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kesemua nelayan ditahan bersama bot dan peralatan menangkap ikan dirampas sebelum dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya dan menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran serta Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

Maritim Malaysia mengingatkan kepada semua komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan demi keselamatan perairan negara dan mengelakkan tindakan diambil.

Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

KUALA KURAU PATI

TUNDA IKAN DI ZON LARANGAN, BOT NELAYAN DITAHAN

LANGKAWI, 18 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas C di kedudukan kira-kira 1.2 batu nautika timur laut Pulau Tanjung Dendang di sekitar jam 10.30 malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, penahanan itu dibuat ketika bot ronda Maritim Negeri Kedah dan Perlis sedang melakukan rondaan operasi OP AMAN dan OP TIRIS di perairan Langkawi.

Bot pukat tunda itu ditahan bersama seorang tekong dan lima kru kesemuanya warga tempatan lingkungan umur antara 27 hingga 40 tahun di zon larangan perikanan ketika sedang leka melakukan aktiviti menunda (tarik tepi).

Kru, tekong dan bot ditahan bersama ikan campur seberat 1.5 tan telah diiring masuk ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti memukat di zon larangan iaitu di bawah 15 batu nautika dari pantai.

Kegiatan tarik tepi seperti ini sukar dikesan kerana mereka tidak meninggalkan jejak dan kebiasaannya aktiviti tersebut dilakukan ketika bot tersebut ingin melepasi jarak lima batu nautika daripada pantai.

Aktiviti menangkap hasil laut kurang 15 batu nautika daripada pantai boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem serta mata pencarian nelayan tradisional yang bergantung hidup di kawasan tersebut.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana nelayan yang melanggar syarat sah lesen.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 atau talian kecemasan MERS 999 untuk tindakan segera.

 

TUNDA IKAN EDITED 2
 
 TUNDA IKAN EDITED 3

21 NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN NEGARA DITAHAN

PASIR PUTEH, 15 Julai – Maritim Negeri Kelantan berjaya menahan sebuah bot nelayan asing pada jarak lebih kurang 160 batu nautika dari Muara Tok Bali, pada Rabu, 12 Julai lalu.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli bin Syed Ab Rahman berkata, KM AMANAH semasa melaksanakan rondaan OP NAGA BARAT dan OP KUDA LAUT di perairan pantai timur, Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot disyaki nelayan Vietnam pada sekitar jam 10.26 pagi di tiga batu nautika.

Semasa dirapati, bot itu tidak memberikan kerjasama dan cuba melarikan diri menuju ke sempadan Vietnam. Namun pada jam 11.01 pagi, bot berjaya dipintas dan ditahan.

Pemeriksaan dan penggeledahan mendapati, bot nelayan asing Vietnam dikendalikan seramai 21 orang kru termasuk tekong yang berumur dalam lingkungan 17 hingga 55 tahun. Bot nelayan itu juga tidak mempunyai sebarang kebenaran untuk menangkap ikan di perairan Malaysia.

Kesemua kru termasuk tekong, sebuah bot, peralatan menangkap ikan, peralatan komunikasi dan navigasi dirampas termasuk bekalan diesel lebih kurang 5,200 liter dan ikan baja lebih kurang 1000 kilogram dengan nilai anggaran RM1.53 juta.

KM AMANAH mengambil masa 27 jam mengiringi bot tahanan itu masuk ke Jeti Maritim Negeri Kelantan sebelum tiba pada jam 2.30 petang Khamis, 13 Julai 2023.

Bot, kru dan tekong seterusnya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan atau cuba menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia dan Seksyen 16 (3) akta yang sama kerana gagal memberitahu pegawai berkuasa melalui radio atau faksimili tentang nama negara, bendera, lokasi laluan dan destinasi vesel, dalam hal memasuki perairan perikanan Malaysia.

Sabitan di atas kedua-dua kesalahan itu boleh dihukum denda sehingga RM6 juta kepada tekong dan RM 600 ribu ke atas setiap kru mengikut Seksyen 25 (a) Akta Perikanan 1985.

Bot dan peralatan menangkap ikan boleh dilucut hak kepada kerajaan Malaysia jika sabit kesalahan.

Kesemua kru juga akan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Sebarang maklumat berkenaan Penguatkuasaan dan Carilamat boleh terus disalurkan secara rasmi melalui talian Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09 – 778 0070.

5aea1dd7b4def5095aea1dd7b4def509SYEDBOTVIETNAM   b84d4201406cc74fb84d4201406cc74fSYEDBOTVIETNAM2   79086ec8df2928ba79086ec8df2928baSYEDBOTVIETNAM4   ebc0f1313b8b6ef8ebc0f1313b8b6ef8SYEDBOTVIETNAM6

More Articles ...

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON