16
Rab, Sep

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT JERUT DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN

MARITIM MALAYSIA 'KUNCI' PERAIRAN PERLIS, CUBAAN SELUDUP PATI TUMPAS

VESEL DITAHAN, GUNA MATA PUKAT KURANG 38 MILIMETER, TIADA DOKUMEN SAH

RPAS | MALAYSIA DAN AUSTRALIA PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK MENERUSI PEMETERAIAN MOU

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

MERSING, 1 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Ibu Pejabat Maritim Zon Mersing (IPMZ Mersing) telah melaksanakan Operasi Bersepadu bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan peraturan dalam aktiviti island hopping di perairan Mersing, semalam.

Pengarah Maritim Zon Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, operasi itu dilaksanakan secara bersepadu bersama Majlis Daerah Mersing (MDM), Pejabat Daerah Mersing, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) serta Jabatan Laut Malaysia bagi memastikan tahap keselamatan pelancong sentiasa terpelihara dan semua pengusaha bot pelancong mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Beliau berkata, operasi itu turut bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara agensi penguat kuasa di daerah ini selain memastikan pematuhan terhadap syarat lesen pengendali bot pelancong, peraturan keselamatan pelayaran serta pemeliharaan sumber marin di perairan Mersing.

Sepanjang operasi dijalankan, pemeriksaan telah dilaksanakan ke atas bot-bot pelancong yang menjalankan aktiviti island hopping meliputi dokumen pengendali, lesen vesel, peralatan keselamatan, kapasiti penumpang dan tahap pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan. Tumpuan turut diberikan kepada penggunaan jaket keselamatan dan aspek kesiapsiagaan pengusaha bot dalam menghadapi sebarang kecemasan di laut.

Menurut beliau, operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti pelancongan maritim di daerah Mersing berjalan dengan selamat, teratur dan mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.

Beliau turut menasihatkan orang ramai serta pengusaha bot pelancong supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan demi kesejahteraan semua pengguna laut.

Maritim Malaysia sentiasa komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi-agensi berkaitan dalam memastikan keselamatan perairan negara, melindungi komuniti maritim serta menyokong pembangunan industri pelancongan maritim yang selamat, mampan dan berdaya saing di daerah Mersing.

OP BERSEPADU MERSING6
 
OP BERSEPADU MERSING7
 
OP BERSEPADU MERSING4
 
OP BERSEPADU MERSING2

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

PASIR PUTEH, 7 MEI – Maritim Negeri Kelantan menggagalkan cubaan masuk 10 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di sekitar tebing sungai Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu pada awal pagi Selasa yang lalu.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Kamal bin Mohamad memaklumkan, tangkapan dilakukan hasil maklumat risikan mengenai aktiviti penyeludupan migran melalui laluan yang tidak diwartakan di sekitar kawasan berkenaan.

Kata beliau lagi, Bot Ronda Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan sempena OP NAGA, OP DAMAI, OP PELANTAR MERAH dan OP TIRIS di sekitar perairan Sungai Kelantan, telah mengesan sebuah bot laju dalam keadaan bergelap dan mencurigakan menuju ke tebing sungai Kg Kedai Buloh pada sekitar pukul 1.51 pagi.

Walau bagaimanapun jelas beliau, bot berkenaan berjaya meloloskan diri apabila memecut ke laluan sungai yang sempit dan cetek selain keadaan persekitaran yang gelap menyukarkan Bot Ronda Maritim Malaysia merapat ke lokasi.

“Pada masa sama, Pasukan Operasi Darat Maritim Malaysia segera digerakkan ke tebing sungai Kampung Kedai Buloh bagi memintas pergerakan kumpulan tersebut.

“Hasil pencarian yang dijalankan membawa kepada penahanan 10 individu dipercayai warga asing di kawasan tebing sungai berkenaan pada sekitar pukul 2.13 pagi,” tambah beliau.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua individu yang ditahan berusia antara 17 hingga 38 tahun, melibatkan lapan warganegara India terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan, serta dua warganegara Bangladesh iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

Siasatan turut mendapati kesemua mereka memiliki pasport, namun gagal mengemukakan sebarang rekod perjalanan yang sah untuk memasuki negara ini, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap status kemasukan mereka.

Kesemua individu berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki berada di Malaysia tanpa dokumen dan rekod perjalanan yang sah.

Dalam pada itu, beliau menegaskan Maritim Malaysia akan terus memperkukuh rondaan dan operasi penguatkuasaan di perairan Kelantan bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan migran.

KLN PATI
 
KLN PATI2
 
KLN PATI4

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

LUMUT, 7 MEI – Maritim Negeri Perak terus memperkukuh penguatkuasaan di perairan negara apabila berjaya menahan dua buah vesel pukat tunda dalam dua operasi berasingan di bawah OP PINTAS 1/2021 di sekitar perairan Pulau Pangkor, Selasa lalu.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, tangkapan pertama melibatkan sebuah vesel pukat tunda kelas C yang ditahan pada jam 7.34 pagi oleh aset Maritim Malaysia di kedudukan kira-kira 1.9 batu nautika barat daya Pulau Buloh.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel tersebut dikendalikan oleh lima kru warga Myanmar termasuk tekong yang memegang kad UNHCR. Vesel itu disyaki menceroboh zon larangan iaitu kurang daripada 12 batu nautika dari pantai serta menjalankan aktiviti penangkapan ikan di kawasan yang tidak dibenarkan,” katanya.

Turut dirampas hasil laut dianggarkan seberat 400 kilogram ikan campur dengan nilai keseluruhan rampasan termasuk vesel dan peralatan dianggarkan lebih RM3 juta.

Tangkapan kedua pula melibatkan sebuah vesel pukat tunda kelas B yang ditahan kira-kira jam 12.40 tengah hari di kedudukan lebih kurang 5.7 batu nautika barat Pulau Pangkor oleh aset Maritim Malaysia.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel berkenaan disyaki melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada 8 batu nautika dari daratan terhampir, menggunakan saiz mata pukat kurang daripada 34 milimeter serta tidak diusahakan oleh pemilik lesen sendiri,” jelas beliau.

Vesel tersebut dikendalikan oleh tiga orang kru termasuk tekong, kesemuanya warganegara Malaysia. Turut ditemui hasil tangkapan ikan campur dianggarkan sebanyak 100 kilogram dengan nilai rampasan termasuk vesel dan peralatan mencecah lebih RM1.5 juta.

Kesemua kru, vesel, peralatan menangkap ikan serta hasil laut bagi kedua-dua kes telah diiring masuk ke Jeti PPM Kampung Acheh dan Jeti LKIM Kampung Acheh untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Perak bagi tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Maritim Negeri Perak akan terus mempergiatkan rondaan dan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang serta kelestarian sumber perikanan negara sentiasa terpelihara.

Pengarah Maritim Negeri Perak turut menegaskan bahawa APMM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perikanan negara.

“Maritim Negeri Perak akan terus mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan di seluruh perairan negeri ini. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana vesel yang melanggar syarat lesen atau menceroboh zon tangkapan yang ditetapkan. Ini penting bagi memastikan sumber perikanan negara kekal terpelihara untuk generasi akan datang,” katanya.

VESEL BULOH
 
VESEL BULOH2
 
VESEL BULOH6
 
VESEL BULOH4

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

KUALA KEDAH, 7 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah dengan kerjasama strategik Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Negeri Kedah dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Kedah telah melaksanakan operasi bersepadu OP TIRIS 4.0 di sekitar perairan Negeri Kedah, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti binti Ishak berkata, operasi ini dilaksanakan sebagai langkah proaktif bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Kawalan Bekalan 1961, khususnya berkaitan pengedaran dan bekalan minyak dalam kalangan komuniti maritim, di samping memperkukuh koordinasi serta sinergi antara agensi penguatkuasaan dan pemegang taruh industri perikanan negara.

“Seramai 27 pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga agensi terlibat dalam operasi ini menggunakan dua aset milik Maritim Malaysia,” tambah beliau.

Terlebih dahulu, taklimat ringkas operasi telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kuala Kedah, Leftenan Maritim Zool Hilmi bin Mohd Nadzir selaku Pegawai Koordinasi sebelum pelaksanaan rondaan bermula.

Sepanjang operasi dijalankan, pemeriksaan ke atas beberapa vesel nelayan tempatan serta kapal barter trade telah dilaksanakan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan.

Pelaksanaan OP TIRIS 4.0 ini mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia bersama agensi sahabat dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan serta kelestarian aktiviti maritim negara sentiasa terpelihara.

Operasi diakhiri dengan sesi pertukaran cenderahati sebagai simbol penghargaan dan pengukuhan hubungan antara agensi yang terlibat.

OP TIRIS2
 
OP TIRIS5
 
OP TIRIS3
 
OP TIRIS6

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

PORT DICKSON, 6 MEI – Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menggagalkan cubaan masuk 15 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia, termasuk seorang tekong, di perairan Port Dickson semalam.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria berkata, tangkapan tersebut dilakukan hasil maklumat risikan mengenai aktiviti penyeludupan migran melalui laluan yang tidak diwartakan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 pagi itu, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan rutin telah berjaya memintas sebuah bot pancung yang mencurigakan tanpa nombor pendaftaran kira-kira 0.5 batu nautika barat daya Pantai Cahaya Negeri.

Hasil pemeriksaan mendapati, seramai lapan lelaki dan tujuh wanita berusia antara 20 hingga 46 tahun berada di atas bot berkenaan. Kesemua mereka ditahan selepas gagal mempamerkan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah bagi memasuki negara ini.

Selain tangkapan individu, pemeriksaan rapi ke atas bot tersebut turut menemukan sepucuk pistol jenama Colt yang telah dileraikan bersama lima butir peluru hidup.

Kesemua rampasan dan individu yang ditahan telah dibawa ke jeti Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.

Kes kini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, serta Akta Senjata Api 1971.

Maritim Malaysia menggesa orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat atau aduan kecemasan di laut melalui talian 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 untuk tindakan segera.

PATI PD

Lebih banyak artikel..

Grid List

SAEX THAMAL 74/2026 : MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN PERAIRAN MALAYSIA

SONGKHLA, 8 September — Kedaulatan dan keselamatan perairan sempadan terus diperkukuh menerusi kerjasama penguatkuasaan maritim di antara Malaysia – Thailand apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyertai Eksesais SEAEX THAMAL 74/2026 yang berlangsung di Songkhla, Thailand.

Majlis pembukaan eksesais disempurnakan Commander 2nd Naval Area Command, Royal Thai Navy (RTN) merangkap Thailand Joint Chairman (TJC), Rear Admiral Pisit Jaturatkornpat, hari ini.

Turut hadir mengetuai delegasi Malaysia ialah Panglima Wilayah Laut 1, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merangkap Malaysia Joint Chairman (MJC), Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani, manakala delegasi Maritim Malaysia diketuai Pegawai Memerintah KM AMANAH, Leftenan Komander Maritim Nor Fadhli bin Abu Bakar @ Arifin.

Eksesais yang berlangsung dari 6 hingga 12 September itu, merupakan platform operasi bersepadu yang melibatkan agensi penguat kuasa dan pertahanan maritim kedua-dua negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan menangani cabaran keselamatan di perairan sempadan Malaysia – Thailand.

Di pihak Malaysia, eksesais ini melibatkan Maritim Malaysia, TLDM dan Pasukan Polis Marin (PPM), manakala Thailand disertai Royal Thai Navy (RTN), Royal Thai Marine Police (RTMP) dan Thai-Maritime Enforcement Command Center (Thai-MECC).

Fokus operasi meliputi perairan sempadan Malaysia – Thailand di Laut China Selatan, Combined Patrol Area (CPA) Narathiwat/Kelantan dan Teluk Siam, dengan penglibatan aset maritim kedua-dua negara.

Antara aset yang terlibat ialah KM AMANAH (Maritim Malaysia), KD HANDALAN dan KD SRI SABAH (TLDM), PA6 (PPM), HTMS THAYANCHON dan PGM 995 (RTN), RTMP 817 serta PGM 111 (Thai-MECC).

Kemuncak operasi turut menyaksikan aset maritim Malaysia dan Thailand belayar bersama pada 9 September 2026 dari 2nd Naval Area Command (2nd NAC), Songkhla menuju ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam eksesais berskala besar ini memperlihatkan komitmen berterusan agensi dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi, kerjasama rentas sempadan dan keupayaan penguatkuasaan maritim, khususnya dalam memastikan perairan Malaysia sentiasa selamat, aman dan terkawal.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC