02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

LANGGAR KAWASAN MENANGKAP IKAN; SEBUAH BOT C DITAHAN DI TANJUNG MANIS

TANJUNG MANIS, 7 Mac – Zon Maritim Tanjung Manis telah menahan sebuah Bot Nelayan Tempatan (BNT) Kelas C ketika sedang leka melakukan aktiviti menunda pada jarak lebih kurang 8.2 batu bautika barat Kampung Penipah. Bot tersebut ditahan sekitar jam 2.33 petang. Penahan yang dibuat adalah hasil daripada maklumat awam yang diterima.

Satu pasukan menggeledah telah diaturgerak bagi melaksanakan operasi berkenaan. Setelah tiba di lokasi, bot tersebut diperiksa dan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dengan melakukan aktiviti menunda di zon larangan. Bot tersebut juga disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 di mana seorang daripada awak-awak merupakan warga Indonesia memiliki dokumen pengenalan diri yang tamat tempoh.

Bot nelayan tersebut dipercayai berasal dari Bintangor kemudiannya telah ditahan dan diiringi masuk ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Tanjung Manis untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi tindakan selanjutnya. Hasil tangkapan ikan campur juga turut dirampas dan kesemuanya bernilai RM 8,900.

Pengarah Zon Maritim Manis, Komander Maritim Mohd Ariz bin Md Kassim mengucapkan terima kasih di atas kerjasama serta maklumat daripada komuniti nelayan dan orang ramai.

Maritim Negeri Sarawak akan sentiasa mempergiatkan usaha pemantauan serta rondaan yang berterusan bagi memastikan sebarang aktiviti-aktiviti yang melanggar atau menyalahi undang-undang di laut dapat dibendung serta dibenteras dengan sewajarnya.

WhatsApp Image 2020 03 09 at 12.15.20    WhatsApp Image 2020 03 09 at 12.15.19 

MARITIM NEGERI SARAWAK MENGAKTIFKAN OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT DI MIRI

MIRI, 5 Mac 2020 – Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching telah menerima aduan berkenaan seorang nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar ke laut pada 09.40 pagi tadi. Bertindak atas aduan tersebut, Maritim Negeri Sarawak telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada  jam 10.00 pagi.

Menurut Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan, Maritim Negeri Sarawak dengan segera telah mengaturgerak aset ke lokasi kejadian seperti yang telah dilaporkan pengadu sebaik sahaja aduan diterima.

“Selain aset daripada Maritim Malaysia, operasi CARILAMAT ini juga disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam yang terdiri dari komuniti nelayan setempat,” ujar beliau.

Tambah Pengarah Maritim Negeri Sarawak itu lagi, "mangsa yang dilaporkan hilang tersebut bernama Kadri bin Tra berusia 71 tahun kali terakhir ditemui berbaju putih dan berseluar gelap semasa keluar ke laut. Akan tetapi, bot mangsa telah dijumpai pada jarak lebih kurang 1 batu nautika dari pantai Kuala Bakam."

"Pada hari ini pasukan CARILAMAT telah melaksanakan operasi pencarian di kawasan seluas 10 batu nautika persegi membabitkan penglibatan nelayan setempat. Usaha pencarian pada hari ini agak terhad kerana hujan lebat dan laut bergelora dengan ketinggian ombak mencecah hampir 3.5 meter."

Operasi CARILAMAT telah ditangguhkan pada jam 06.00 petang tadi dan akan diteruskan semula pada 07.30 pagi esok. Maritim Malaysia meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau perkembangan terbaru berkenaan aduan ini diminta untuk menghubungi talian 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 yang beroperasi 24 jam.

WhatsApp Image 2020 03 05 at 22.25.59   WhatsApp Image 2020 03 05 at 22.26.00 

PADAH BERLABUH TUNGGU TANPA KEBENARAN

GEORGETOWN, 10 Februari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Maritim Negeri Pulau Pinang menahan sebuah kapal kargo di Perairan Pulau Pinang pada kedudukan 5.9 batu nautika (10.9 kilometer) Utara Teluk Bahang jam 7.15 petang semalam.

Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata kapal kargo 'MV DANUM 171’ kepanjangan 146 meter yang didaftarkan di Malaysia dipercayai melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran Pengarah Laut.

“Kapal tersebut dikendalikan 20 kru, termasuk seorang nakhoda (master) dengan enam daripada mereka warga China, tujuh warga Filipina, empat warga Indonesia, dua warga Myanmar dan seorang warga tempatan. Kesemua mereka dianggarkan berusia antara 22 sehingga 56 tahun," ujarnya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya.

Beliau menegaskan Maritim Pulau Pinang akan terus meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang maritim di sekitar Perairan Pulau Pinang serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara.

Orang awam diminta agar bekerjasama dalam melaporkan sebarang kejadian menyalahi undang-undang, kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 / 04-2643650.

WhatsApp Image 2020 02 12 at 12.12.07    
     
     

LAGI KAPAL BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN

GEORGETOWN, 11 Februari - Tidak sampai 24 jam, Maritim Negeri Pulau Pinang berjaya menahan sebuah lagi kapal kargo tanpa muatan di Perairan Pulau Pinang pada kedudukan 8.5 batu nautika Utara Teluk Bahang jam 1.00 petang semalam.

Kepten Maritim Hamizan Harun berkata sebuah kapal kargo ditahan dengan panjang 265 meter yang didaftarkan di Liberia dipercayai melakukan kesalahan sama iaitu berlabuh tanpa kebenaran Pengarah Laut.

“Kapal tersebut dikendalikan 21 kru termasuk seorang nakhoda (master) dengan kesemua mereka merupakan warga Filipina. Kesemua mereka berumur lingkungan 27 sehingga 67 tahun berada di atas kapal tersebut" katanya dalam satu kenyataan.

Tambahannya, kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya.

Hamizan menegaskan kepada pengusaha-pengusaha kapal atau bot supaya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia khususnya di perairan Pulau Pinang agar tidak melakukan kesalahan yang boleh disabitkan.

WhatsApp Image 2020 02 12 at 12.11.32    
     
     

BOT KARGO BEROPERASI TANPA LESEN DITAHAN

Kuala Linggi, 8 Februari - Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan berjaya menahan sebuah bot kargo di kedudukan 6.0 Batu Nautika Barat Daya Kuala Linggi, Melaka pada jam lebih kurang 10.50 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haris Fadzillah bin Abdullah berkata, bot kargo tersebut ditahan sewaktu anggota Maritim Malaysia membuat rondaan rutin di perairan Melaka.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot kargo mendapati tiga orang kru warga tempatan yang membawa bot berkenaan gagal mempamerkan lesen serta kru tidak memiliki perakuan kekompetenan dari Jabatan Laut Malaysia,” katanya.

Harris memberitahu bot kargo tersebut ditahan dan akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Beliau berkata, sehingga kini bagi tahun 2020 sebanyak lapan kes tangkapan atas pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 berjaya direkodkan.

Beliau menegaskan pihaknya sedang meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan Melaka dan Negeri Sembilan, dan meminta  orang ramai menyalurkan jenayah dan kecemasan di laut di  talian Pusat Operasi Maritim 06-3876730 dan 999 yang beroperasi secara 24 jam.

WhatsApp Image 2020 02 10 at 10.06.01 (1)   WhatsApp Image 2020 02 10 at 10.06.01 (2)
     
WhatsApp Image 2020 02 10 at 10.06.01    WhatsApp Image 2020 02 10 at 10.06.02

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC