KUALA TERENGGANU, 8 NOVEMBER – Dua kapal peronda Maritim Malaysia dari kelas Gemia, KM RAWA dan KM SEBATIK telah melaksanakan latihan penembakan senjata utama kapal iaitu meriam 20MM KAA OERLIKON di perairan Terengganu, Rabu lalu.
Latihan itu diadakan adalah bertujuan untuk menguji senjata utama kedua-dua aset terlibat bagi mengukur tahap kesiap siagaan jentera persenjataan yang dimiliki Agensi.
Di samping itu, ujian tersebut dapat menilai tahap kemahiran kru dalam tata cara pengendalian termasuk perintah dan kawalan serta pengendalian secara manual meriam.
Dalam latihan itu, kedua-dua aset milik Agensi telah melaksanakan tembakan serta kru berjaya mencapai tahap kompeten yang tinggi dalam mengendalikannya mengikut prosedur penembakan iaitu fasa persediaan (sebelum), semasa dan selepas ujian dijalankan.












