22
Wed, Apr

OP KASMAR BUKTI KERJASAMA MARITIM MALAYSIA DAN KASTAM

LUMUT, 12NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah melaksanakan OP KASMAR  Siri 2/2024 di perairan Perak dan Selangor bermula pada 5 hingga 9 November lalu.

Melibatkan seramai 120 orang pegawai dan anggota daripada kedua-kedua agensi keselamatan ini, OP KASMAR Siri 2/2024 dijalankan bagi membanteras kegiatan yang melanggar Akta Kastam 1967 di perairan Zon Maritim Malaysia (ZMM).

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkata, operasi ini memfokuskan kepada pemeriksaan di laut yang dibahagi kepada empat sektor iaitu Alpha, Bravo, Charlie dan Delta dengan penglibatan aset-aset laut Maritim Malaysia dan JKDM.

Jelas beliau, hasil operasi berkenaan, sebanyak 69 pemeriksaan telah dilakukan, walau bagaimanapun tiada sebarang kesalahan ditemui sepanjang tempoh operasi berkenaan dilaksanakan.

Beliau berkata demikian selepas bersama-sama Pengarah Kastam Negeri Perak, YH. Dato’ Abdul Ghafar bin Mohamad menyempurnakan Perasmian OP KASMAR Siri 2/2024 di jeti Pangkalan Marin Kastam Kampung Acheh baru-baru ini.

Turut dilaksanakan bersempena OP KASMAR ini ialah sesi taklimat operasi kepada semua anggota yang terlibat.

Diharapkan dengan pelaksanaan OP KASMAR ini, ia menjadi titik penting dalam meningkatkan kerjasama, persefahaman dan profesionalisme dalam menguatkuasakan undang-undang maritim di negara ini di antara kedua-dua perkhidmatan.

 

OP KASMAR
 
OP KASMAR 2
 
OP KASMAR 3
 
OP KASMAR 5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON