KOTA KINABALU, 3 Oktober - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menyertai pameran Sempena Program “KITA DEMI NEGARA” SIRI KEDUA ZON SABAH BIL 1/2022 pada 1 dan 2 Oktober 2022 yang diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Program “Kita Demi Negara” merupakan satu platform untuk membentuk Keluarga Malaysia yang prihatin dan meningkatkan patriotisme dikalangan rakyat khususnya orang negeri Sabah.
Dalam pameran tersebut Maritim Negeri Sabah telah mempamerkan beberapa jenis senjata api kecil milik Maritim Malaysia yang digunakan semasa operasi, model kapal dan bot Maritim Malaysia serta penerangan kerjaya maritim kepada pelajar-pelajar sekolah. Pameran yang berlangsung selama dua hari mendapat sambutan hangat daripada orang Sabah terutamanya sekitar Kota Kinabalu. Selain itu Pasukan Tindakan Khas Maritim Malaysia turut melakukan demostrasi operasi menyelamat di atas kapal yang juga melibatkan aksi “Fast Roping” dari pesawat udara Maritim Malaysia.
Bot ADAL 03 dari ZM Kudat juga turut dipamerkan dalam program tersebut untuk memberi peluang kepada pengunjung bergambar mengenali Maritim Malaysia dengan lebih dekat lagi.
![]()
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

















.svg.png)

