08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

PERHIMPUNAN BULANAN MARITIM NEGERI PERAK JAMIN KESIAP SIAGAAN ANGGOTA

LUMUT, 5 Disember – Satu majlis Perhimpunan Bulanan telah diadakan pada 1 Disember lalu bertempat di ruang legar Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak.
Majlis itu dihadiri oleh Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup bersama kesemua warga Maritim Negeri.
Dalam majlis itu, Kepten Maritim Mohd Hambali telah menyampaikan amanat penting kepada semua warga Maritim Negeri Perak supaya mengekalkan pencapaian dan mutu kerja serta sentiasa menjaga intergriti sebagai penjawat awam amnya serta sebagai anggota penguat kuasa khususnya. 
Beliau juga mengingatkan warga Maritim Negeri Perak membuat perancangan hujung tahun dengan teratur bagi memastikan kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna menjelang tahun baharu 2023.
       
Selain itu juga, beliau turut mengadakan pemeriksaan pakaian seragam (Nombor 1) bagi memastikan kesiap siagaan anggota berada pada tahap tertinggi, dalam keadaan segak dan bersedia menghadapi apa jua situasi.

 

IMG 6048

 

 

IMG 5892

 

IMG 5954

 

 

IMG 5845

 

IMG 5959

 

 

IMG 5960

 

IMG 6072

 

 

IMG 6024

 

IMG 6021

 

 

IMG 6032

     
 

PREVENTIVE SAR : LAWATAN TABIKA KEMAS KAMPUNG RAJANG A KE ASET ZON MARITIM TANJUNG MANIS

TANJUNG MANIS, 30 November – Zon Maritim Tanjung Manis (ZMTM) telah menerima lawatan 30 orang kanak-kanak berserta guru dari Tabika Kemas Kampung Rajang A, Belawai semalam bersempena program Lawatan ke Aset Zon Maritim Tanjung Manis bertempat di Jeti Penumpang Tanjung Manis pada pagi 29 November 2022.

Tujuan utama program lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan awal serta mendidik kanak-kanak di sekitar kawasan ZMTM akan kepentingan menjaga keselamatan diri seperti sentiasa memakai jaket keselamatan ketika turun ke laut.

Beberapa pengisian program turut diadakan antaranya lawatan ke Kapal KM SEMILANG dan Bot PENGAWAL 22, serta aktiviti mewarna turut diadakan.

Lawatan tersebut mendapat sambutan positif daripada pelajar serta tenaga pengajar Tabika Kemas Kampung Rajang A. Maritim Malaysia menyambut baik inisiatif yang dilaksanakan serta menyokong pelaksanaan program yang seumpamanya.

WhatsApp Image 2022 11 30 at 4.04.32 PM 1   WhatsApp Image 2022 11 30 at 4.04.32 PM 3
     
WhatsApp Image 2022 11 30 at 4.04.32 PM 4   WhatsApp Image 2022 11 30 at 4.04.32 PM 5
     
WhatsApp Image 2022 11 30 at 4.04.32 PM 7   WhatsApp Image 2022 11 30 at 4.04.32 PM 9
     
WhatsApp Image 2022 11 30 at 4.04.32 PM 10   WhatsApp Image 2022 11 30 at 4.04.32 PM

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI ReCAAP ISC KE MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 16 November – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil Bin Mat Som menerima kunjungan hormat daripada Mr Krishnaswamy Najarajan, Executive Director, The Regional Cooperation Agreement on Combating Piracy and Armed Robbery against Ships in Asia (ReCAAP) Information Sharing Centre (ISC), di pejabatnya, petang tadi.

Kunjungan ini adalah bagi merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak dan bertukar-tukar pandangan dalam aspek keselamatan maritim.

Kunjungan delegasi ReCAAP ISC ini turut disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Hamid Mohd Amin dan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda (M) Haji Rozali Bin Mohd Said.

ReCAAP ISC adalah sebuah organisasi yang dilancarkan pada November 2006 beribu pejabat di Singapura, menjadi platform kerjasama rentas negara dalam mengekang ancaman lanun dan rompakan bersenjata di rantau ini.

Untuk rekod, Perjanjian ReCAAP dimenterai dengan 21 negara-negara di Asia dan Eropah (Norway, Belanda, Denmark, United Kingdom dan Jerman), Australia, dan Amerika Syarikat.

 

WhatsApp Image 2022 11 16 at 16.38.30 4    WhatsApp Image 2022 11 16 at 16.38.30 5    WhatsApp Image 2022 11 16 at 16.38.30 6 
         
WhatsApp Image 2022 11 16 at 16.38.31 3   WhatsApp Image 2022 11 16 at 16.38.31 4   WhatsApp Image 2022 11 16 at 16.38.32
         
         

KARNIVAL SUKAN DAN HARI KELUARGA ZON MARITIM SANDAKAN 2022

SANDAKAN, 28 November - Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim (KESMAR) Zon Maritim Sandakan (ZM Sandakan) telah mengadakan Karnival Sukan yang berlangsung sepanjang bulan ini dan diakhiri dengan sambutan Hari Keluarga sebagai penutup.

Objektif utama adalah bagi melahirkan warga kerja yang sihat dan cergas disamping memakmurkan ikatan silaturahim.

Sukan yang dipertandingkan meliputi 10 acara iaitu mini futsal veteran, futsal, mendaki berkumpulan, Bowling, takraw, badminton, pingpong, bola sepak dan tarik tali.

Penyerahan medal serta hadiah berlangsung semasa Hari Keluarga dan dimeriahkan bersama aktiviti kanak-kanak dan pasangan suami isteri.

Kemeriahan yang ditonjolkan memberi sinopsis kemuafakatan keluarga besar Zon Maritim Sandakan setelah menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang tahun 2022.

Inisiatif bagi memperkasakan pengisian rohani dan jasmani buat semua warga tercapai dengan jayanya dan akan terus diaplikasikan lagi untuk tahun yang mendatang.

 

DSCN8574dfg

 

 

DSCN8618dsf

 

DSCN8670ghj

 

 

DSCN8696kjljh

 

DSCN8710hvj

 

 

DSCN8806hjv

 

PROGRAM INISIATIF SARINGAN KESIHATAN KEBANGSAAN (NHSI) ANJURAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH MANJUNG

LUMUT, 17 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah mengadakan program saringan kesihatan anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Manjung Perak, di pejabatnya semalam.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, program ini dibuka kepada semua peringkat umur untuk pegawai, anggota dan kakitangan Maritim Malaysia menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma.  
Inisiatif ini memberi peluang  bagi menggalakkan kakitangan awam sentiasa menjaga tahap kesihatan, memberi pendedahan dan pengetahuan terhadap pencegahan penyakit di peringkat awal.
Tambah beliau, saringan kesihatan adalah penting memandangkan negara masih dalam fasa peralihan endemik Covid-19 dan sejak kebelakangan ini cuaca yang tidak menentu dan risiko untuk mendapat pelbagai penyakit.
Oleh itu, pembudayaan amalan gaya hidup sihat dengan menjalani saringan kesihatan secara rutin agar kekal sihat dan produktif adalah wajar dilakukan di peringkat agensi kerajaan amnya.
WhatsApp Image 2022 11 17 at 12.19.33    WhatsApp Image 2022 11 17 at 12.19.33 1   WhatsApp Image 2022 11 17 at 12.19.33 2   

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC