10
Kha, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

PELUPUSAN 90 BOT NELAYAN ASING BERSAMA TUKUN TIRUAN DIIKTIRAF MALAYSIA BOOK OF RECORDS

KUALA BESAR, 27 Oktober – Maritim Negeri Kelantan dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) telah mencatatkan sejarah apabila diiktiraf sebagai ‘First Fishing Vessel with Artificial Concrete Reef’ oleh Malaysia Book of Records (MBOR) di atas kejayaan melupuskan 90 bot nelayan asing (BNA) bersama tukun tiruan di perairan Kuala Besar, Kelantan pagi tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Mohd Norzam bin Mustapa berkata, program penenggelaman BNA yang telah dilucut hak ini adalah hasil tangkapan yang dilakukan Maritim Negeri Kelantan dalam tempoh lapan tahun (2015 - 2023).

Beliau menjelaskan, setiap BNA yang ditenggelamkan ini diletakkan pemberat batuan yang mencecah sehingga 100 ribu kilogram. Manakala untuk tukun tiruan, BNA ini dilengkapkan dengan 104 biji kuboid konkrit yang akan membentuk module dan unjam bagi menjadi perumah kepada ekosistem marin.

Norzam menambah, pelaksanaan program ini bertepatan dengan salah satu daripada enam teras dasar dalam membangunkan MALAYSIA MADANI iaitu ‘Daya Cipta’ dan ‘Ikhsan’ yang telah diperkenalkan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan proses penenggelaman BNA bersama tukun tiruan di sini hari ini.

Turut hadir sama Pengurus Besar Kanan, Aset Semenanjung Malaysia PETRONAS Carigali Sdn Bhd, Encik Hafiz Azzad bin Zubir, Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli bin Ab Rahman, wakil dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Perikanan, Institut Marin Asia Tenggara (ISMAT), Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, wakil MBOR serta komuniti nelayan di kawasan sekitar.

Norzam dalam pada itu turut berharap kerjasama yang dilaksanakan ini dapat membantu dalam melestarikan ekosistem marin seterusnya meningkatkan pelbagai spesis ikan yang bernilai tinggi sekaligus akan membantu nelayan tempatan untuk meningkatkan pendapatan mereka tanpa perlu membahayakan diri dengan mendekati kawasan pelantar minyak yang ada di kawasan perairan di negeri ini.

 

WhatsApp Image 2023 10 27 at 2.31.58 PM   WhatsApp Image 2023 10 27 at 2.32.04 PM   WhatsApp Image 2023 10 27 at 2.32.06 PM   WhatsApp Image 2023 10 27 at 2.32.09 PM
Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC