24
Isn, Ogs

Grid List

41 PATI DIPENJARA, DUA LAGI DIHADAPKAN ATAS PERTUDUHAN ATIPSOM 2007

PELAKSANAAN OP MARDOF SABAH BUKTI SINERGI MARITIM MALAYSIA DAN DOF

MARITIM MALAYSIA LAKSANAKAN MEDEVAC PEKERJA RESORT DI SEMPORNA

PENERIMAAN AW189 PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

DUA BOT TUNDA DITAHAN ZON MARITIM MIRI

MIRI, 4 OGOS – Zon Maritim Miri menahan dua bot tunda pada kedudukan 3.7 batu nautika barat Pantai Lutong semalam.

Pengarah Zon Maritim, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, kesemua bot tunda itu ditahan semasa kapal ronda Maritim Malaysia sedang melaksanakan OP PERMAI 01/2019 dan OP TIRIS 3.0.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kedua-dua bot tunda itu mendapati, kesemua mereka merupakan warga tempatan dalam lingkungan umur antara 20 hingga 56 tahun bekerja di atas bot tunda berkenaan.

Kesemua kru dan bot ditahan dan di bawa masuk ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Maritim untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal mengemukan domestic shipping licence (DSL) semasa diperiksa.

Maritim Malaysia akan komited dalam menguatkuasakan undang-undang dan tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di laut.

Sebarang aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan NG 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Miri di talian 085-418204 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak 082-432544/ 082-432016 untuk maklum balas segera.

 

TUNDA MIRI11

NAKHODA TIDAK BERDAFTAR, BOT TUNDA DITAHAN DI PERAIRAN BINTULU

BINTULU, 4 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot tunda di kedudukan 7.5 batu nautika timur laut Tanjung Kidurong, Bintulu Jumaat lalu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah berkata, bot ronda Maritim Malaysia ketika dalam OP PERMAI 01/2019 telah melakukan pemeriksaan terhadap bot tunda bewarna putih yang sedang dalam pelayaran menuju ke Kota Kinabalu.

Hasil pemeriksaan awal mendapati bot tunda itu dikendalikan oleh tujuh kru warga tempatan dalam lingkungan umur 35 hingga 50 tahun.

Bot tunda itu disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana tidak memaklumkan secara bertulis kepada Pendaftar Kapal berhubung pertukaran nama nakhoda di dalam sijil pendaftaran kapal yang memperuntukan hukuman kompaun sebanyak RM2,500.

Bot tunda berserta dokumen telah ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kesemua komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

Sebarang maklumat serta aduan aktiviti yang mencurigakan atau insiden di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke talian kecemasan NG999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254) / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) untuk tindakan segera.

 

NAKHODA TUNDA

OP HURRICANE BERSEPADU ERAT KERJASAMA AGENSI SAHABAT

PELABUHAN KLANG, 28 JULAI – Kerjasama erat di antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor dengan Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Selangor terus diperkukuhkan lagi dengan pelaksanaan OP HURRICANE BERSEPADU selama dua hari di perairan Kuala Langat bermula 25 Julai lalu.

Tujuan operasi ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan komuniti nelayan terhadap pematuhan undang-undang dan hal ehwal pelesenan seperti yang termaktub dalam Akta Perikanan 1985.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh, dalam operasi ini Maritim Malaysia telah merampas beberapa unit Ambai yang disyaki tidak memiliki lesen dan akan disiasat dibawah Seksyen 11 (3) (b) Akta Perikanan 1985 iaitu di bawah kawalannya atau milikannya peralatan menangkap ikan tanpa lesen.

Dalam operasi ini juga, beberapa set belat haram yang dipasang di sepanjang perairan Kuala Langat turut ditemukan dan disita.

Kesalahan ini adalah di bawah Seksyen 11 (3) (c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang peralatan menangkap ikan (Belat) tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Pelaksanaan OP HURRICANE BERSEPADU dilihat mampu menjadi platform terbaik dalam perkongsian maklumat dan kepakaran merentasi agensi dan jabatan yang menguatkuasakan Undang-undang Maritim.

Pelaksanaan operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kelestarian sumber perikanan negara dan keselamatan dalam sektor perikanan akan tetap terpelihara.

Majlis penutup OP HURRICANE BERSEPADU ini telah disempurnakan oleh Pengarah Perikanan Negeri Selangor, Puan Noraisyah binti Abu Bakar bertempat di Jeti Pangkalan Nelayan Klanang, Kuala Langat.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan serta aktiviti jenayah di laut orang ramai boleh menyalurkannya ke talian 24 jam NG999 atau pusat operasi Maritim Malaysia untuk maklum balas segera.

 

OP HURRICANE DOF
 
OP HURRICANE DOF 4
 
OP HURRICANE DOF 6
 
OP HURRICANE DOF 2

VESEL PENANGKAPAN IKAN TEMPATAN (VNT) DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

MIRI, 28 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri telah menahan sebuah vesel penangkapan ikan tempatan (VNT) kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, vesel itu dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia dalam OP PERMAI 1/2019, OP NAGA TIMUR dan OP TIRIS 3.0 di perairan Miri.

Penahanan dibuat ketika vesel itu sedang leka melakukan aktiviti menangkap ikan di kedudukan 11 batu nautika barat laut Kuala Baram, Miri.

Hasil pemeriksaan mendapati, vesel itu dikendalikan oleh lima kru termasuk tekong di mana kesemuanya ialah warga Indonesia.

Hasil pemeriksaan lanjut, vesel itu disyaki telah melakukan kesalahan melanggar syarat lesen kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan kurang daripada 12 batu nautika dari pantai.

Kesemua kru ditahan manakala vesel serta peralatan menangkap ikan dirampas seterusnya diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PTV), Miri untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dan akan terus memperkasakan undang-undang di perairan Sarawak menerusi operasi pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengekang perbuatan jenayah maritim.

Sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan NG999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544 / 082-432016) untuk maklum balas segera.

 

MIRI VESEL 2

CUBAAN SELUDUP KELUAR 2,400 KILOGRAM IKAN BILIS KERING DI SANDAKAN GAGAL

SANDAKAN, 27 JULAI – 2,400 kilogram ikan bilis kering dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan di perairan Sandakan, Khamis lalu.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam OP PLUTO TIMUR / OP KHAS CEGAH PATI (OCP) UTARA COVID 19 DAN OP TIRIS 3.0 telah mengesan sebuah vesel dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 1.5 batu nautika utara Pulau Berhala pada pukul 9.40 pagi hari tersebut.

Setelah pemeriksaan dilakukan, vesel dengan enjin sangkut 40 dan 30 kuasa kuda itu didaftarkan atas lesen perikanan manakala tekong lelaki berumur 57 tahun adalah pemegang kad pengenalan pemastautin tetap (MyPR).

Pemeriksaan lanjut ke dalam vesel seterusnya menemui 30 guni berisi ikan bilis kering dengan anggaran berat 2,400 kilogram dipercayai untuk diseludup keluar ke Pulau Taganak, Filipina.

Nilai rampasan termasuk barang kawalan, enjin sangkut dan vesel dianggarkan berjumlah lebih RM29 ribu.

Kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana cubaan menyeludup keluar ikan bilis tanpa kebenaran dan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana melanggar syarat sah lesen.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau salah laku di perairan negara, boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau hubungi talian kecemasan NG999 untuk tindakan segera.

 

IKAN BILIS SDKN
 
IKAN BILIS SDKN 2
 
IKAN BILIS SDKN 4

Lebih banyak artikel..

Grid List

SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN MENERUSI TAYANGAN KHAS OPS HELANG

PUTRAJAYA, 14 Ogos — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi penyertaan dalam pameran khas dan Sesi Tayangan Khas Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang di Pejabat Peguam Negara (AGC - Attorney-General's Chambers), Putrajaya.

Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran pelakon tanah air Adlin Aman Ramlie, yang membintangi filem tersebut, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme bersama warga AGC dan Maritim Malaysia.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh.

Beliau berkata program berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama erat antara agensi penguatkuasaan dan pihak perundangan dalam memastikan kejayaan operasi penguatkuasaan dapat diteruskan melalui tindakan perundangan yang berkesan.

“Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini menuntut pengorbanan serta ketegasan dalam memelihara undang-undang. Hubungan kukuh antara Maritim Malaysia dan AGC amat berharga bagi memastikan setiap kejayaan operasi dapat diterjemahkan kepada tindakan perundangan yang berkesan," katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang merupakan filem aksi pengembaraan Malaysia arahan Allahyarham Pitt Hanif yang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 2023.

Filem berkenaan mengangkat kisah operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia, termasuk keberanian, kecekapan dan cabaran anggota dalam melaksanakan amanah di tengah samudera bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Selain tayangan khas, pameran Maritim Malaysia memberi peluang kepada warga AGC mengenali dengan lebih dekat peranan, fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam penguatkuasaan undang-undang, keselamatan maritim serta usaha menjaga kedaulatan perairan negara.

Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga AGC, sekali gus menyemarakkan semangat patriotisme dan meningkatkan penghargaan terhadap pengorbanan wira-wira samudera yang sentiasa bersiap siaga melindungi perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC