KUALA PERLIS, 10 JULAI – Perkembangan terkini kejadian seorang kru Vesel Nelayan Tempatan yang bertindak terjun laut setelah vesel berkenaan ditahan oleh Zon Maritim Kuala Perlis di kedudukan 4.1 batu nautika barat muara Kuala Kedah pada jam 9.50 malam semalam diberkas di kediaman beliau tengah hari tadi.
Pengarahnya, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain berkata, isteri suspek pada awalnya memaklumkan suami beliau tiada di rumah namun setelah pemeriksaan dibuat, suspek yang berusia 42 tahun itu sedang bersembunyi di dalam rumah tersebut.
Hasil soal siat mendapati suspek bertindak terjun ke laut dalam kejadian malam semalam bagi mengelakkan daripada diberkas penguat kuasa Maritim Malaysia kerana suspek terlibat dengan penagihan dadah.
Suspek kemudiannya ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 11 (3) (c) Akta Perikanan 1985 serta Seksyen 10 (2 )(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam kejadian berasingan, Zon Maritim Kuala Perlis turut merampas 20 set bubu naga di kedudukan 0.94 batu nautika dari selatan Kuala Sanglang, Perlis malam semalam.
Jelas Hashim, meskipun rondaan kerap dilakukan namun aktiviti memasang bubu naga dan menangkap siput secara haram masih giat dilakukan walaupun dalam keadaan gelap demi mengaut keuntungan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (3) (c) kerana memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
Berikutan kejadian berkenaan orang ramai diminta segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan aktiviti jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini dengan menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta talian MERS 999.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.
















.svg.png)

