LABUAN, 18 JULAI – Zon Maritim Labuan telah menahan sebuah bot tunda beserta sebuah tongkang di kedudukan 2.89 batu nautika Utara Pulau Daat, Labuan hari ini.
Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi bin Hj. Idros berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan OP SEJAHTERA dan OP TIRIS telah melakukan pemeriksaan terhadap bot tunda bersama tongkang bewarna hitam yang didapati malakukan aktiviti mengorek pasir.
Hasil pemeriksaan, bot tunda beserta tongkang tersebut dipercayai dikendalikan oleh seorang nakhoda berumur 30 tahun diikuti dengan seorang Chief Officer dan Ketua Jurutera berumur 43 tahun dan 25 tahun, masing-masing warganegara Myanmar dan India.
Bot disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu gagal mengemukakan buku log rasmi (Official Logbook) dan gagal mengemukakan Contract Crew Agreement.
Nakhoda, kru, bot tunda beserta tongkang dan dokumen telah ditahan dan diiring masuk ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.
Izwanhadi berkata, orang ramai boleh menyalurkan informasi kelakuan jenayah di laut dengan terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau talian kecemasan NG999 yang beroperasi 24 jam setiap hari.

























.svg.png)

