KOTA KINABALU, 11 JULAI – Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menahan sebuah bot pukat jerut di kedudukan sekitar 0.77 batu nautika utara Pulau Plompong kerana atas beberapa kesalahan baru-baru ini.
Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik memaklumkan bot itu ditahan Maritim Malaysia ketika sedang melakukan rondaan di sekitar perairan Kota Kinabalu.
Jelasnya lagi, semasa ditahan untuk pemeriksaan, bot pukat jerut terbabit sedang dikendalikan oleh 12 kru termasuk kapten yang terdiri daripada warga Indonesia dan Filipina yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 39 tahun.
Hasil pemeriksaan mendapati, bot itu telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MS0) 1952 kerana beroperasi tanpa kru yang cukup sebagaimana dikehendaki Pegawai Pelabuhan.
Pemeriksaan lanjut turut mendapati salah seorang kru bot yang juga warga Indonesia telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959 kerana memiliki dan mengemukakan dokumen perjalanan dan permit pekerjaan yang telah tamat tempoh.
Berikutan penemuan tersebut, bot serta kesemua kru ditahan dan dibawa ke jeti Maritim Malaysia Sepanggar bagi diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan siasatan selanjutnya di bawah kedua-dua akta yang dinyatakan.
Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sebarang aktiviti atau salahlaku jenayah di laut.
Orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan W. P Labuan di talian 088-387774 atau Perkhidmatan Panggilan Kecemasan Next Generation Emergency Service (NG999) yang beroperasi 24 jam.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.














.svg.png)

