16
Jum, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

SINDIKET PENYELUDUPAN MIGRAN TUMPAS, SEMBILAN TERMASUK TEKONG DARAT DITAHAN

PONTIAN, 19 OGOS – Maritim Negeri Johor menahan tujuh lelaki dan seorang wanita warga Indonesia bersama seorang lelaki warga tempatan dalam satu operasi penguatkuasaan yang dilakukan, pagi semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Kama Azri bin Kamil berkata, tahanan dilakukan oleh bot ronda Maritim Malaysia pada sekitar jam 8.10 pagi di kedudukan 7.3 batu nautika timur laut Pulau Pisang setelah mengesan sebuah bot bergerak dalam keadaan mencurigakan disyaki membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki perairan Johor.

Pasukan operasi cuba mengekori bot terbabit namun gagal kerana ia menghala ke kawasan cetek di kuala Sungai Sanglang.

Berdasarkan maklumat itu, pasukan operasi Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi yang dikenal pasti untuk meneruskan tindakan menahan kesemua lapan warga Indonesia bersama seorang lelaki warga tempatan yang disyaki menjadi tekong darat.

Kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

 

PONTIAN TAHAN 2
 
PONTIAN TAHAN 3

VESEL NELAYAN INDONESIA HANYUT, DISERAH KEPADA INDONESIA

LUMUT, 19 OGOS – Maritim Negeri Perak telah menyerahkan empat nelayan warga Indonesia kepada wakil konsulat negara itu semalam selepas vesel yang dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin pada jarak 37 batu nautika barat laut Pulau Jarak pada sekitar jam 10.30 pagi, Khamis yang lalu.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, penyerahan empat nelayan terbabit iaitu Alang, 19, Rinaldifahmi, 17, Muhammad Fafli, 17 dan Herpandi, 17 yang berasal dari Medan, Indonesia dilakukan di hadapan wakil konsulat negara itu iaitu Minister Counselor / Koordinator Fungsi Konsulat, Bapak Yoshi Iskanda di Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak pada sekitar jam 12.00 tengah hari semalam.

Terdahulu Mohamad Shukri memaklumkan vesel berkenaan telah dikesan oleh kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL yang diketuai oleh Leftenan Komander Mohamad Fauzi bin Jamal yang sedang melaksanakan rondaan di kawasan perairan itu.

Pusat Operasi Maritim Negeri Perak kemudiannya telah menerima maklumat daripada Markas Pemerintahan Armada Barat, TLDM Lumut dan telah mengatur gerak aset KM MALAWALI yang diketuai oleh Leftenan Maritim Raja Muzaffar bin Raja Isa ke lokasi pertemuan bersama kapal TLDM pada jarak 33 batu nautika barat laut Pulau Pangkor, Perak bagi mengambil kesemua mangsa beserta vesel nelayan asing Indonesia tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Kesemua mangsa akan menaiki vesel mereka sendiri setelah kerosakan enjin berjaya dibaiki dengan bantuan staf Maritim Negeri Perak dan diiring KM MALAWALI sehingga ke sempadan perairan negara bagi memastikan keselamatan vesel dan kesemua kru selamat keluar dari perairan negara.

Penyerahan kesemua nelayan warga Indonesia ini mencerminkan hubungan baik yang sedia terjalin di antara Malaysia dan Indonesia dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan kedua-dua negara terjamin.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia melalui Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau talian kecemasan NG 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2024 08 19 at 9.29.07 AM
 
WhatsApp Image 2024 08 19 at 9.29.08 AM
 
WhatsApp Image 2024 08 19 at 9.29.08 AM 1
 
WhatsApp Image 2024 08 19 at 9.29.08 AM 2

ZON MARITIM MERSING LAKSANA OPERASI BERSAMA JABATAN PERIKANAN MALAYSIA

MERSING, 18 OGOS – Satu operasi bersepadu di antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Mersing dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Mersing telah dilaksanakan di sekitar perairan Mersing pada jam 8.00 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, operasi seperti ini dilakukan dalam rutin penguatkuasaan sebagai jalinan usaha sama dalam menangani tanggungjawab penguatkuasaan di laut.

Jelas beliau, permeriksaan menyeluruh telah dilakukan oleh dua anggota Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Mersing serta beberapa anggota Maritim Malaysia.

OP MARDOF dilaksanakan adalah sebagai inisiatif kerjasama strategik di antara Maritim Malaysia dengan DOF dalam memperkasakan penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan siasatan terutamanya berkaitan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Kedua-dua agensi ini turut menggesa kepada pihak yang terlibat dalam industri perikanan untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan demi kebaikan bersama dan masa depan industri perikanan Malaysia.

 

MERSING AADK 2
 
MERSING AADK 4
 
MERSING AADK 5
 
MERSING AADK 6

GAGAL KEMUKA DOKUMEN PENGENALAN DIRI DAN PERMIT KERJA YANG SAH, 3 KRU WARGA ASING VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN

PASIR PUTEH, 19 OGOS – Maritim Negeri Kelantan telah menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) pada kedudukan lebih kurang 40 batu nautika dari muara Tok Bali petang Sabtu lalu.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, tangkapan dilakukan oleh sebuah bot peronda milik agensi ini yang sedang melaksanakan rondaan di sempadan perairan Malaysia-Vietnam dalam Op NAGA BARAT dan Op DAMAI dan Op TIRIS.

Vesel dikesan ketika sedang menangkap ikan di posisi tersebut lebih kurang pukul 4.30 petang sebelum ditahan dan diperiksa kira-kira 10 minit kemudian

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat enam orang kru termasuk tekong kesemuanya disyaki warga negara Thailand berumur di antara 33 hingga 55 tahun bekerja di vesel tersebut yang mana tiga daripada kru vesel tersebut juga didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri dan permit bekerja yang sah ketika diminta.

Vesel bersama kru kemudiannya diiringi ke jeti Maritim Negeri Kelantan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta Akta Imigresen 1959/63 kerana kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan permit bekerja yang sah.

 

PASIR PUTEH VESEL 3
 
PASIR PUTEH VESEL 2

BOT TUNDA DAN TONGKANG DITAHAN, DISYAKI MELAKUKAN PELBAGAI KESALAHAN

BINTULU, 18 OGOS – Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot tunda bersama tongkang di kedudukan 1.7 batu nautika barat laut Kuala Kemena Bintulu kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan pada sekitar jam 10.40 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah berkata, bot ronda Maritim Malaysia ketika dalam OP PERMAI 01/2019 dan OP TIRIS 3.0 telah melakukan pemeriksaan terhadap bot tunda dan tongkang yang sedang berapung dan merapat antara satu sama lain.

Hasil pemeriksaan mendapati, bot tunda itu dikendalikan oleh tiga kru warga tempatan dan satu kru warga Myammar dalam lingkungan umur 20 hingga 36 tahun manakala tongkang terbabit telah dikendalikan oleh satu kru warga tempatan berumur 52 tahun.

Bot tunda dan tongkang berserta kru ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana tidak memaklumkan secara bertulis kepada Pendaftar Kapal berhubung pertukaran nama nakhoda dan beroperasi tanpa memiliki Lesen Perkapalan Domestic (DSL) yang sah serta di bawah Akta Kastam 1967 kerana tidak mendapat kebenaran untuk berlabuh di sisi kapal laut dalam kawasan pelabuhan.

Kesemua aset bersama kru ditahan seterusnya dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia sentiasa mengingatkan kesemua komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.

Sebarang maklumat dan aduan mengenai aktiviti yang mencurigakan serta insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan NG999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254) / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) untuk maklum balas segera.

 

BINTULU VESEL
 
BINTULU VESEL 2
 
BINTULU VESEL 4

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC