16
Jum, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

SEBUAH VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, LANGGAR SYARAT LESEN

TANJUNG MANIS, 31 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Tanjung Manis dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C atas kesalahan melanggar syarat lesen dalam satu operasi bersama iaitu OP MARDOF, pada pukul 8.05 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak anak Numpang berkata, vesel nelayan itu dikesan dan ditahan ketika melakukan kesalahan menangkap ikan di kedudukan 3.7 batu nautika dari Tanjung Pasir Mas.

Hasil pemeriksaan mendapati, vesel terbabit dikendalikan oleh seorang tekong bersama lima kru yang kesemuanya warga tempatan dalam lingkungan umur 17 hingga 50 tahun.

Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.

Tekong dan kru bersama vesel ditahan, manakala hasil tangkapan ikan campur yang dianggarkan seberat 4,500 kilogram dirampas dan diserahkan kepada pegawai siasatan untuk tindakan lanjut.

Operasi MARDOF kali ini disertai oleh lima pegawai dan anggota Zon Maritim Tanjung Manis dan empat anggota Jabatan Perikanan Malaysia.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis melalui talian 011-35728765 atau NG 999 untuk maklum balas segera.

 

TG MANIS LESEN 2

ZON MARITIM LAHAD DATU GAGALKAN CUBAAN CURI 20 BATANG KAYU BERUTI

LAHAD DATU, 27 OKTOBER – Cubaan  sebuah bot pam membawa 20 batang kayu beruti yang dicuri di Perairan Kunak gagal apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu sekitar pukul 5.20 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali berkata, bot ronda Maritim Malaysia yang sedang manjalankan rondaan OP PLUTO TIMUR 2/2013 telah mengesan sebuah bot pam berwarna merah, tiada nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan di kedudukan lebih kurang 0.7 batu nautika Timur Laut Bandar Kunak.

Hasil pemeriksaan awal, pasukan Maritim Malaysia menemui 20 batang kayu beruti yang diikat disisi bot yang dikendalikan tiga warga Filipina berumur lingkungan 35 hingga 45 tahun.

Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, bot pam itu melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 kerana kesemua suspek tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan melakukan kesalahan di bawah Akta Kanun Keseksaan kerana memiliki kayu beruti disyaki dicuri.

Hasil soal siasat, difahamkan 20 batang kayu berkenaan dicuri dari kilang dan akan dijual di pasaran tempatan.

Bot pam beserta kayu beruti yang dianggarkan bernilai lebih RM5 ribu ditahan dan diiring ke Jeti Zon Maritim Lahad Datu dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim untuk tindakan lanjut.

Berikutan kes tangkapan tersebut, Zon Maritim Lahad Datu akan meningkatkan rondaan dan pemeriksaan ke atas bot-bot yang berada di perairan ini khususnya yang melakukan aktiviti mencurigakan.

Dzulfikhar turut menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang dan akan mengambil tindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukannya.

Sebarang aduan dan makluman mengenai kegiatan jenayah serta insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim, Zon Maritim Lahad Datu melalui aplikasi Whatsapp 016-9305727 atau hubungi talian kecemasan 999 untuk maklumbalas segera.

 

LAHAD DATU BERUTI11

 

 

33 KAPAL DIPERIKSA DALAM OP AMBAL DI PERAIRAN SARAWAK

KUCHING, 26 OKTOBER – Maritim Negeri Sarawak bersama Jabatan Laut Wilayah Sarawak (JLWS) telah bekerjasama melaksanakan satu operasi bersama dalam OP AMBAL KUCHING -TG MANIS Bil1/2024 bermula pada 23 sehingga 24 Oktober lalu.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Maritim Simon Templer Lo Anak Tusa berkata, tujuan operasi ini dijalankan ialah bagi meningkatkan keselamatan, penguatkuasaan undang-undang serta membanteras jenayah maritim perairan Sarawak.

Jelas beliau, pada operasi berkenaan, sebanyak 33 kapal telah diperiksa dan beberapa tindakan penguatkuasaan telah diambil ke atas pihak yang didapati melanggar undang-undang maritim.

Simon turut memaklumkan, dalam operasi tersebut, seramai 44 anggota Maritim Malaysia dan 12 anggota JLWS telah digerakkan bersama enam aset Maritim Malaysia dan sebuah aset JLWS ke perairan negara merangkumi perairan Muara Tebas, Tanjung PO, Muara Payang dan kawasan sekitarnya.

Tambah Simon, aset-aset ini memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi, terutamanya dalam aspek pemantauan, pemeriksaan, dan tindakan penguatkuasaan terhadap kapal-kapal yang berada di perairan Sarawak.

Antara kesalahan yang dikesan dalam operasi ini adalah di bawah Seksyen 18(5) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana cuai mengekalkan tanda nama kapal serta nama kapal yang mengelirukan dan beberapa lagi kesalahan lain.

Dalam pada itu, beliau turut memuji kejayaan dalam operasi kali ini serta penambahan aset strategik seperti Bot KILAT 22, KILAT 35, PENGGALANG 22, PENYELAMAT 8, PETIR 82, PERKASA 25, dan TG SELALANG milik Jabatan Laut Wilayah Sarawak telah menjadi penyumbang kepada kejayaan operasi kali ini.

Pada hari terakhir operasi, satu majlis penutup telah diadakan dengan penyampaian cenderahati telah disampaikan kepada anggota pasukan sahabat yang terlibat pada operasi tersebut .

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan NG999 untuk maklum balas segera.

 

AMBAL SWK 2
 
AMBAL SWK 3
 
AMBAL SWK 4
 
AMBAL SWK 8

ALASAN TAKUT LAUT, 7 NELAYAN BAWA BEKAL DADAH DITAHAN

BESUT, 26 OKTOBER - Tujuh nelayan ditahan Maritim Malaysia Negeri Terengganu selepas didapati positif dadah dalam satu serbuan yang dilakukan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Besut, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata tujuh nelayan membabitkan dua warganegara tempatan dan lima warga asing berusia lingkungan 35 ke 48 tahun itu ditahan melalui satu Operasi Khas bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Serbuan membabitkan dua elemen iaitu elemen darat dan elemen laut dengan kekuatan seramai 37 anggota serta 2 aset laut telah dilakukan di sekitar kawasan jeti serta bot-bot nelayan yang berlabuh di jeti tersebut bermula pukul 12.30 tengah malam tadi.

Ujian saringan air kencing dilaksanakan terhadap 23 nelayan dan 7 daripadanya didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Kesemua mereka ditahan dan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983.

Dua nelayan tempatan yang ditahan diserahkan kepada pihak AADK untuk siasatan lanjut. Manakala nelayan asing yang positif diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

“Kebanyakan mereka menggunakan alasan mengambil dadah bagi menghilangkan rasa tekanan ketika berada di tengah laut dan juga membantu memberikan tenaga apabila bekerja,”

“Kemungkinan ada pembekal atau pusher yang menyasarkan golongan nelayan sebagai pelanggan utama mereka, oleh itu operasi berterusan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi mengekang isu penyalahgunaan dadah di kalangan nelayan ini,” ujarnya lagi.

Operasi berakhir pada pukul 4.00 pagi.

 

DADAH TRG 2
 
DADAH TRG 3
 
DADAH TRG 4

KHAYAL DI LAUT, 8 KRU VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN POSITIF DADAH

MERSING, 24 OKTOBER – Lapan orang kru bot nelayan tempatan ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing kerana disyaki positif dadah ketika menjalankan OP JAKSA dan OP TIRIS di perairan Mersing lebih kurang pukul 3.00 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, kesemua suspek ditahan selepas menjalani ujian saringan air kencing dan mendapati mereka disyaki positif dadah jenis Methamphetamine, Amphetamine serta Morfin.

Jelas beliau, lapan individu terbabit berusia lingkungan 37 hingga 55 tahun adalah kru dari tiga buah vesel nelayan tempatan yang terdiri daripada seorang warga Indonesia dan tujuh warga tempatan.

Kesemua mereka dibawa ke Zon Maritim Mersing untuk tindakan siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suhaizan menegaskan, operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Beliau juga menyeru kepada masyarakat terutama komuniti maritim untuk memberikan kerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti jenayah dan salah laku yang berlaku di perairan negara ke talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199404.

 

NELAYAN POSITIF 2
 
NELAYAN POSITIF 3
 
NELAYAN POSITIF 4
 
NELAYAN POSITIF 5

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC