17
Sab, Okt

Grid List

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN

MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL

BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN

REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000

LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN

VESEL PUKAT TUNDA KELAS C DITAHAN, LANGGAR SYARAT LESEN

KUANTAN, 9 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang berjaya menahan sebuah vesel pukat tunda Kelas C kerana disyaki melanggar syarat sah lesen penangkapan ikan di perairan negeri ini kira-kira pukul 10.15 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, pihaknya sedang menjalankan rondaan penguatkuasaan OP MAKMUR telah mengesan sebuah vesel nelayan sedang menjalankan aktiviti perikanan menggunakan pukat tunda di kawasan yang tidak dibenarkan lebih kurang 10.1 batu nautika barat Pulau Tioman.

Hasil daripada pemeriksaan awal dan penggeledahan tersebut, didapati vesel tersebut dikendalikan oleh empat orang kru warga Indonesia berumur dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun.

Berikutan itu, kes akan disiasat dibawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen vesel iaitu menangkap ikan di kawasan kurang dari 12 batu nautika dari pantai atau pulau dan Akta Imigresen 1959/63 kerana memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan.

Tiada hasil laut ditemukan di atas vesel dan kesemua kru yang ditahan bersama vesel serta hasil rampasan peralatan menangkap ikan dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan terutamanya aktiviti pencerobohan vesel pukat tunda di kawasan zon nelayan kecil adalah satu kesalahan yang akan diambil tindakan dan tidak bertanggungjawab.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian kecemasan 999.

 

WhatsApp Image 2024 10 09 at 1.15.00 PM
 
WhatsApp Image 2024 10 09 at 1.15.00 PM 1

MARITIM NEGERI SARAWAK TAHAN 2 VESEL NELAYAN ASING, PERKUKUH KOORDINASI SAREX MENAUL LEVEL 2

MIRI, 9 OKTOBER – Zon Maritim Miri menahan dua vesel nelayan asing (VNA) Vietnam dalam operasi di perairan Sarawak pada Sabtu lalu.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Kamal Arrifin bin Jusoh memaklumkan, kedua-dua bot terbabit ditahan aset Maritim Malaysia selepas mendapati kedua-dua bot terbabit bergerak dalam keadaan mencurigakan ketika rondaan dijalankan sempena OP KHAS RAJA LAUT, OP PERMAI, OP KHAS NAGA TIMUR, dan OP TIRIS di kedudukan sekitar 132 batu nautika dari barat laut Tanjung Baram.

Kedua-dua bot cuba melarikan diri namun tindakan pantas Maritim Malaysia berjaya menghalang mereka melalui 'force boarding' dengan kedua-dua bot ditahan pada jam 11.35 dan 11.55 pagi.

Pemeriksaan lanjut mendapati 10 kru yang ditahan termasuk tekong, adalah warga Vietnam berumur 30 hingga 66 tahun didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua kru disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, di mana tekong boleh didenda hingga RM1 juta, manakala kru pula boleh dikenakan denda RM100 ribu atau penjara maksimum dua tahun.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan sempena Search and Rescue Excersice (SAREX) Level 2 di sini petang semalam.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah Malis Keselamatan Negara Negeri Sarawak, Encik Mohammad Haffizie bin Putit, Residen Bahagian Miri, Tuan Haji Jamali bin Haji Busri, Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Annuar bin Saad, Pengarah Zon Maritim Bintulu Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine bin Abdullah, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa, Pengarah Bomba Zon 6 Miri, PGKB I Ismadi bin Haji Ismail, Ketua Wilayah III Perikanan, Encik Muhammad Sani bin Suliansa serta Timbalan Pengarah Unit SAR CAAM, Encik Vannan a/l Ketena Samy

Sementara itu, Kamal turut memaklumkan Maritim Negeri Sarawak telah menganjurkan 'Search and Rescue Exercise (SAREX) Menaul Level 2 – Table Top' pada 7 dan 8 Oktober.

Latihan ini telah melibatkan kerjasama 25 agensi keselamatan, jabatan swasta, dan persatuan dengan penyertaan 160 peserta.

Beliau turut memaklumkan eksesais ini bertujuan memperkukuh koordinasi antara agensi dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di laut, dengan senario latihan melibatkan pesawat komersial yang hilang di perairan Miri.

Eksesais SAREX ini juga merupakan persediaan menghadapi Fasa Peralihan Monsun yang berpotensi menyebabkan cuaca buruk yang memberikan risiko berlakunya insiden di laut.

 

WhatsApp Image 2024 10 09 at 9.05.02 AM 1
 
WhatsApp Image 2024 10 09 at 9.05.00 AM 1
 
WhatsApp Image 2024 10 09 at 9.03.45 AM 1
 
WhatsApp Image 2024 10 09 at 9.03.36 AM 1

BOT PANCING DITAHAN BEROPERASI TANPA LESEN

KUCHING, 6 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak menahan sebuah bot pancing pada pukul 4.14 petang pada Jumaat lalu.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Kamal Ariffin bin Jusoh berkata semasa bot ronda Maritim Malaysia melakukan rondaan OP PERMAI dan OP TIRIS di sekitar perairan Kuching, Sarawak telah menahan sebuah bot pancing di kedudukan 1.5 batu nautika Timur Laut Pulau Talang Talang Besar.

Hasil pemeriksaan mendapati 10 pemancing termasuk tekong warga tempatan berada di atas bot itu telah disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu beroperasi tanpa lesen bot yang sah serta sijil penguntukan radas yang telah tamat tempoh.

Vesel yang ditahan dibawa ke Jeti KOMTAS sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Negeri Sarawak untuk tindakan lanjut.

Maritim Negeri Sarawak tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara khususnya di Perairan Sarawak.

Jika terdapat sebarang aduan atau kecemasan di laut, orang ramai diminta untuk memberi kerjasama dengan memberi maklumat awam yang lengkap kepada pihak Maritim Malaysia melalui talian 24 Jam iaitu 999 atau terus hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544.

 

BOT PANCING TANPA LESEN

OP KHAS JALMAR SELANGOR ERATKAN HUBUNGAN DUA AGENSI

PELABUHAN KLANG, 7 OKTOBER – Maritim Negeri Selangor bersama Jabatan Laut Wilayah Tengah (JLWT) telah menggembleng tenaga menjayakan OP KHAS JALMAR SELANGOR BIL 1/2024 bermula 4 hingga 6 Oktober lalu di sekitar perairan Pelabuhan Klang dan Kuala Selangor.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, Operasi Khas ini memfokuskan kepada semua bot-bot penumpang dalam memberikan kesedaran berkaitan isu-isu keselamatan di laut serta kepentingan peralatan di atas bot selain turut memastikan pengusaha dan nahkoda mematuhi syarat-syarat di dalam lesen yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia.

Tambah beliau, operasi ini merupakan kejayaan bagi kedua-dua pihak dalam usaha mengurangkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan bot penumpang di samping menitikberatkan keselamatan di laut agar insiden tidak diingini berlaku.

Operasi ini melibatkan 48 anggota daripada Maritim Negeri Selangor serta 21 anggota JLWT.

Dalam operasi ini, tiga fasa telah diselaraskan merangkumi fasa pertama iaitu sesi pengkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah dari Jabatan Laut Wilayah Tengah berkaitan kesalahan-kesalahan lazim di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan diakhiri dengan taklimat Operasi Khas JALMAR Selangor bil 1/2024.

Fasa kedua melibatkan pengoperasian di laut yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu dengan mengunakan bot MARITIM PERKASA 35 dan Bot SYAHBANDAR 1 (JLWT) dan dua kumpulan di darat turut diwujudkan supaya bot-bot penumpang yang berada di jeti diperiksa.

Manakala Fasa ketiga adalah Majlis Perasmian Penutup yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor pada sebelah petang yang dihadiri oleh Pengarah Maritim Negeri Selangor dan Ketua Operasi Jabatan Laut Wilayah Tengah, Tuan Lim Fung Vui yang mewakili Pengarah Jabatan Laut Wilayah Tengah.

Kawasan pemeriksaan bagi operasi kali ini meliputi Perairan Pelabuhan Klang, Jeti Southport Terminal dan Jeti Pulau Ketam.

Manakala bagi Perairan Kuala Selangor, melibatkan kawasan tumpuan pelancongan Sky Mirror, NYC Tour Sky Mirror and Sky Mirror Fun Life, Sky Mirror World and Boat Cafe serta Sky Mirror Kuala Selangor (Official Jetty).

Hasil daripada operasi yang dilaksanakan merekodkan satu tangkapan dan 44 pemeriksaan telah dilakukan dalam dua hari pelaksanaan operasi.

Dalam ucapan penutup, Muhaimin menzahirkan harapan agar hubungan kerjasama di antara kedua-dua perkhidmatan dapat dipertingkatkan demi memelihara keamanan dan kesejahteraan di perairan Selangor.

Maritim Negeri Selangor merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada komuniti maritim khususnya di Selangor yang sebahagian besarnya mematuhi peraturan yang ditetapkan dan kesedaran pentingnya keselamatan apabila berada di laut dan bersama menjalankan tanggungjawab membuat laporan atau aduan mengenai sebarang kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut kepada Maritim Malaysia.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-6606652 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

JALMAR SEL 2
 
JALMAR SEL 3
 
JALMAR SEL 5
 
JALMAR SEL 8

BOT KARGO MELAKUKAN KESALAHAN DI BAWAH ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR DITAHAN

PELABUHAN KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah menahan sebuah bot kargo di kedudukan kira-kira 0.1 batu nautika timur Pulau Klang pada pukul 10.30 pagi semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, penahanan itu adalah hasil daripada OPS KHAS JAMLAR yang telah dijalankan bersama Jabatan Laut Wilayah Tengah (JLWT) yang bermula semalam dan berakhir pada hari ini.

Penahanan telah di buat oleh Bot PERKASA 35, pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan oleh seorang kru warganegara tempatan berumur 62 tahun.

Pemeriksaan ke atas dokumen mendapati lesen bot tersebut telah tamat tempoh dan juga tiada insurans serta nama nahkoda tiada dalam lesen bot.

Bot dan kru di bawah ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor dan kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana lesen bot tamat tempoh, bot tidak memiliki insuran dan juga nama nahkoda tiada dalam lesen bot.

Maritim Malaysia sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya perairan Negeri Selangor sentiasa terpelihara.

Jika terdapat aduan dan maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

 

BOT KARGO SEL

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026

LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.

Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.

Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.

Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.

Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC