TANJUNG MANIS, 28 Januari – Sebuah bot nelayan tempatan Kelas A ditahan ketika bot berkenaan menjalankan aktiviti penangkapan ikan menggunakan pukat tunda di Zon A sekitar pesisir pantai Kampung Alit, Kabong pada jam lebih kurang 12.56 tengahari semalam.
Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mohd Ariz bin Md Kassim berkata, aktiviti nelayan itu dikesan oleh aset Maritim Malaysia sekitar jam 12.30 tengah hari semasa melakukan rondaan OP PERMAI di perairan Kabong.
Sebelum ini, Maritim Malaysia Tg Manis telah mengingatkan komuniti nelayan agar tidak melanggar dan menyalahi syarat sah lesen bagi bot Kelas A dengan melakukan aktiviti penangkapan ikan dengan menggunakan pukat tunda dalam zon yang tidak dibenarkan.
Dua nelayan warga tempatan berumur 25 tahun dan 52 tahun itu ditahan berserta bot dan ikan campur, seterusnya diiring ke Jeti Penumpang Tanjung Manis untuk siasatan lanjut.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 8(b), Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dengan menangkap ikan menggunakan pukat tunda.
Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim dan nelayan agar sentiasa mematuhi syarat sah lesen bot serta mengutamakan keselamatan mereka apabila mengadakan sebarang aktiviti di laut dengan setiasa memakai jaket keselamatan.
Orang ramai disarankan untuk menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis jika berlaku kecemasan atau kejadian mencurigakan menerusi talian 084-613292 (Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis)/Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.














.svg.png)

