Batu Pahat, 10 Januari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat berjaya merampas dadah disyaki jenis syabu seberat lebih kurang 8 kilogram di perairan Sungai Sarang Buaya pada awal pagi semalam.Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohamad bin Othman dalam kenyataannya berkata, rampasan dibuat ketika anggota Penguat Kuasa Maritim Malaysia sedang melaksanakan rondaan Op Jaksa di sepanjang perairan Batu Pahat sehingga ke Muar dan telah mengesan sesuatu objek yang mencurigakan berada pada boya Permatang Kuala yang terletak di kedudukan lebih kurang 5 batu nautika selatan Sungai Buaya.Sebaik anggota Penguat Kuasa menghampiri boya tersebut, kelihatan satu tong minyak terapung dengan berisi bungkusan yang dibaluti plastik berwarna hitam.Pemeriksaan lanjut mendapati, terdapat lapan paket bungkusan teh Cina berisi serbuk kristal dipercayai dadah jenis syabu dalam setiap plastik hitam tersebut yang dianggarkan seberat satu kilogram setiap satu.Kesemua lapan bungkusan teh Cina yang mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu seberat lebih kurang lapan kilogram itu seterusnya dirampas dan dibawa ke pejabat Zon Maritim Batu Pahat untuk tindakan dan siasatan lanjut. Anggaran nilai bagi keseluruhan rampasan itu adalah lebih kurang RM440 ribu.Penemuan ini membuktikan bahawa masih terdapat penjenayah yang cuba mengaburi mata pihak Penguat Kuasa dengan mempelbagaikan taktik menyeludup terutamanya dadah di perairan Zon Maritim Malaysia dan cuba menguji kewibawaan anggota Penguat Kuasa dalam melaksanakan tugas di laut.Maritim Malaysia memandang serius terhadap operasi penguatkuasaan di laut dan akan mengambil tindakan tegas kepada setiap penjenayah yang melakukan aktiviti jenayah di sepanjang Zon Maritim Malaysia.Masyarakat terutamanya komuniti maritim diseru untuk bersama-sama berganding bahu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dalam memerangi jenayah maritim dan penyeludupan dadah.Jika terdapat sebarang aduan mengenai jenayah maritim di perairan Johor Barat, sila hubungi Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian hotline 07-434 4020 yang beroperasi secara 24 jam.
DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C LANGGAR SYARAT LESEN, KRU ASING TANPA DOKUMEN DITAHAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VNT, LIMA KRU WARGA MYANMAR DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN IMIGRESEN
MARITIM MALAYSIA PANTAS BANTU PEMINDAHAN PERUBATAN PESAKIT DARI PULAU PERHENTIAN KECIL
BOT FIBER TANPA PENDAFTARAN, TIGA WARGA MYANMAR DITAHAN
REMAJA LELAKI DITEMUI LEMAS DI PANTAI SEPAT, OPERASI CARILAMAT DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN 65 KG GANJA DI PERLIS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN PENYELUDUPAN MINUMAN BERALKOHOL, RAMPASAN BERNILAI RM270,000
LATIHAN PENEMBAKAN TINGKATKAN KECEKAPAN KRU KM PERINGGI DAN KM LIBARAN
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KESIAPSIAGAAN MASYARAKAT SEMPENA BKN 2026
LUMUT, 12 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menyertai Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2026 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman bencana dan kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Oktober di Dewan Pameran, Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak Darul Ridzuan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasakan budaya kesiapsiagaan serta daya tahan masyarakat terhadap bencana.
Penyertaan Maritim Negeri Perak menerusi pameran agensi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti maritim.
Pameran tersebut turut mengetengahkan aspek penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan maritim, operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan menghadapi insiden di laut, selain memberikan pendedahan mengenai keupayaan Maritim Malaysia dalam melaksanakan tindakan pantas ketika berhadapan situasi kecemasan.
Penglibatan Maritim Malaysia dalam program ini juga menjadi platform interaksi bersama masyarakat bagi meningkatkan kefahaman bahawa kesiapsiagaan menghadapi bencana bukan hanya menjadi tanggungjawab agensi penyelamat, sebaliknya memerlukan kesedaran, pengetahuan dan kerjasama seluruh masyarakat.
Kerjasama berterusan bersama NADMA serta agensi kerajaan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan tindakan pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu, pantas dan berkesan.

















.svg.png)

