NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
BANTUAN KECEMASAN MANGSA STROK DI LAUT
SIARAN MEDIA
MEDIVAC: BANTUAN KECEMASAN MANGSA STROK DI LAUT
KEMAMAN, 26 Januari - Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan telah mengkoordinasikan MEDIVAC atau khidmat bantuan kepada seorang kru kapal MV BERKAT TENANG yang menggalami strok ketika kapal tersebut bersauh.
MARITIM SELANGOR TAHAN KAPAL TUNDA, BERLABUH TUNGGU TANPA KEBENARAN
SIARAN MEDIA
MARITIM NEGERI SELANGOR TAHAN KAPAL TUNDA, BERLABUH TUNGGU TANPA KEBENARAN
PELABUHAN KLANG, 4 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah menahan sebuah kapal tunda yang berlabuh tunggu tanpa kebenaran
KM SATRIA TAHAN BOT VIETNAM KLON NOMBOR PENDAFTARAN BOT TEMPATAN
SIARAN MEDIA
KM SATRIA TAHAN BOT VIETNAM KLON NOMBOR PENDAFTARAN BOT TEMPATAN
KUANTAN, 7 Mac - Sebuah bot nelayan asing Vietnam yang menggunakan nombor pendataran tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang di kedudukan lebih kurang 40 batu nautika di perairan Pahang, awal pagi semalam.
TIGA PENUMPANG BOT DI KOMPAUN TIDAK MEMATUHI SOP YANG DITETAPKAN
SIARAN MEDIA
TIGA PENUMPANG BOT DI KOMPAUN TIDAK MEMATUHI SOP YANG DITETAPKAN
KEMAMAN, 04 Feb – Maritim Malaysia Zon Maritim Kemaman telah melaksanakan Op Iman dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sekitar perairan Kuala Kemaman, pagi semalam.
MARITIM NEGERI TERENGGANU SELAMATKAN BOT NELAYAN TEMPATAN ROSAK BERHAMPIRAN PELANTAR MINYAK TAPIS R, TERENGGANU
SIARAN MEDIA
MARITIM NEGERI TERENGGANU SELAMATKAN BOT NELAYAN TEMPATAN ROSAK BERHAMPIRAN PELANTAR MINYAK TAPIS R, TERENGGANU
Kuala Terengganu, 2 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu menyelamatkan sebuah bot tempatan yang mengalami kerosakan 'propeller' kira-kira 0.5 batu nautika dari pelantar minyak Tapis R, Terengganu semalam.
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.