23
Kha, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

MARITIM MALAYSIA TAHAN KAPAL TANKER BERLABUH TANPA KEBENARAN

SIARAN MEDIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN KAPAL TANKER BERLABUH TANPA

KEBENARAN

PELABUHAN KLANG, 20 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

(Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan sebuah kapal tanker kerana berlabuh

tanpa kebenaran di kedudukan kira-kira 28 batu nautika barat daya Kuala Selangor

petang semalam.

Sila klik disini untuk ke artikel penuh

MARITIM MALAYSIA PATAHKAN CUBAAN SELUDUP DADAH BERNILAI RM3.33 JUTA

SIARAN MEDIA

MARITIM MALAYSIA PATAHKAN CUBAAN SELUDUP DADAH BERNILAI RM3.33 JUTA

PELABUHAN KLANG, 31 MEI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah disyaki jenis syabu seberat 31 kilogram dan ektasi seberat 25 kilogram di perairan Pulau Ketam, sekitar jam 11.00 malam tadi.

Sila klik disini untuk ke artikel penuh

OP EHSAN: EMPAT BOT, SEMBILAN KRU BERSAMA 80 BUBU NAGA DI TAHAN MARITIM NEGERI SELANGOR

SIARAN MEDIA

OP EHSAN: EMPAT BOT, SEMBILAN KRU BERSAMA 80 BUBU NAGA DI TAHAN MARITIM NEGERI SELANGOR

SELANGOR, 22 April Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah

menahan empat bot, sembilan kru dan merampas 80 set bubu kambang atau bubu naga (China prawn net

trap) kira-kira 1.0 batu nautika barat daya Sungai Tengkorak, Tanjung Karang awal pagi semalam.

Sila klik disini untuk ke artikel penuh

26 PATI INDONESIA CUBA SELINAP MASUK SECARA HARAM DITAHAN

SIARAN MEDIA

26 PATI INDONESIA CUBA SELINAP MASUK SECARA HARAM DITAHAN

PELABUHAN KLANG, 25 MEI – Agensi Penguatkasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor telah menahan 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang menyelinap masuk secara haram melalui persisiran pantai sungai Janggut, Kapar ,Selangor pagi tadi.

Sila klik disini untuk ke artikel penuh

CUBAAN SELUDUP SATU KILOGRAM SYABU GAGAL

SIARAN MEDIA

CUBAAN SELUDUP SATU KILOGRAM SYABU GAGAL

PELABUHAN  KLANG,  7  APRIL  -  Agensi  Penguatkuasaan  Maritim  Malaysia 
Malaysia  (Maritim  Malaysia)  Negeri  Selangor  berjaya  menumpaskan  cubaan 

Sila klik disini untuk ke artikel penuh

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC