NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM NEGERI SARAWAK ANJUR LATIHAN MENYELAMAT KECEMASAN DAN RAWATAN KECEMASAN BERSAMA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM (APM)
KUCHING, 8 Ogos – Maritim Negeri Sarawak di bawah Maritime Rescue Sub- Centre (MRSC Kuching) telah menganjurkan latihan menyelamat kecemasan dan rawatan kecemasan dengan kerjasama pihak Angkatan Pertahanan Awam yang bertempat di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS), Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak 4 Ogos lalu.
Latihan dihadiri seramai 41 orang pegawai dan anggota dari pelbagai unit. Dalam latihan tersebut, peserta diberi penerangan tentang tindakan pantas yang boleh di ambil untuk membantu mangsa dalam kecemasan selain teknik-teknik menyelamat yang betul mengikut keadaan sekeliling.
Di akhir latihan itu, anggota dapat menguasai lagi kemahiran penyelamat dan rawatan kecemasan supaya tindakan yang pantas,mudah dan cekap dapat diambil bagi membantu mangsa dalam kecemasan.
Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) cawangan Kuching atas kerjasama yang diberikan sepanjang latihan tersebut berlangsung.
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.