DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH MARITIM NEGERI SELANGOR DAN SAMBUTAN HARI RAYA
KLANG, 18 Mei - Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Negeri Selangor telah diadakan di Pejabat Maritim Selangor dengan disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Logistik )Maritim Malaysia , Laksmana Madya (M) Datuk Siaful Lizan bin Ibrahim pada pagi ini.
Majlis yang turut dihadiri pegawai-pegawai kanan , ketua -ketua bot di bilik Auditorium telah menyaksikan pertukaran tugas Pengarah Maritim Negeri Selangor diantara Kepten (M) Mohammad Rosli bin Kassim dengan Kepten (M) Siva Kumar A/L Vengadasalam. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada Mantan Pengarah Maritim Negeri Selangor oleh setiap Seksyen dan jamuan hari raya turut diadakan sejurus tamat Majlis tersebut.
MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026
KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.
Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.
Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.
Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.
Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.