12
Kha, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH ZON MARITIM BINTULU

BINTULU, 18 Januari - Majlis Penyerahan dan Akuan Terima Nota Serah Tugas Pengarah Zon Maritim Bintulu daripada Komander Maritim Effendy bin Mohamed Fadil kepada Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad telah berlangsung pagi tadi dengan disaksikan Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus.

WhatsApp Image 2022 01 18 at 12.06.19 5

Majlis itu telah diadakan secara ringkas di Bilik Taklimat Zon Maritim Bintulu dengan kehadiran semua pegawai, pegawai lain-lain pangkat dan staf guna sama dengan pematuhan SOP mengekang pemularan wabak COVID-19.

 

WhatsApp Image 2022 01 18 at 12.06.19 1

Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad dilantik sebagai Pengarah Zon Maritim Bintulu berkuatkuasa pada 4 Januari 2022 bagi mengisi kekosongan jawatan Pengarah Zon Maritim Bintulu yang ditelah dipangku oleh Komander Maritim Effendy bin Mohamed Fadil dari 10 Jun 2020 sehingga 3 Januari 2022.

WhatsApp Image 2022 01 18 at 12.06.19 3

Beliau sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya sebagai Ketua Cawangan Pengurusan Potensi, Bahagian Sumber Manusia, Ibu pejabat Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

WhatsApp Image 2022 01 18 at 12.06.19 2

Selain itu, upacara penyerahan Sijil Penghargaan Khas diatas pencapaian menyelesaikan kes berprofil tinggi dan pemakaian pangkat turut telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Sarawak ke atas penerima sijil dan Pegawai Lain-Lain Pangkat yang telah dinaikan pangkat ke pangkat Laskar Kanan Maritim, Gred T4.

 

Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat serta aduan daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254)/ Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam.

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC