02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MRSC KUANTAN ANJUR SAREX, TINGKAT PENGETAHUAN DAN KECEKAPAN PEGAWAI DAN ANGGOTA

KUANTAN, 11 November - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan telah melaksanakan satu sesi Eksesais Mencari dan Menyelamat atau Search and Rescue Exercise (SAREX) Tahap 1, semalam.

Seramai 38 pegawai dan anggota terlibat melibatkan Pusat operasi Maritim Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan serta Zon Maritim Kemaman.

Penganjuran eksesais secara langsung berupaya meningkatkan tahap pengetahuan dan kecekapan pegawai serta anggota MRSC, Pusat Operasi, Pengkalan Hadapan CARILAMAT dan asset di lapangan berkenaan CARILAMAT dalam mengendalikan alat komunikasi dan perhubungan seterusnya mengeratkan hubungan dan memupuk semangat kerjasama antara pegawai dan anggota.

Semua pegawai dan anggota yang terlibat telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang latihan berlangsung. SAREX Level 1 berjaya dilaksanakan dan ujian komunikasi berjalan dengan lancar.

1aadf658 93af 49fd 8f0f 761506822ef9   92cd0735 26bc 4d86 9a52 cfbc59d2947f 
3090787b b6a5 4e68 a7ef 78b875f983c8   592758ef e176 4d29 a020 27e3d161123f
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC