DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS
MAJLIS TAHLIL DAN MALAM DOA FRONTLINERS SEMPENA HARI KEBANGSAAN.
KOTA KINABALU, 19 Ogos - Kerajaan Negeri Sabah telah menjemput wakil para petugas hadapan ke Majlis Tahlil dan Malam Doa Frontliners Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2021.
Pegawai Memerintah KM Banggi,Komander Maritim Hasbullah bin Omar, dan Leftenan Komander Maritim Mahathir bin Mohammad Pegawai Laksana KM Banggi hadir ke majlis tersebut untuk mewakili Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan.
Majlis ini diadakan khusus bagi mendoakan kesejahteraan para petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus membantu orang awam dalam mengawal dan membasmi penularan wabak Covid - 19.
MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026
KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.
Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.
Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.
Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.
Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.