KUANTAN, 22 April - Agensi Pengurusan Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah mengadakan Seminar Pengurusan Kewangan Diri di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), semalam.
Penganjuran seminar bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua warga kerja AMSAS mengenai kepentingan menguruskan kewangan diri secara baik dan bijaksana terutamanya di kala pandemik COVID-19 melanda negara dan seluruh dunia ketika ini.
Ia juga selaras dengan hasrat pengurusan AMSAS untuk memupuk budaya warga kerja yang produktif dan bebas daripada belenggu hutang yang serius serta dapat meningkatkan integriti perkhidmatan.
Dua penceramah berpengalaman daripada AKPK telah dijemput bagi menyampaikan perkongsian seminar iaitu “Pengurusan Aliran Tunai secara Bijaksana” disampaikan oleh Puan Chong Soon Lan, manakala Encik Mohammad Gaddafi bin Hussin daripada Bank Mualamat Malaysia Berhad, berkongsi mengenai tips pengurusan kewangan norma baharu.
Pegarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali bin Mohd Said serta pegawai pengurusan AMSAS turut menyertai program ini.
![]()

















.svg.png)

