JOHOR BAHRU, 20 April - Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Zainor bin Zailan, Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Johor di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor jam 10 pagi tadi.
Kunjungan hormat ini bersempena dengan penyampaian Sijil Anugerah Khas Keselamtan Perlindungan (AKKP) Tahun 2019 kepada Maritim Negeri Johor yang telah dilakukan oleh Inspektorat Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2019. Maritim Negeri Johor telah menerima penarafan status cemerlang 5 Bintang.
Pengarah Keselamatan Negeri Johor mengucapkan tahniah diatas penarafan 5 Bintang yang diterima dan berharap kerjasama diantara Maritim Negeri Johor bersama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia akan terus terjalin di masa hadapan. Pengarah Maritim Negeri Johor turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kunjungan hormat ini dan penyampaian Sijil AKKP kepada Maritim Negeri Johor.
![]()


















.svg.png)

