KEMAMAN, 20 April - Majlis Perhimpunan Bulanan Zon Maritim Kemaman dilaksanakan pada jam 5.00 petang yang dihadiri oleh semua pegawai dan anggota Zon Maritim Kemaman serta Pegawai, Pegawai Memerintah, Ketua Bot, Ketua Seksyen dan Unit Maritim Negeri Terengganu semalam.
Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) juga turut diberikan kepada enam warga Zon Maritim Kemaman dan Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Mac 2021 telah diberikan kepada Laskar Kelas I (M) Muhammad Amirul bin Che Omar, KM GEMIA atas pencapaian cemerlang beliau.
Anugerah Pekerja Contoh bulanan dinilai berdasarkan keperibadian seseorang anggota, disiplin, komitmen terhadap kerja, panghasilan kerja yang cemerlang, penguasaan sesuatu kemahiran, kepimpinan, serta penglibatan dalam aktiviti agensi.
Bacaan Tahlil, Doa Selamat dan Tazkirah ringkas disampaikan oleh Ustaz Nik Hamzah bin Nik Hassan yang dijemput daripada Maritim Negeri Terengganu telah diadakan di Surau Zon Maritim Kemaman setelah selesai perbarisan.
Sebagai pengisian program Ihya Ramadhan, Solat berjemaah dan Solat Tarawih turut dianjurkan.
![]()
![]()
![]()
![]()

















.svg.png)

