02
Sab, Mei

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

PROGRAM MOTIVASI INTEGRITI DAN FORUM DI AMBANG RAMADHAN

 

PUTRAJAYA, 8 April – Seksyen Kerohanian dan Kebajikan, Bahagian Khidmat Pengurusan Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah mengadakan Program Motivasi Integriti Dan Forum Di Ambang Ramadhan bertempat di Auditorium aras 11, Ibu Pejabat Maritim Malaysia

Progam telah dilangsung seawal jam 9 pagi dan sebanyak empat slot pengisian ceramah iaitu oleh penceramah bebas Ustaz Syafiq Maslin, Ustazah Nazirah Abu Bakar, Datin Ustazah Naini Akmal Che Alias dan Kepten Maritim Hj Nik Kamaruddin bin Hj Yunoh. Antara objektif ceramah pada hari tersebut adalah supaya dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan kakitangan bahawa bekerja itu merupakan satu ibadah dan sudah pastinya diberi nilai yang tinggi disisi Allah, menanamkan keyakinan bahawa segala potensi diri harus diasaskan kepada ilmu, iman dan amal ke arah melahirkan individu yang kolektif dengan pembinaan spiritual, mental dan fizikal. Selain itu, ketakwaan umat islam kepada Allah SWT dengan keyakinan dan keikhlasan dalam bulan Ramadhan dapat ditingkatkan agar warga perkhidmatan Maritim Malaysia dapat  peka dan bertanggungjawab terhadap bulan kebesaran islam serta memupuk perasaan cinta terhadap bulan ramadhan.

Program yang berakhir pada jam 5 petang itu diharapkan dapat menyemarakkan dan mensyukuri kehadiran bulan suci ramadhan disamping mengeratkan ukhuwah sesama muslim dan muslimah.

1 2  2 
 3  4
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC