KUANTAN, 5 Mac - Maritim Malaysia Negeri Pahang telah mengadakan sesi latihan dan taklimat khas penggunaan Sistem Pangkalan Data Versi 2.0 (DBOPS) dengan melibatkan 29 orang pegawai serta anggota dari pelbagai Seksyen dan Unit.
Program ini dirasmikan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Amran Bin Haji Daud dan dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah dari Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM), Komander Maritim Ahmad Kamil Bin Abdul Halim @ Bakar dan Pegawai Waran ll Maritim Roslimi Bin Zakaria manakala untuk Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, Puan Maziahtul Akman Binti Ahmad Murtadza dan Puan Mariana Binti Adam.
Sepanjang program ini dijalankan, peserta diberi pendedahan serta tatacara pengunaan pengisian yang betul membabitkan data pemeriksaan, tangkapan serta siasatan bagi memudahkan urusan untuk mengakses ke dalam pangkalan data.


















.svg.png)

